Mutiara Beach Resort merupakan hotel 5 bintang yang pertama di Pulau Pinang ini terletak di Teluk Bahang dan kali terakhir hotel ini beroperasi adalah pada tahun 2006. Rata-rata ramai yang mengatakan yang hotel ini pasti berhantu kerana ianya tidak beroperasi selama 15 tahun!
Nasib hotel ini yang ditutup sejak tahun 2006 lagi, telah menjadi perbualan penduduk di sekeliling Teluk Bahang, dan ramai yang masih tertanya-tanya tentang pembukaan semula hotel ini. Adakah ianya akan dirobohkan atau dibuka semula?
Walaupun begitu, ramai juga yang tidak bersetuju jika ianya dibuka semula kerana keadaan bangunan itu yang sekarang sudah usang dan kelihatan seperti ‘berhantu’. Ini adalah keadaan sebenar bangunan hotel ini sekarang..
Sumber: Weekend Notes Penang
Ads
Keadaan hotel ini benar-benar mewujudkan perasaan seram kerana ianya kelihatan seperti korang menginap disebuah hotel yang berhantu, seperti didalam filem-filem seram Highland Tower dan sebagainya. Penulis pun berasa tidak selesa apabila melihat gambar-gambar keadaan Mutiara Beach Resort ini..
Ada juga beberapa penduduk yang mengatakan mereka mendengar khabar angin yang hotel itu bakal menjadi hospital ataupun kondominium, namun sehingga kini, masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil.
Ads
Walaupun begitu, masih belum lagi ada cerita tentang kejadian paranormal yang terjadi di sekitar kawasan resort ini..
Resort ini merupakan salah satu hotel pilihan ramai dan paling elegant pada zaman ianya masih beroperasi. Jika korang peminat abandoned buildings, dan korang berada di sekitar kawasan, boleh lah datang untuk melihat keadaan hotel ini sekarang. Tapi kalau korang datang daripada Georgetown, batalkan sajalah niat korang tu! Sebab perjalanan korang akan mengambil masa selama 1 jam.
Ads
Kalau korang berada di kawasan sekitar Mutiara Beach Resort, korang hanya perlu berhenti dimana-mana kawasan sekitar Sri Singamuga Kaliamman Temple atau di pantai Teluk Bahang untuk betul-betul dapat view hotel tersebut.
Walaupun keadaan hotel ini telah usang dimamah usia, dan juga telah ditinggalkan selama lebih kurang 15 tahun, hotel ini merupakan antara hotel yang berprestij ketika zamannya masih beroperasi dahulu..
Macam mana? korang ada yang berani nak cuba pergi tengok ke tempat ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkhabaran positif dari Terengganu apabila beberapa lokasi rekreasi di negeri itu kembali dibuka kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti beriadah seperti jogging dan mendaki bukit.
Menurut siaran Buletin 1.30 di saluran TV3 hari ini, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang kembali dikunjungi setelah hampir dua bulan ditutup.
Kelonggaran yang diberikan ini adalah selepas Terengganu beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 5 Julai lalu.
Setelah penduduk di sana lama ‘terperap’ di rumah, mereka menyambut baik peluang beriadah ini untuk merehatkan minda dan mencergaskan badan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuklah sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan tiada sebarang sentuhan di antara pengunjung. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini demi menjaga keselamatan mereka.
Selain dapat mengeluarkan peluh, pengunjung Bukit Besar juga dilihat lebih segar dan lega dapat menikmati pemandangan di puncak bukit berketinggian 156 meter.
Untuk pengetahuan, Bukit Besar yang terletak di pinggir pusat bandar ini merupakan lokasi wajib kunjung penduduk Kuala Terengganu. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, ia selalu menempatkan kanopi jualan makanan dan minuman di bahagian kaki bukit pada hujung minggu.
Dengan kecerunan bukit yang tidaklah seekstrem puncak tinggi lain seperti Bukit Tobak, Bukit Rohok dan Bukit Botok yang terletak sebelah-menyebelah, ia popular di kalangan pengunjung berkeluarga.
Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah institusi pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan ketika itu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Institusi ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Kolej MARA pada tahun 1965 sebelum ditukar lagi menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.
Pada tahun 1999 seiring dengan kecemerlangan dan pencapaian yang ditempa, Gedung pendidikan terbesar di Malaysia ini dinaiktaraf menjadi universiti dengan nama baharu, Universiti Teknologi MARA. Seiring dengan perkembangan dari semasa ke semasa, universiti ini dipacu oleh individu yang berpengalaman dan berpengaruh bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.
Terbaharu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA yang baharu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 hari ini. Permashuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu akan bermula 18 Oktober 2022 sehingga 17 Oktober 2024.
Pemasyhuran tersebut disempurnakan Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu. Baginda bertitah, “Semoga dengan pemasyhuran ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.”
Sepanjang 66 tahun penubuhan institusi pendidikan ini sebagai wadah untuk anak bumiputera menyambung pendidikan dan menaiktaraf kehidupan mereka, ramai tokoh alumni UiTM dalam pelbagai bidang menempa kejayaan dan menyumbang bakti mereka kepada negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Wanita yang dilahirkan di Perth, Australia ini merupakan antara pengusaha teknologi bergelar billionaire termuda di dunia. Pada usia 34 tahun dia telah disenaraikan sebagai wanita kedua terkaya di Austalia.
Satu latar menarik tentang dirinya, walaupun berkebangsaan Australia dan dilahirkan di sana, ayah wanita terkenal ini merupakan jurutera asal Malaysia yang kemudiannya berhijrah ke sana dan berkahwin dengan ibu Melanie yang merupakan seorang guru warga Australia.
.
Bagaimana dia boleh terkenal? Semuanya kerana Canva!
Korang mesti sudah kenal benar dengan aplikasi untuk memudahkan kita menghasilkan poster dan juga kerja grafik tanpa memerlukan perisian kompleks. Kalau nak tahu Melanie merupakan antara orang kuat di sebalik idea pembangunan aplikasi yang kini digunakan oleh lebih 55 juta orang seluruh dunia.
Aplikasi Canva.
Perjalanan dalam bisnes ini bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Memulakan aplikasi ini pada tahun 2013, untuk menembusi dan mendapat kepercayaan dari pelabur bukanlah muda apatah lagi syarikatnya berpangkalan di Australia dan bukannya terletak di lokasi banyak syarikat ‘start-up’ teknologi iaitu Silicon Valley, California.
Melanie tinggal bersama abangnya di San Francisco selama tiga bulan untuk ‘menjual’ aplikasi ini namun ditolak oleh lebih 100 pelabur yang mereka temui. Mengenang kembali perkara ini, dalam temubual bersama inc.com, dia tertanya-tanya, kenapakah ia terlalu susah. Namun kini siapa sangka dia antara pemilik teknologi terkaya dunia.
Melanie dan pengasas bersama Canva, Cliff Obrecht yang juga merupakan tunangnya dan Cameron Adams (duduk bawah).
Setelah berada di puncak kejayaan, Melanie memulakan usaha murni dengan menaja lebih 25’000 organisasi amal tidak berasaskan keuntungan. Semua ini dilakukan melalui pengumpulan dana menerusi aplikasi canva. Dengan usaha ini, kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya lebih bermakna.
Nilai Canva kini mencecah USD 15 bilion, menjadikan penyedia alat kolaborasi reka bentuk ini sebagai salah satu permulaan aplikasi yang paling cepat berkembang di dunia.
Sumber gambar: canva.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarikh 8 Mac pada setiap tahun memberi makna yang cukup mendalam buat kaum hawa apabila mereka diraikan menerusi sambutan Hari Wanita Sedunia.Gadis remaja pada...