Jika tahun lalu ramai yang seram sejuk menyaksikan persembahan silap mata dengan penampilan pelik peserta Indonesia, The Scared Riana yang menjuarai pertandingan Asia’s Got Talent 2, ternyata bagi tahun ke tiga, sekali peserta silap mata menjadi pilihan undian rakyat Asia dengan menjuarai Asia’s Got Talent 3 yang diumumkan lewat malam semalam.
BACA SINI : Memang seram! Misteri Patung Riani Yang Sering Dibawa The Scared Rania Terbongkar
Peserta Taiwan, Eric Chien menjuarai pertandingan pencarian bakat seluruh Asia ini selepas mendapat undian paling tinggi.
Namun apa yang membangakan, pelajar berusia 15 tahun dari SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Yaashwin Sarawanan atau popular sebagai Human Calculator mencipta rekod mencipta rekod membanggakan buat Malaysia apabila meraih tempat kedua program Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3).
Congratulation Young Boy, we proud of you!
Yaashwin, 15, mengakui sangat tidak menyangka berada dalam Top 2 hasil undian rakyat Asia .
“Sejak masuk uji bakat lagi, saya tidak pasti sejauh mana penonton boleh menerima bakat dalam matematik. Ramai juga mempersoalkan kenapa saya perlu masuk AGT3. Saya tahu bukan semua sukakan kira-kira dan nombor. Disebabkan itulah saya ingin membuktikan bahawa sesetengah orang silap.
“Terbukti, ramai yang mengundi dan menyokong sampai saya ke tahap sekarang. Keputusan saya mengambil risiko besar ini sangat berbaloi dengan pencapaian dalam AGT3,” katanya.
Pada acara pengumuman keputusan itu, Yaashwin dan Eric menjadi dua peserta terakhir yang mendapat undian tertinggi daripada sembilan finalis bertanding di pentas akhir.
Wakil negara itu memberi persembahan terakhir yang cukup menghiburkan apabila menjemput kesemua juri iaitu David Foster, Anggun, Jay Park serta dua hosnya Allan dan Justin menyertainya di pentas.
Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Yaashwin berazam mahu menyertai rancangan lebih besar iaitu Britain’s Got Talent demi meneruskan impiannya menjadi Manusia Kalkulator terkenal seluruh dunia.
“Selepas ini, saya memang mahu cuba pertandingan lebih besar. Saya tahu bakat sebegini akan dihargai di barat dan warga Asia sentiasa mendapat perhatian dalam bidang matematik.
“Bagaimanapun, saya juga akan terus mencari idea terbaik untuk menambah baik persembahan pada masa depan. Saya benar-benar mahu membuktikan bahawa bidang kira-kira juga perlu harus diiktiraf sebagai bakat,” katanya.
Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia iaitu NAMA gagal mara ke peringkat seterusnya iaitu Top 6 apabila diumumkan tersingkir pada awal rancangan.
Selain Yaashwin, NAMA dan Eric, turut bertanding di pentas akhir pada minggu lalu adalah Power Duo dari Filipina, Maniac Family (Taiwan), Junior Good Vibes (Filipina), Siti Saniyah (Indonesia), Shadow Ace (Filipina) dan Yang Shih Hao (Taiwan).
Juara ditentukan 100 peratus menerusi undian penonton di laman web www.AXN-Asia.com/AGTVote selama seminggu. Undian mula dibuka Khamis minggu lalu hingga jam 11.59 malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Eric membawa pulang wang tunai berjumlah RM408,000 serta penerbangan percuma selama setahun tajaan syarikat penerbangan VietJet.
Sumber : HARIAN METRO