Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak sektor terjejas termasuklah sektor perhotelan.

Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak hotel besar mahupun kecil mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Namun PKP 2.0 ini memperlihatkan hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang sudah lama beroperasi terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan dalam industri perhotelan buat selamanya. Hal ini dilaporkan oleh  New Staits Times

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Menurut info, hotel ini tamat perkhidmatan bermula semalam 11 Februari 2021

2. Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Antara hotel bertaraf tiga bintang di Kuala Lumpur yang popular, hotel ini juga menerima nasib yang sama kerana tidak mampu menanggu beban dan kesan pandemik, dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada bulan Januari lalu.

Tarikh tamat perkhidmatan: 29 Januari 2021

3. Hotel Equatorial Penang

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Ads

Hotel Equatorial Penang merupakan salah satu hotel yang penulis suka menginap jika bercuti ke Penang. Namun, apakan daya menurut CNA, hotel gergasi dan popular yang telah beroperasi sejak 1989 di Penang ini juga akan menamatkan perkhidmatannya dalam industri perhotelan kerana perniagaan tidak lagi mampu menanggung kos kerugian sepanjang serangan pandemik ini.

Tarikh tamat perkhidmatan: Sebelum 31 Mac 2021

4. Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Ads

Dipetik dari New Straits Times, satu lagi hotel gergasi di Johor Baru iaitu The Puteri Pacific yang telah beroperasi sejak tahun 1991, juga menamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu.

Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Ogos 2020

5. Hotel Ramada Plaza Melaka

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Ads

Hotel popular berusia 35 tahun ini juga menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2020 kerana tidak mampu menampung kerugian sepanjang pandemik.

Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Jun 2020

6. Berjaya Tioman Resort Pahang

Hotel Royale Chulan Bukit Bintang Tamatkan Operasi, 6 Hotel Ini Juga “Tewas” Dengan COVID-19

Salah satu resort yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara ini juga, memberhentikan perkhidmatan setelah 50 tahun beroperasi pada tahun lepas.

Tarikh tamat perkhidmatan: 15 Jun 2020

Sungguh ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika korang antara individu yang masih berkemampuan, marilah kita bersyukur.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI