Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.
#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.