Ini berikutan tindakan Amerika Syarikat untuk menggantung operasi perniagaan syarikat tersebut daripada hubungan perdagangan mereka.
Ini memaksa pengguna Huawei dan Honor baharu untuk terpaksa berpuas hati tanpa aplikasi daripada Google, Android, Intel, Qualcomm, Broadcom dan beberapa lagi aplikasi penting.
Ouhh..
BACA: Google Gantung Operasi Huawei (Dan Honor), Apa Implikasi Pada Penggunanya?
Bagaimanapun, China mahupun Huawei tidak sesekali mudah melatah dan membiarkan saja isu ini tanpa jalan penyelesaian. REMAJA sendiri berpendapat hanya masa yang akan menentukan tindakan susulan daripada Huawei.
Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris di China berjudul Global Times melaporkan Huawei sebenarnya mempunyai inisiatif ‘backup’ yang dinamakan sebagai HongMeng dan ia merupakan sistem operasi (OS) yang telah dibangunkan sejak tahun 2012.
Sumber terdekat berkata OS tersebut sedang diuji dan perlahan-lahan, ia akan menggantikan OS Android yang diguna oleh pemilik telefon Huawei dan Honor kini.
Malah, CEO Huawei iaitu Richard Yu sebenarnya pernah berkongsi bahawa syarikat itu sedang giat mencuba untuk menggantikan sistem operasi Android dan Windows JIKA ada isu yang berbangkit ataupun sebagai pelan ‘worst case scenarios’ untuk bertahun-tahun lamanya.
Well, this one seems like it!
Ada juga khabar angin yang mengatakan OS Hongmeng ini dibina dengan bantuan daripada jurutera Nokia.
Walaupun semuanya kelihatan all-good
, itu tak bermaksud Huawei tidak perlu berusaha kuat untuk menjadikannya terbaik untuk para penggunanya.Bukan saja pelan OS perlu dicipta oleh Huawei tetapi kini, mereka juga perlu mencipta aplikasi baru yang sepadan (compatible) dengan OS ini. Ini berikutan tiada aplikasi iOS dan Android yang boleh dimuat turun oleh pengguna baru mereka selepas ini.