Malang nyata tidak berbau.
Kali terakhir pelakon, Hun Haqeem mengemaskini Instagram Story adalah ketika dia sedang bergiat dalam aktiviti futsal.
Hanya beberapa jam kemudian, Hun kembali untuk memberitahu dirinya baru saja mengalami kecederaan pada bahagian tumit kaki setelah terjatuh dari motosikal pada tengah malam tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar Kuala Lumpur memerlukan Hun ditahan dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Dalam temuramah bersama rakan media di mStar, ibu Hun iaitu Suraya memberitahu anaknya itu turut mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini juga.
Beliau turut memaklumkan bahawa kaki anaknya itu tidak boleh bergerak untuk jangka masa 4 ke 6 minggu sekiranya ia disahkan mengalami masalah ligamen.
Syafakallah Hun!
Semoga pembedahan Hun berjalan dengan lancar dan agar pelakon tersebut dipermudahkan urusan untuk kembali sihat seperti biasa.
Watak Jekfer Jadi Bualan Ramai, Hun Haqeem Kongsi Pengalaman Berlakon Kampung People
Wabak Tidak Mengira Kasta Dan Pangkat, Putera Charles Sah Positif Covid-19
Wabak virus Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak mengenal kaum, bangsa, pangkat dan sebagainya.
Terbaru, menurut pejabatnya hari ini, Putera Charles, 71, yang merupakan anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II sah positif COVID-19.
Pewaris takhta ini dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi sebaliknya kekal dalam keadaan baik dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duches of Cornwall, Camilla yang telah diuji negatif Covid-19.
“Putera Wales telah diuji positif coronavirus dengan menunjukkan gejala ringan tetapi dalam keadaan baik dan bekerja seperti biasa dari rumah sepanjang beberapa hari lalu, lapor AFP.
Charles dan isterinya, Camilla, bersendirian di rumah di Scotland.
“Sukar untuk menentukan bagaimana putera itu dihinggapi virus berkenaan kerana banyak pergerakan yang dilakukannya dalam peranan awamnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.
Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland, jelas kenyataan tersebut.
Acara umum terakhir Putera Charles adalah majlis makan malam untuk membantu hutan di Australia pada 12 Mac yang berlangsung di Mansion House di London.
Untuk info, Britain mempunyai lebih 8,000 kes disahkan COVID-19, dengan 422 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia.
Sebab tu pentingnya seluruh rakyat Malaysia mendengar arahan kerajaan yang dikeluarkan kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Sumber : Sky News
Hanya Kerana Kata-Kata, Nyawa Siti Nur Surya Tergadai Di Tangan Kawan Baik
Memang betul kata pepatah, “kerana mulut badan binasa”.
Rentetan daripada tragedi bunuh seorang gadis ramaja berusia 19 tahun, Siti Surya Ismail dan penahanan seorang remaja tingkatan enam.
Terbaru, memetik laporan suspek yang merupakan kenalan Surya telah mengaku membunuh mangsa kerana panas hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mangsa.
Hanya Kerana Mulut
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata berkata, suspek mendakwa mangsa telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya sehingga tercetus pertengkaran.
Akibat penghinaan itu suspek mendakwa berlakulah pertengkaran dan pergaduhan antara dia dengan mangsa sehingga mangsa dibunuh dengan sebilah pisau.
“Dia menceritakan, pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk bersembang kosong dan ketika sedang berbual itu, suspek mendakwa Siti Nur Surya telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya…”
Disebabkan perkara itu, suspek bertindak menyerang mangsa yang kebetulan sedang memegang sebilah pisau untuk menetas lebihan benang pada seluarnya.
Ambil Wang Tunai dan Telefon Bimbit Mangsa
Bagi menutup perbuatannya, suspek telah mengambil wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bagi mencipta plot kononnya insiden itu bermotifkan samun sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap berhampiran katil ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar akibat sakit barah otak.
Suspek kini direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Allahu…disebabkan ini saja nyawa boleh tergadai kan….Marilah kita ambil iktibar daripada tragedi ini. Ternyata mulut boleh merapatkan dan merenggangkan silaturrahim sesama kita.
Sumber: Kosmo Online (Mohd Azli Adlan)
Paru-Paru Ditebuk Akibat Vape & Rokok, Lelaki Ini Mahu Kisahnya Jadi Iktibar
Ramai di kalangan masyarakat kita sudah sedia maklum tentang bahaya merokok dan ada diantara mereka yang beralih arah kepada vaping kerana menganggap ia lebih selamat.
Vape yang dijual di pasaran kini terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.
Namun benarkah vape ini benar-benar selamat?
Beru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Faris Ifwat Mohamad Fauzi yang juga merupakan seorang penguna vape berkongsi pengalamannya yang hampir maut akibat masalah paru-paru yang juga dikenali sebagai spontaneous pneumothorax.
Kisah yang dikongsikan melalui hantaran Facebooknya ini diharap dapat menginsafkan serta membangkitkan lagi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahaya dan kesan buruk akibat ketagihan vape dan rokok.
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking.
Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke 4.
Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staff Hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.
Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).
Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita betapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Bila dah kena kat diri sendiri baru ada akai orang cakap 😂.
Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas, nafas jadi pendek dan tercungap-cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.
Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.
Malah, diruangan komen netizen turut berkongsi pengalaman.
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok malah gadis-gadis akan lebih respect sebab susah nak cari lelaki tak merokok atau hisap vape zaman ini.
Sumber: Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi
**
++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.