Berita baik buat kaki gamers, sebuah hotel bertemakan e-sports telah pun dilancarkan di negara kita. Bertempat di bandar Senai, Johor, Hotel Esports SEM9 menawarkan bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini dalam permainan video.
Dibangunkan dan dibina oleh organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital, hotel SEM9 Senai ini menyasarkan untuk membawa konsep baharu dalam bidang permainan dan e-sukan. Apa yang lebih menarik, hotel ini terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
“SEM9 Senai menawarkan keselesaan terbaik untuk memenuhi keperluan bukan sahaja bagi pasukan esport terbaik di seluruh dunia, tetapi juga untuk memenuhi keperluan tetamu yang bukan peminat e-sukan,” kata Pengerusi SEM9 Tommy Chieng.
Para tetamu bakal menikmati pengalaman kemegahan visual permainan komputer terbaik berprestasi ultra tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini, disamping kerusi permainan yang selesa turut disediakan pada setiap bilik hotel.
Tidak hanya itu, setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar berkelajuantinggi dan akses internet mudah alih sama ada menerusi WiFi atau kabel. Terdapat juga bilik yang dilengkapidengan PlayStation 5 dan DualSense wireless controllers.
So guys, bagi korang yang ingin menikmati pengalaman bermalam di hotel esport pertama Asia Tenggara ini, ia sudah pun dibuka pada 1 Jun 2022 dengan menyediakan sejumlah 122 buah bilik termasuk bilik bukan gaming. Harga yang ditawarkan bermula dari RM220 sehari dan RM115 untuk setengah hari.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s