Jenama kosmetik terkemuka dunia, Huda Beauty, telah mencuri perhatian ramai apabila tampil memberikan sumbangan barangan mekap kepada wanita di Palestin sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Momen penuh bermakna itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram sebuah organisasi amal, The Giving Family pada Sabtu lalu.

Dalam hantaran tersebut, produk-produk seperti bedak kompak, lipstik liquid matte, pemerah pipi, pembayang mata, dan beberapa lagi barangan solekan diserahkan kepada wanita-wanita di Palestin.

BACA LAGI: Isteri Aliff Syukri Cerita Perangai Putera Sulung -“Ammar Bukan Seorang Materialistik & Tak Minat Hiburan..”

Huda Beauty Raih Pujian Netizen, Sumbang Barangan ‘Make Up’ Buat Wanita Palestin Sempena Aidilfitri

Inisiatif yang diberikan oleh Huda Beauty ini dianggap sebagai satu penghormatan dan peringatan penuh kasih bahawa wanita-wanita Palestin tetap dihargai dan disayangi meskipun hidup mereka penuh dengan cabaran.

Ads

Melalui kerjasama rapat bersama beberapa sukarelawan tempatan yang diketuai oleh usahawan dan pengasas The Giving Family, Fadie Musallet, barangan solekan tersebut diagihkan kepada wanita-wanita sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa.

“Kami amat tersentuh melihat reaksi wanita-wanita ini. Senyuman, kekuatan dan keanggunan yang terpancar pada wajah mereka adalah detik yang akan dikenang buat selamanya,” tulis Fadie di ruangan kapsyen.

BACA LAGI: “Saya Rasa Tercabar, Tapi…” -Qadejah Bersaing Lagu Raya Dengan Aliff Syukri?

Ads

Huda Beauty Raih Pujian Netizen, Sumbang Barangan ‘Make Up’ Buat Wanita Palestin Sempena Aidilfitri

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada pengasas Huda Beauty, Huda Kattan dan pasukannya kerana bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan memuji inisiatif antara kedua organisasi tersebut.

Ads

Sekadar info, Huda Beauty sebelum ini telah menyumbangkan sebanyak $1 juta (RM4,683,500) kepada organisasi kemanusiaan di Gaza.

Sementara itu, The Giving Family juga tidak ketinggalan dalam usaha kemanusiaan mereka, sering memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan terutamanya untuk golongan memerlukan di kawasan bergolak seperti Palestin.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.  

SUMBER: IG Huda & TheGivingFamily

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI