“Hope Kita Kembali Seperti Sebelum Ini, Kasihan Abang Khairul Aming..” – Danish Harraz

Share

 

Nama pempengaruh masakan, Khairul Aming dan bulan Ramadan memang tidak boleh dipisahkan.

Saban tahun, ramai pengikut jejaka berusia 29 tahun ini yang tidak sabar menantikan resepi mudah (tetapi dijamin sedap!) baharu yang akan dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi projek “30 Hari, 30 Resepi”-nya sepanjang bulan mulia ini.

Menariknya pada tahun 2022, semakin ramai terinspirasi dengan caranya itu dan mereka turut muncul dengan perkongsian resepi pada bulan ini. Cuma malangnya, inisiatif pempengaruh masakan ini tidak begitu disenangi oleh sebilangan warganet yang menggelar mereka sebagai ‘peniru’.

Minggu lalu, Khairul Aming terpanggil untuk memberi pendapatnya mengenai tohmahan warganet di gelanggang Twitter. Baginya, konsep ‘the more the merrier’ perlu dipupuk dalam industri penciptaan kandungan digital di Malaysia.

“Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ini. Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat. Aku harap dah tak berbangkit isu iini dan kita semua enjoy dan appreciate content setiap orang,” catatnya.

Khairul Aming

Begitupun, tidak semua warganet sama pandangannya dengan Khairul Aming. Terbaru, cef cilik lagi berbakat, Danish Harraz menjadi mangsa keadaan apabila dia dituduh meniru kandungan Khairul Aming oleh seorang warganet tidak bertauliah.

Dik, dah nama pun cef yang memasak. Memanglah seakan sama!  

Khairul Aming pantas menempelak semula komen tersebut dengan nada kecewa dan berkata, “Mulut macam inilah yang rosakkan habis vibe puasa tahun ini. Sebelum ini enjoy buat video puasa, tahun ini habis jadi toxic di Twitter. Lepas itu, habis jadi gaduh semua orang. Please lah stop.”

*

Bagi Danish yang aktif memuat naik resepi baharu walaupun sedang bersekolah, dia turut sedih memikirkan sentimen negatif yang dimainkan sesetengah warganet.

“Kasihan Abang Khairul Aming. Dia tak buat salah apa-apa tetapi dia yang kena tempiasnya.”

Danish Harraz

Hope kita semua boleh kembali seperti sebelum-sebelum ini. Raikan setiap perkongsian dan apa saja content tak kira dari siapa dengan pandangan positif dan membina. Semua tahu bukan senang untuk buat content. Video masak 1-2 minit itu ambil masa berjam-jam untuk shoot.

“Belum lagi preparation, mengemas dan editing; kerana itu siapa saja akan down bila diperlekehkan,” catatnya sambil menghargai segala bentuk sokongan dan pendapat yang diterimanya selaman ini.

Tinjauan REMAJA ke ruangan komen berharap agar Danish memekakkan saja telinga apabila muncul komen-komen negatif di media sosial.

Kata @amalinaseroun, “It is okay Danish, keep moving forward. Kakak follow kedua-dua Khairul Aming dan Danish sejak awal dan korang memang ada content tersendiri. Tak ada siapa yang tiru siapa.”

@deedeee97  pula telah lama mengikuti Danish dan berkata, “Resepi cookies Danish sangat lah membantu bulan puasa macam ini. Thank you Danish for all your hardwork and recipes

ya.”

Buat @shafinahmj pula, Danish memperagakan minda yang lebih matang daripada sesetengah warganet dewasa yang kerjanya hanya untuk menghentam semberono.

Benar, ada gula adalah semut. Hakikatnya, dunia penciptaan kandungan digital di Malaysia ini kecil sahaja. Jangan disebabkan minoriti warganet berfikiran cetek lagi sempit, kelompok kreatif ini hilang rasa ghairah untuk mencipta kandungan baru bagi tontonan korang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

ARTIKEL BERKAITAN : Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal – REMAJA

Published by
FZ