Tahun ini merupakan tahun kedua masyarakat dunia menyambut Ramadan dalam situasi wabak pandemik COVID-19 yang masih menular, terutamanya di negara kita. Dalam keadaan seperti sekarang, pada bila-bila masa sahaja diantara kita mungkin perlu perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya menjadi kontak rapat pesakit positif.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah hukum melakukan ujian saringan di bulan puasa? Adakah puasa kita akan terbatal kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga?
Berikut adalah penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjawab persoalan ini.
Prosedur saringan bagi mengesan penyakit COVID-19 adalah dengan mengambil sampel lendir (mukus) yang berada di dalam hidung sehingga ke kawasan nasopharynx (rongga hidung paling atas) dan rongga mulut hingga ke kawasan oropharynx (anak tekak).
Kedua-dua prosedur itu tidak membatalkan puasa selaras keputusan Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI kali ke-87 pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang telah memperakukan Panduan Berpuasa Bagi Pesakit.
Pesakit tahap 1
• Tidak bergejala – dalam pemantauan dan tiada ubat-ubatan
• Sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan ibadah puasa atau atas nasihat para doktor Muslim yang merawat mereka, sekiranya mereka berpuasa boleh melambatkan kesembuhan atau akan memudaratkan lagi keadaan mereka, maka dalam keadaan ini mereka diharuskan untuk tidak berpuasa. Namun, pesakit wajib menggantikan puasa (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Pesakit tahap 2-5
Ha, jadi korang tak perlu la nak risau bila buat swab test tu kena cucuk hidung takut batal pula puasa. Jangan bagi alasan nak ‘buka puasa’ tau. Hiks!
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat semua.