Dalam era moden ini, fenomena “tidak mahu kahwin” semakin meningkat di kalangan anak muda. Pelbagai faktor mempengaruhi hal ini, termasuklah tekanan ekonomi, kerjaya, dan gaya hidup yang berubah.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah, adakah tindakan ini berdosa dalam perspektif Islam?

BACA LAGI: GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!

Dalam Islam, perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu ibadah. Mereka yang bernikah seperti sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama.

Hukum ‘Tak Mahu Kahwin’, Adakah Berdosa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Dalam al-Quran juga banyak dalil yang menunjukkan betapa sesuatu pernikahan itu sangat-sangat dituntut oleh agama.

Ads

Antaranya Surah Adz-Dzariyaat ayat 49;

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”

Surah Yasiin ayat 3

“Maha Suci Allah yang telah menciptakan (hidupan) berpasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Hukum tak nak kahwin

Namun begitu pada hari ini banyak gambaran negatif daripada perkahwinan membuatkan ada individu yang tidak berhasrat untuk berkahwin. Boleh jadi juga ada yang tiada niat mendirikan rumah tangga kerana halangan tanggungjawab, kesihatan dan sebagainya.

Dalam hal ini apakah hukumnya. Persoalan ini dijawab oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya.

Ads

Hukum ‘Tak Mahu Kahwin’, Adakah Berdosa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

“Apa hukumnya tak nak kahwin? Hukumnya tak berdosa. Yang berdosa tak kahwin tapi sekedudukan. Ini yang nabi kata bukan umatku.

“Nabi saw. bersabda, “Nikah itu sunnahku, siapa yang tidak suka dengan sunnahku maka ia tidak mengikuti jalanku.”

“Bagaimanapun ramai yang salah tafsir akan hadis ini mengatakan siapa yang tidak kahwin bukan umat nabi. Ini salah.

Ads

“Maksud hadis ini siapa yang tidak melaksanakan nikah tapi duduk berdua-duaan dengan perempuan bukan umat aku. Itu maksudnya.

“Ramai yang faham kalau tak bernikah nabi tak mengaku umat. Bukan begitu. Lihat ramai mana ulamak yang tidak berkahwin.

“Tapi sekiranya kita berkahwin kita beruntung, kerana sekurang-kurangnya ada seorang yang mendoakan kita sekali saja iaitu anak.

Moga artikel ini bermanfaat kepada korang semua!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI