Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk “Ipar Adalah Maut” yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.
Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.
Drama Ipar adalah maut
Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.
Hukum berkahwin dengan ipar
Baru-baru ini, Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan tentang hukum berkahwin dengan ipar.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan hukum mengahwini dua orang wanita yang mempunyai ikatan adik beradik dalam masa yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umpamanya seperti perempuan Melayu terakhir, begitulah juga nasib Honda Jazz di Malaysia apabila..
Setiap anak muda mengimpikan untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri bagi memudahkan urusan lebih-lebih lagi untuk individu yang baru saja memasuki alam pekerjaan.
Banyak sebenarnya model kereta yang berada di bawah linkungan harga berbaloi untuk dimiliki di Malaysia dan salah satu model kereta yang menjadi pilihan ramai pada masa ini ialah Honda Jazz.
Kata orang, gadis yang memandu Honda Jazz mungkin datang dengan pakej hantaran lebih tinggi (err bukan high maintenance tau!) manakala lelaki bujang yang memandunya akan bertambah hot. Aik betul ke, hehe..
Diperkenalkan ke dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2003, Honda pada mulanya mengimport masuk model ini secara direct dari Jepun. Atas inisiatif Honda Malaysia dan kerjasama Malaysia Automotive Institute (MAI) iaitu sebuah agensi MITI berkelayakan dalam bidang automobil, model Honda Jazz mula dipasang di kilang Honda Malaysia yang terletak di Pegoh, Melaka lalu memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai di sana.
Malangnya, tular baru-baru ini di media sosial apabila sekumpulan pekerja mengambil kesempatan bergambar dengan unit terakhir model Honda Jazz yang dibuat di kilang Melaka tersebut. Adakah ia bermaksud kemungkinan pembuatan Honda Jazz di Malaysia bakal tamat selepas ini?
Rata-rata warganet dalam posting tersebut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana berita tersebut.
“Untunglah sape pakai Honda Jazz ni. Kira spesis rare dah. Lepas ni confirm vintage punya harga..”
Bukan setakat itu saja, harga maintenance and spare parts bagi Honda Jazz juga dikhuatiri akan mencecah level vintage juga selepas ini sekiranya pembuatannya dihentikan tidak lama lagi.
— ric. (@aemieruls_) October 16, 2021
Sumber terdekat daripada ‘orang dalam’ di Honda Malaysia juga sebenarnya telah lama memberikan ‘petunjuk’ bahawa model Honda Jazz generasi keempat tidak lagi akan ditawarkan di rantau Asia Tenggara kecuali Singapura.
Model City Hatchback pula yang dijangka akan mengambil alih pasaran Jazz di Malaysia. Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih belum lagi memberi kenyataan rasmi mahupun gambaran bilakah mereka akan membawa masuk model itu ke pasaran kita.
Tidak dinafikan, rekaan Honda Jazz dari kesemua generasinya sebelum ini memang menarik. Jadi selepas ini, pemilik Honda Jazz bolehlah berbangga dengan kereta korang kerana ia kini sudah layak berada dalam kategori kereta ‘rare’ di Malaysia! Hiks.
Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pelajar sekolah melansungkan perkahwinan di usia 14 dan 16 tahun, kalau di Malaysia dalam lingkungkan tingkatan 2 dan 4.
Hal ini terjadi di negara jiran kita, Indonesia setelah pelajar Marchel Gunawan,14 tahun dan Nurul Amin, 16 tahun berkahwin di kediaman pengantin perempuan di Desa Laompo, Kabupaten Batauga, Kabupaten Buton Selatan, Sabtu yang lepas.
Sumber Gambar : sindonews.com
Mendapat restu keluarga, ibu pengantin perempuan menyuarakan rasa teruja beliau mengenai perkahwinan ini namun terselit perasaan bimbang dengan masa depan kedua pengantin baharu terbabit.
“Kami restu mereka bernikah kerana kedua-duanya saling mencintai dan mahu mengelak kejadian buruk berlaku di kemudian hari. Soal pelajaran sekolah, Insya-Allah pasti ada jalan terbaik untuk mereka berdua,” katanya dalam portal Kompas.com
Difahamkan bahawa pernikahan bawah umur ini dibenarkan oleh Pejabat Urusan Agama di Buton Selatan, Sulawesi Tenggara.
Untuk rekod, pasangan ini pernah memohon untuk berkahwin tetapi ditolak pada 8 Februari disebabkan faktor umur. Bagaimanapun permohonan kedua diluluskan oleh pihak KUA.
Apa pun, doa yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru ini. Moga perkahwinan mereka kekal hingga jannah. Paling penting jangan lupa pelajaran okay!
Jika hari Isnin lalu, seluruh negera kecuali negeri Sarawak diumumkan berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi melandaikan jumlah kes positif COVID-19 pada setiap hari.
Hari ini, Sarawak kembali berada dalam keadaan lebih berjaga-jaga apabila ia negeri Bumi Kenyalang tersebut mencatatkan jumlah kes harian tertinggi COVID-19 dengan 255 kes baharu dilaporkan pada hari ini.
Menurut laporan Awani, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sawarak turut mengesahkan 2 kematian yang direkodkan di Sibu. Perkembangan harian ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Sarawak setakat ini mencecah angka 3,379 kes manakala seramai 28 mangsa telah meninggal dunia akibatnya.
Tinjauan di media sosial mendapati warganet merasakan sikap ambil lewa masih menjadi punca utama kepada kegagalan membendung merebaknya wabak COVID-19 bukan hanya di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain.
Masih ramai yang gagal untuk memastikan diri mereka dikuarantin secara berdisplin. Malah ramai juga yang dipercayai masih mengambil ringan keperluan untuk segera berjumpa doktor dan mengikuti nasihat kesihatan apabila mempunyai gejala.
Adakah korang rasakan Sarawak harus diletakkan di bawah status PKP semula apabila jumlah kes di sana semakin meningkat? Atau cukup sekadar meletakkan arahan sekatan rentas daerah dan bahagian di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...