Muzik

HYBE Tak Benarkan Artis Bersuara Isu Palestin, Video Asal ‘Live’ DK Seventeen Disunting

Share

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti K-Pop yang cuba untuk bersuara mengenai isu yang terjadi di Palestin.

Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan SEVENTEEN, DK telah mengadakan siaran langsung di aplikasi Weverse, di mana, salah seorang peminat telah meninggalkan komen mengenai kejadian yang sedang berlaku di Palestin.

Peminat tersebut memberi pertanyaan sama ada DK atau Do-kyeom tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang dan meminta penyanyi berkenaan untuk mengangkat tangan jika dia tidak dibenarkan untuk bersuara mengenai isu Palestin.

Kredit: X @choisngcheolie

“Do-kyeom, awak tahu tak yang sekarang rakyat Palestin sedang berada dalam keadaan yang bahaya? Sila angkat tangan awak jika awak tidak dibenarkan bercakap mengenai Palestin”

Sejurus selepas komen itu terpapar, ahli SEVENTEEN itu langsung mengangkat tangannya, sekaligus mengakui bahawa HYBE iaitu agensi kepada artis berkenaan tidak membenarkan artis-artisnya untuk bersuara mengenai isu yang sedang terjadi di Palestin.

Malah, ianya jadi semakin meyakinkan selepas peminat mendapati bahawa video siaran langsung DK SEVENTEEN itu mengangkat tangan mengenai isu di Palestin telah disunting dan dibuang dari video siaran semula.

Kredit: X @choisngcheolie

Peminat merasakan bahawa bahagian itu disunting, dan artis di bawah HYBE tidak dibenarkan bercakap mengenai Palestin disebabkan oleh hubungan syarikat itu bersama penyokong-penyokong besar Israel seperti Scooter Braun.

Sebelum ini, terdapat pempengaruh seperti Cameron Philip bersuara mengenai agensi HYBE yang kerap bekerjasama dengan beberapa orang Israel dan tampil memberi kesedaran kepada para peminat artis yang bernaung di bawah agensi itu agar tidak menyokong sebarang produk yang berkaitan dengan Zionis Israel.

Dalam pada itu, menurut Cameron peminat boleh terus menyokong artis kegemaran mereka yang bernaung di bawah HYBE tetapi elakkan menyokong dengan membeli produk HYBE kerana agensi berkenaan terlalu banyak bekerjasama dengan Israel mula dari produser lagu, pemilihan negara tayangan dan banyak lagi.

Antara artis K-Pop yang bernaung di bawah agensi HYBE adalah seperti BTS, TXT, SEVENTEEN, ENHYPEN, Le Sserafim, New Jeans dan sebagainya. 

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN