Hutang Meningkat Dan Jualan Merosot, Jenama Tupperware Mungkin Gulung Tikar

Share

Siapa tidak kenal dengan jenama Tupperware yang banyak membantu kita semua dan berjasa dalam kehidupan rata-rata rumah di Malaysia.

Kalau tertinggal atau hilangkan sebekas Tupperware, memang kena marah teruk jawabnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Lelaki Yang Buat Korang Kena Marah Kalau Bekas Tupperware Hilang

Selain kualiti yang diperakui, harga Tupperware juga masih berada dalam tahap ‘boleh tahan’ lalu membuatkan jenama bekas plastik ini selama ini disayangi berbanding jenama-jenama seumpamanya yang lain.

Malangnya, baru-baru ini timbul laporan yang mengatakan bahawa syarikat yang sudahpun wujud selama 77 tahun ini sedang berdepan masalah hutang meningkat dan kemerosotan penjualan. Lantaran itu, ia mencetuskan amaran bahawa Tupperware mungkin bakal jatuh muflis!

Earl Tupper, pengasas jenama Tupperware.

Meskipun terdapat usaha memperbaharui produk-produknya sejak beberapa tahun lepas demi memastikan ia kekal relevan di pasaran serta penggunanya setia dengan jenama tersebut, kemerosotan penjualan masih tidak dapat dielakkan.

Jika dahulu, Tupperware cukup ikonik apabila memperkenalkan produk jenis kedap udara dan kedap air yang menggemparkan pasaran dunia sekitar era 1950-an dan 1960-an.

Namun kini, mekanisma penjualan Tupperware dari rumah ke rumah sudap lapuk. Malah, semakin banyak pesaingnya yang muncul dengan tawaran, harga dan teknik penjenamaan yang lebih strategik serta kompetitif; lalu membuatkan Tupperware semakin dilupakan oleh generasi baharu.

Menurut Catherine Shuttleworth iaitu pengasas syarikat Savvy Marketing yang menganalisa pasaran runcit pula, jenama Tupperware kini lebih relevan sebagai satu kata nama dan bukan lagi sebagai sebuah jenama terkemuka. Tupperware kini dirujuk sebagai bekas makanan dan bukan lagi jenama untuk bekas makanan.

Parti Tupperware yang popular pada era 1950-an dan 1960-an.

Tupperware mengalami peningkatan jualan sewaktu pandemik COVID-19 kerana ia didorong oleh orang ramai yang mula memasak dan membuat kuih di rumah semasa kuarantin. Ia sedikit sebanyak memulihkan harga saham Tupperware; cumanya kenaikan itu hanya bersifat sementara.

Sejak perintah kuarantin di rumah berakhir di seluruh dunia pada tahun lalu, penjualan produk Tupperware mulai merosot semula.

Saham Tupperware juga dilihat menjunam pada Isnin lalu (10 April) sekaligus menceuskan kebimbanganTupperware mungkin akan berdepan status muflis tanpa sokongan kewangan selepas ini.

P.S: Mesti ramai ‘mak-mak’ sedih..

BACA LAGI: Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana