Dibulan Ramadan yang mulia ini , rakyat Malaysia bakal menyaksikan sendiri fenomena meteor hiasi langit yang jarang sekali berlaku.
Artikel Berkaitan : Gerhana Matahari Cincin Pada 26 Disember 2019
Menerusi perkongsian laman facebook Planetarium Negara, hujan meteor Eta Aquarids difahamkan sudah mula aktif pada 19 April sehingga 28 Mei 2021.
Namun, korang mungkin berpeluang melihat kemuncak hujan meteor Eta Aquarids bermula hari ini sehingga 7 Mei akan datang jika bernasib baik.
Tapi hujan meteor ini turut mengira faktor cuaca dan sebagainya, korang yang bertuah mungkin boleh melihat sehingga ratusan tahi bintang mewarnai langit.
Menerusi komen posting dibawah, seorang penguna facebook turun memberitahu dia melihat meteor pagi tadi dengan jelas di dada langit.
Selain melihat dengan mata kasar, mungkin korang boleh cuba untuk rakamnya menggunakan kamera untuk diabadikan ataupun ditunjukkan pada orang yang sukar untuk bersengkang mata sepanjang malam.
Jangan lupa share dengan penulis tau kalau korang dapat lihat meteor ni.
Sumber: Planetarium Negara
Mohd Arman Bersyukur Berkat Bantu Ibu Jual Kuih Mampu Raih Emas Di Para SUKMA 2024! Tiada Pengalaman Bukan Penghalang!
Pelari Kedah, Mohd Arman Rosli meluahkan rasa syukur apabila memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya dalam acara 1,500 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Sarawak pada Isnin.
Lebih menakjubkan atlet Kedah itu mengaku beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum ke Bumi Kenyalang selepas dipilih untuk mewakili negeri pada saat akhir.
“Saya menang berkat tolong mak jual kuih di kampung. Pingat ini untuk mak, saya tak pernah lari, tiada pengalaman, berlatih dua kali sahaja sebelum datang sini. Mak kata boleh menang kalau ada rezeki sebab tolong mak, saya tak sangka boleh menang.”
Pelari yang kini berusia 27 tahun itu menyifatkan kemenangannya itu merupakan ‘berkat’ membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak di kampungnya di Sik, Kedah kerana dia sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahupun luar negara.
“Saya nak jadi pomen (mekanik) ada sijil belajar, tapi mak seorang jual sarapan pagi, ayah sudah dua tahun meninggal semasa pandemik Covid-19, jadi saya tolong mak jual kuih,” katanya sambil menahan sebak selepas tamat acara di sini hari ini.
Terdahulu, Mohd Arman Rosli yang beraksi acara larian jarak sederhana 1,500m kategori T36 (kecacatan fizikal) merangkul pingat emas dengan catatan 6:16.84 saat (s) meninggalkan atlet Perak, Mahfudz Mahzan (6:26.38s) dan pelari tuan rumah, Mohd Hishamudin Razali (7:02.37s).
Sementara itu, Kedah turut mendominasi acara 1,500m lelaki T20 (kecacatan fizikal) menerusi Muhamad Nurdin Ibrahim dengan catatan 4:21.26s sekali gus memecah rekod temasya yang dicipta Muhamad Haqeem Mustaqim dari Perlis pada edisi 2018 di Perak.
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Mohd Fakrul Azimi Mohd Sukimi dari Kelantan (6:26.58s) dan Ku Muhammad Danish Syazwan Ku Harmizan dari Selangor (7:33.57s).
Muhamad Nurdin yang merupakan pemenang gangsa di Sukan Para ASEAN di Kemboja tahun lalu berkata berzikir sepanjang larian merupakan rahsia kejayaannya memperoleh emas hari ini.
“Saya memang tidak berhenti berzikir semasa berlari, saya jaga solat sebab itu merupakan kekuatan kita sebagai seorang Muslim, tapi pelari Kelantan tadi memang hebat, jadi untuk pastikan saya menang saya pecut tadi, sebab itulah saya boleh pecah rekod,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukit Bintang Bakal Bangunkan Laluan Pejalan Kaki Ala ‘Shibuya Crossing’ Di Jepun
Bukit Bintang merupakan antara lokasi tumpuan di tengah kota Kuala Lumpur kepada masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Kita sedia maklum betapa sibuknya kawasan tersebut kerana ia menghubungkan banyak pusat membeli-belah berdekatan.
Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan fasa pelintas pejalan kaki pelbagai arah di persimpangan lampu isyarat TL159 (scramble pedestrian) Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.
Pelancaran sistem berlampu isyarat ini akan mula berkuatkuasa pada jam 12.00 pagi pada 19 Jun 2021.
Dengan perubahan ini, pejalan kaki dibenarkan untuk melintas ke semua arah. Ia demi mengoptimumkan masa melintas. Usaha ini dilaksanakan setelah kajian terperinci oleh DBKL di persimpangan dan kawasan tersebut.
DBKL sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan serta memudahkan pengguna jalan raya terjamin sama ada di kawasan pusat bandar atau di luar kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.
Perubahan ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut serta mengurangkan kadar risiko kemalangan.
Untuk gambaran lebih jelas, laluan pelintas pejalan kaki yang ingin dibangunkan adalah mirip laluan popular Shibuya Crossing di Jepun. Dengan adanya inisiatif ini, diharap laluan pejalan kaki menjadi lebih teratur dan selamat untuk pengguna jalan raya.
Malah, kami pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk menjadikannya kawasan mengambil foto dan video seperti yang berlaku kepada Shibuya Crossing.
Mesti ramai yang OOTD di laluan tersebut kan? Hiks! Jangan pula sehingga korang block laluan orang lain.
Selain KRI Nanggala 402 Dan Kursk, Ini 6 Kisah Kapal Selam Yang “Malang” Dalam Sejarah
Minggu lepas kapal selam yang hilang iaitu KRI Nanggala 402 milik Indonesia disahkan ditemui di dasar laut dekat perairan Bali dan mengorbankan 53 parajurit mengejutkan dunia. Kapal malang ini dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.
Untuk pengetahuan korang, KRI Nanggala 402 bukanlah kapal selam pertama yang ‘malang’ berikut merupakan antara enam insiden terburuk kapal selam sepanjang sejarah.
1. Kursk
Kisah benar kapal Kursk ini pernah difilemkan pada tahun 2018 arahan Thomas Vinterberg. Merupakan tragedi terburuk dalam kemalangan maritim sepanjang sejarah dan mengorbankan seramai 118 kru. Hal ini juga disebabkan oleh kelambatan pihak Rusia yang berada di perairan Barents.
Kursk merupakan kapal selam berteknologi tinggi milik tentera laut Rusia yang tenggelam pada 12 Ogos 2000 ketika menjalani latihan menembak torpedo di perairan Barents.
Namun, hasil siasatan mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu daripada torpedo di dalam kapal selam meletup dan telah mengorbankan seramai 118 kru.
2. USS Thresher
Pada April 1963, kapal selama Amerika, USS Thresher tenggelam di kedalaman 2,560 meter diketika sedang menjalani latihan di perairan Atlantik.
Dilaporkan ia mengalami gangguan yang menyebabkan letupan di dasar laut sehingga mengorbankan 129 kru.
3. Soviet K-8
Pada 8 April 1970, satu kebakaran berlaku di dalam kapal selam K-8 berkuasa nuklear oleh Kesatuan Soviet dan memaksa puluhan kru membatalkan operasi mereka dan meninggalkan kapal.
Namun, anak kapal kembali mengoperasikan K-8 setelah operasi menyelamat dijalankan. Namun, kapal itu karam ketika dalam perjalanan dari perairan Teluk Biscay dan mengorbankan 52 anak kapal.
4. Nuklir K-19
Tragedi ini juga diabadikan dalam sebuah filem berjudul K-19: The Widowmaker pada tahun 2002. K-19 merupakan salah satu dari dua kapal selam berteknologi peluru berpandu nuklear yang dimiliki oleh Soviet Union ketika itu. Bagaimanapun, Nuklir K-19 sering mengalami gangguang teknikal walaupun semasa pelayaran pertamanya pada 4 Julai 1961.
Ketika K-19 beroperasi di perairan Greenland, mesin pendingin reaktor kapal tidak berjalan dengan baik. Sebilangan juruteknik kapal mengorbankan nyawa mereka untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan reaktor. Kira-kira 20 anak kapal dari jumlah keseluruhan 139 mati akibat pendedahan radiasi.
Manakala 117 anak kapal lain menderita penyakit akibat pendedahan kepada tahap radiasi yang tinggi.
5. Scorpion
Pada bulan Mei 1968, kapal selam Scorpion berkuasa nuklear milik Amerika Syarikat hilang di Lautan Atlantik. Kapal itu membawa 99 anak kapal.
Bangkai kapal itu ditemui lima bulan kemudian kira-kira 644 kilometer di barat daya Pulau Azores pada kedalaman 3,050 meter di bawah laut.
Beberapa kesimpulan dibuat seperti kesalahan teknikal ketika melepaskan torpedo yang menghantam Scorpion sekali lagi, letupan yang disebabkan oleh bateri peluru berpandu, dan perlanggaran dengan kapal Kesatuan Soviet, juga muncul untuk menjelaskan tragedi tersebut.
6. Ming
Pada 2003, China kehilangan 70 pegawai dan tentera lautnya selepas berlaku kemalangan membabitkan kapal selam, Ming-class ketika latihan di bahagian timur pulau Neicchangsan.
Laporan mengatakan kapal selam itu mengalami kerosakan yang menyebabkan ia tenggelam ke dasar laut.
7. San Juan
pada 15 November 2017, San Juan kapal selam milik tentera Argentina hilang di perairan Atlantik selatan bersama 44 kru.
Satu letupan telah dikesan berdekatan dengan lokasi terakhir kapal selam San Juan namun pada 30 November 2017 operasi cari dan menyelamat telah dihentikan disebabkan krisis kewanan yang melandan Argentina pada ketika itu.
Setahun kemudian, bangkai kapal ditemui (2018) pada kedalaman 900 meter.
Mungkin korang tak pernah dengar kan? tapi ini lah risiko parajurit kita mempertaruhkan nyawa demi negera.
Sumber: CNN Indonesia, HM, BH