Bagi korang yang menetap di sekitar Lembah Klang, pastinya korang perasan situasi hujan lebat yang berlaku kebelakangan ini.
Walaupun hujan berterusan membantu menurunkan suhu harian sewaktu umat Islam baru ingin melangkah masuk ke bulan Ramadan, namun dalam diam ia juga telah mengakibatkan isu banjir kilat.
Ads
Perkara ini dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram @yuslizamn menerusi satu paparan video, hari ini.
Video direkodkan pada 23 April sekitar jam 3 petang setelah hujan lebat mulai turun di kawasan Shah Alam, Selangor.
Walaupun hujan lebat tidak kebiasaannya turun pada setiap hari, namun situasi banjir kilat seperti ini bukanlah kejadian kali pertama.
Ads
Penulis menghubungi Yusliza Mohd Noor yang juga merupakan salah seorang pemilik perniagaan kedai makan di kawasan tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Ads
“Biasalah, Seksyen 13 kini sibuk sebagai pusat pembinaan untuk kondominium elit, kawasan perumahan baru dan sebagainya. Jadi apabila hujan lebat turun pada waktu petang, kejadian banjir kilat itu sudah menjadi kebiasaan.
“Walaupun tidak selalu terjadi, kadangkala sekali dalam tempoh 4 ke 6 bulan saja. Tetapi apabila terjadi banjir kilat seperti ini, ‘renyah’ juga pemilik kedai.
Nasib pemilik kedai di Seksyen 13.
“Alhamdulillah, setakat ini paras air banjir masih belum lagi mencecah ketinggian paras kedai. Namun ia hampir berlaku. Lebih malang lagi apabila ia mengakibatkan kerosakan ribuan Ringgit di atas kerosakan kereta-kereta syarikat yang ditenggelami air,” katanya yang mengusahakan menu Nasi Paka.
Tinjauan penulis di Seksyen 13 pada tahun ini juga jelas menunjukkan pertambahan populasi penduduk di sana. Semakin banyak tapak pembinaan dinaikkan dan ia sedikit-sebanyak menjejaskan sistem aliran air hujan ketika berlakunya hujan lebat terutamanya di kawasan rendah.
Para penduduk dan peniaga tentunya mengharapkan solusi segera daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap isu sistem pengairan.
Iyalah, mana nak tahan jika kereta ‘naik air’ pada setiap tahun weh.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari kelahiran bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tiba jua pada tarikh 22 Mac, hari ini.
Untuk kali pertamanya, BCL terbuka hati untuk menyampaikan status di paparan media sosial.
Catitnya menerusi Instagram Story, BCL menyifatkan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair sebagai berita yang masih sukar untuk dipercayai oleh walaupun sudah sebulan berlalu.
Sepanjang tempoh tersebut, BCL ada menjayakan persembahan dan rakaman televisyen atas tuntutan kerjaya. Namun dia tidak sesekali memuat naik sebarang status, posting mahupun memberi temuramah eksklusif kepada rakan media kerana masih dalam tempoh bersedih.
Tiada lagi sambutan hari lahir bertiga, hanya doa yang jadi kiriman.
“Aku mahu bilang terima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan untuk aku.
“Aku bertuah dikelilingi oleh ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan semua orang yang mencintai aku dan memberikan sokongan.
“Ini bukan perjalanan mudah, tapi sedikit demi sedikit aku berusaha bangkit dan berjalan,” kata ibu kepada Noah Sinclair itu.
BCL turut berharap agar ramai yang tetap mengirimkan doa buat arwah suaminya dan doa kepada kita semua yang sedang berada dalam situasi pandemik akibat penularan wabak Covid-19.
Betapa kuatnya semangat dan jati diri seorang wanita dan ibu bernama Bunga Citra Lestari. Semoga segala urusan BCL dipermudahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini viral nama Izyan Qistina Qusairi di kalangan guru-guru.
Ini berikutan tular satu keratan akhbar yang memaparkan tajuk berjudul “Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah?” yang ditulis oleh individu ini dan disiarkan di akhbar arus perdana.
Mungkin penat kerana “kesalahan” sering diletakkan ke bahu para pendidik, ternyata hantaran artikel itu telah mengundang pelbagai jawapan dari para guru yang agak sinis dan sarkastik bagi menjawap di mana mereka selepas waktu sekolah.
Jujurnya, semua orang mempunyai pekerjaan dalam ruang likup tersendiri. Bolehkah selepas waktu sekolah, guru-guru tetap ditanya apa peranan mereka sedangkan “saat” itu pelajar sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa kerana di luar waktu sekolah?
Dan penulis memahami kenapa ramai guru angin satu badan bila dipersoalkan begitu kerana jika di dalam kawasan sekolah, ya pelajar adalah tanggungjawab guru dan pentadbir sekolah. Dan bila di luar pelajar harus menjaga SOP mereka sendiri kerana ia adalah tanggungjawab mereka juga.
Nah, korang bacalah jawapan dan pandangan guru mengenai pertanyaan ini. Remaja kongsikan luahan dan juga perkongsian seorang guru xxxan Maxxxxx mengenai artikel tersebut.
Siap jemput penulis datang ke sekolah!
Izyan Qistina Qusairi jemput datang sekolah sebelum menulis.
Bukan nak mengungkit tapi nak beri penerangan kepada golongan ini. Jangan cepat buat konklusi dan terus menulis. Anda bukan sahabat maya saya tapi ada yang berfikiran seperti anda di sini. Hanya melihat beberapa buah sekolah terus menuduh semua guru sama.
Semenjak sekolah dibuka tugas kami bertambah. Kami perlu datang awal untuk menjaga murid sehingga masuk ke dalam kelas. Waktu rehat kami menjaga murid makan di dalam kelas. Sebelum pulang perlu bersihkan kelas. Selepas loceng akhir, guru bertugas menunggu di pondok bersama murid sehingga semua murid balik. Setelah itu baru guru pulang ke rumah. Saya sendiri pernah datang jam 12 dan pulang 7.20 malam.
Kami tak berkira dengan murid yang kami anggap sebagai anak sendiri. Tapi di mana pula tanggung jawab ibubapa? Mengapa ada yang tergamak mengambil anak lewat? Kadang-kadang siap buat muka padahal dia yang lambat ambil anak. Kalau ada pasar malam boleh singgah dulu sebelum ambil anak.
Sayang anak nasihatkan dia. Patuhi SOP kerana kita belum menang. Murid itu anak cikgu atau anak anda. Kalau semua nak harap cikgu, tukar je bin/binti dalam sijil lahir. Kalau tak tahu nak pilih cikgu mana letak je nama sekolah. Contohnya Kiah binti Sekolah. Selesai!
Baca juga pandangan guru lain mengenai isu sama! Sinis habis.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya. Bila tiba bulan Ramadan mesti kita akan menyediakan buah kurma atau tamar yang merupakan sunnah nabi kita.
Malah, baru-baru ini tular di media sosial mengenai kurma yang dimakan bersama mentega. Ada yang menyukai malah ramai juga netizen mula tertanya-tanya adakah hidangan sebegitu baik untuk kesihatan.
Paling penting, cara penyediaannya cukup mudah. Korang hanya perlu mengambil buah kurma lalu dibuang bijinya, kemudian letakkan mentega di tengah buah kurma yang sudah dibelah itu.
Tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW
Terpanggil menjelaskan perkara ini, mantan menteri agama, Datuk Dr. Zulkifli telah berkongsi menerusi hantaran di media sosial, satu sunah Nabi SAW yang mana Baginda suka makan kurma bersama mentega. Beliau juga menyarankan hidangan itu dimakan ketika berbuka puasa.
Kurma dan mentega?
Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa.
Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami… pic.twitter.com/FYLEqxjrAR
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 10, 2024
Dalam hantaran yang sama, Dr. Zulkifli juga mengingatkan orang ramai untuk memilih mentega dan bukan marjerin.
PERBEZAAN MENTEGA DAN MARJERIN
MENTEGA
Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.
MARJERIN
Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.
Malah, orang ramai disarankan menggunakan mentega asli dan tiada garam jika mahu makan kurma bersama mentega. Selain daripada kebaikan kurma yang sudah ada sumber serat dan gula, sumber lemak yang ada dalam mentega juga dapat mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.
Selamat berpuasa!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...