Ho! Ho! Merry Christmas!
Lagi 24 jam menunggu detik tibanya hari esok tanggal 25 Disember 2021,walaupun kita di Malaysia kini tengah dilanda musim hujan dan bencana banjir. Tapi penulis percaya hari Krismas yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya penganut agama Kristian masih disambut dengan meriah dengan sanak saudara walau apa cara sekali pun.
Disebabkan kita hidup berbilang kaum di Malaysia sudah tentu setiap perayaan akan disambut bersama. Dan mulalah ramai masyarakat Melayu yang bertanya, “Kita boleh wish Merry Christmas ke? Bukan Christ tu nama kepada Jesus Christ?”
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengucapkan Merry Christmas dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat adalah harus dengan meraikan garis panduan seperti diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Jika tiada keperluan seperti yang disebutkan, hukumnya cenderung kepada makruh kerana diucapkan sebagai tanda menjaga hubungan baik.
2. Penyertaan dalam majlis sambutan Hari Krismas
Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Hari Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar.
Garis panduan orang Islam yang turut merayakan hari kebesaran agama orang bukan Islam yang tidak dibenarkan:
- menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok Krismas
- menyanyikan lagu bercirikan agama
- memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam
- tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam
- meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahu atau lain-lain anggota tubuh
3. Pakai pakaian tertentu yang lazim dengan sambutan Hari Krismas
Melihat kepada tiada keperluan dalam memakai pakaian yang lazim dipakai semasa sambutan Hari Krismas termasuklah pemakaian topi Santa Claus dan meletakkan pokok Krismas, ianya adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ianya seakan pengiktirafan kepada perayaan tersebut.
Jadi, jelaslah tak ada masalah pun untuk korang beri ucapan kepada rakan beragama Kristian. Kalau dah was-was tahap kronik, ucapkan saja Happy Holiday. Kan senang.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,