Malang nyata tidak berbau.
Kali terakhir pelakon, Hun Haqeem mengemaskini Instagram Story adalah ketika dia sedang bergiat dalam aktiviti futsal.
Hanya beberapa jam kemudian, Hun kembali untuk memberitahu dirinya baru saja mengalami kecederaan pada bahagian tumit kaki setelah terjatuh dari motosikal pada tengah malam tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar Kuala Lumpur memerlukan Hun ditahan dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Dalam temuramah bersama rakan media di mStar, ibu Hun iaitu Suraya memberitahu anaknya itu turut mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini juga.
Beliau turut memaklumkan bahawa kaki anaknya itu tidak boleh bergerak untuk jangka masa 4 ke 6 minggu sekiranya ia disahkan mengalami masalah ligamen.
Syafakallah Hun!
Semoga pembedahan Hun berjalan dengan lancar dan agar pelakon tersebut dipermudahkan urusan untuk kembali sihat seperti biasa.