Siri Kdrama yang makin hit dengan penyatuan Lee Dong Wook dan Yoo In Na, Touch Your Heart yang sudah menjangkau episod 6 ini pastinya membuatkan anda tak keruan dengan setiap adengan yang ditonjolkan.
Tidak dinafikan, elemen cliche terlalu banyak dalam drama siri ini, namun ia tidak sesekali hambar dan pasti senyuman di wajah anda tidak kelang walau seinci ketika menonton drama ini kan?
Rasa macam nak bercinta atau nak buat scene-scene romantis ni dengan pasangan kamu kan? Ini antara momen menarik yang akan membuatkan kamu terasa nak bercinta!
01
Sticky Note!
Pakai jelah Whatsapp! haha. Semua orang tahu akan Kwon Jung Rok yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook, seorang peguam terkenal yang bersikap dingin dan jarang senyum. Namun setelah kemunculan setiausahanya Oh Yoon Seo yang periang dan manja, sikapnya makin berubah. Sehinggakan, setiausaha mengubah cara komunikasi mereka di pejabat dengan bertukar sitcky note! Pastinya, adengan begini yang di idamkan oleh gadis kan? Bertukar sticky note, dan menyimpan segala perbualan dengan pasangan. Tak perlulah bercinta dengan bos, tapi kalau bos kacak persis Lee Dong Wook, why not
?
02
Masak untuk si dia!
Siapa yang sedang dilamun cinta itu pasti tahu perasaan ni. Bak kata orang dulu-dulu, nak pikat lelaki kena pikat perut dia dulu. Daripada episod 5 ini, Oh Yoon Seo yang bangun awal pagi, dan masak untuk bosnya kerana mereka terpaksa berjalan jauh atas urusan kerja. Mungkin ada yang mengatakan adengan ini hanya bersifat fantasi, kerana realitinya gadis tidak segigih ini. Tapi, bila dilamun cinta, anything can happen! Sikap Oh Yoon Seo ini membuatkan lelaki lebih menghargai terhadap pasangan. Jadi, kalau yang belum pandai masak tu, dah boleh start tolong mak memasak dekat dapur kot. Senang nak masak untuk pasangan nanti.
03
Picnic dengan Cinta!
Siapa tengok scene ni pasti akan teruja dan mengharapkan pasangan anda akan lakukan perkara yang sama kan? Kepada yang tak sempat dan belum tonton episod ini, ia berkaitan dengan nombor 2 tadi. Kwon Jung Rok dan Oh Yoon Seo yang sepatutnya ke penjara untuk menyelesaikan kes, singgah makan di sebuah taman. Asalnya, Kwon Jung Rok ingin ke restoran, namun kerana Oh Yeon Seo telah masak, jadi mereka makan bekalan yang dibawa oleh wanita itu.
Meskipun cuaca sejuk, Kwon Jung Rok tetap kekal makan bekalan di taman tersebut. Bukan setakat Oh Yoon Seo je tersentuh, mak cik-mak cik yang menontonnya pun pasti akan tersenyum sampai telinga. Manis tahap potong kaki!
04
Feedback On Point!
Di awal episod 5, Oh Yeon Seo bangun pada waktu pagi dikejutkan dengan sebuah teks dari Kwon Jung Rok yang memberitahu setiausahanya bahawa dia masuk lewat ke pejabat atas urusan kerja. Tentulah, bila dah berkenan dengan seseorang, kita pasti akan ambil berat. Tapi, kalau bertepuk sebelah tangan pun tak boleh jugak kan? Dalam hal ni, Oh Yoon Seo beruntung kerana majikan merangkap Crush nya balas teksnya dengan kata-kata yang pasti akan membuatkan mana-mana wanita tak keruan. Nak macam ni? Doa banyak-banyak. hehe
05
Menangis Untuk Kamu!
Kalau dah dapat teman wanita atau teman lelaki yang sanggup membazirkan air mata untuk kamu, maka hargailah mereka. Bukan senang tau. Adengan ini terjadi apabila Kwon Jung Rok cedera akibat hentakkan di kepala. Walaupun hero dapat mengawal keadaan dengan menangkap individu yang mencederakannya, Oh Yoon Seo menangis teresak-esak kerana terkejut dan risau akan crush nya yang cedera itu. Siapa tak histeria bila orang yang kita sayang kena pukul depan mata kan? Satu je nak cakap, pandainya Yoon In Na menangis masa ni, nampak manja dan real. Rasa nak menangis sama-sama pulak.
06
Lindungi kamu, bila kamu dalam ketakutan
Dan tentunya, perkembangan watak Kwon Jung Rok ini akan membawa kepada melindungi Oh Yoon Seo di mana episod akan datang, banyak konflik akan terjadi. Dari episod 3 lagi, majikan kepada Oh Yoon Seo ini telah mula menunjukkan concern
nya terhadap wanita itu. Macam dalam lif ni, disebabkan Oh Yoon Seo menjerit ketakutan kerana tersekat dalam lif, Kwon Jung Rok mendekati wanita itu untuk menenangkannya. Alahai, cliche pun cliche lah, yang penting sweet. Nak macam ni, kena kerap naik lif dengan crush. Haha! Gurau je, scene macam ni, jarang-jarang jadi dalam kehidupan realiti. Teruskan berangan ye.
Sebenarnya banyak lagi adengan-adengan sweet dan menarik dari drama ini. Ramai yang mengatakan bahawa ini adalah kehidupan Grim Reaper dan Sunny setelah Goblin. Yelah, Touch Your Heart bukan saja mempunyai beberapa barisan pelakon dari Goblin, malah pihak produksi dan penulis skripnya juga dari drama Goblin. Kalau Kim Shin dan Eun Tak cameo pun macam menarik. Hiks.
REMAJA tak sabar nak tunggu episod 7. Daripada preview, Kwon Jung Rok dah mula jatuh hati pada Oh Yoon Seo. Mesti lagi banyak adengan lucu kan! Nah! bagi sikit momen terakhir episod 6 🙂