Lebih dikenali sebagai Puasa Enam di kalangan umat Islam di Malaysia, ramai yang mengejar pahala ibarat berpuasa sepanjang tahun ini. Seperti Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
Maka peluang ini seharusnya tak dibazirkan begitu saja. Alah, setakat enam hari. Kita kan sudah berpuasa selama sebulan, tak ada masalah lah.
Namun, persoalan yang bermain di minda Muslimat adalah sama ada bolehkah ibadah sunat puasa enam ini digabungkan bersama puasa ganti akibat uzur pada bulan Ramadan?
Dua kali pendakwah bebas, PU Azman menjawabnya menerusi akaun Instagram beliau. Kata PU Azman, “Boleh jika ingin gabungkan puasa. Contohnya dalam bulan Syawal ingin melakukan puasa ganti, niatkan saja puasa ganti. InsyaAllah kita akan mendapat sekali saham puasa sunat Syawal.”
Bagaimanapun tambah beliau, ulama berbeza pendapat mengenai hal ini. Ada yang berikan greenlight, ada yang kata tak boleh. Ada juga yang berpendapat lebih afdhal jika kita mengasingkan kedua-dua ibadah puasa itu kerana lebih banyak hari kita berpuasa, lebih banyak pahala yang boleh kita kutip.
Cuma kebanyakan para ulama’ bersetuju ia dibolehkan. Yang penting, niat sebelum Imsak ya!
Satu lagi soalan popular berkenaan puasa enam dan puasa ganti pada bulan Syawal ini adalah sama ada ia perlu dilakukan berturut-turut atau boleh diselang-selikan? Iyalah, kita faham semua nak pergi ke open house sehingga kadangkala tak sempat nak berpuasa.
“Boleh tapi kena bertegas. Walaupun kita tak wajib berpuasa enam secara berturut-turut, namun ikut mazhab Syafie’, lebih afdhal jika ia dilakukan berturut-turut.
“Sebab itu Cik Man lebih gemar jika tuan rumah jamu open house pada waktu malam. Cadangan je, ikut kamulah bagaimana. Bukan rumah Cik Man yang terbuka. (ketawa),” seloroh beliau.
Clear?
Jangan pula lupa untuk niat puasa pulak.