Seorang insan bernama Noor Neelofa sememangnya diketahui ramai merupakan individu yang begitu cekal berdepan dengan apa jua cabaran, tohmahan, kritikan dan spekulasi yang menerpa ke arahnya.
Usia melebihi satu dekad berada dalam industri hiburan selaku figura publik menjadikan Neelofa begitu cekal dan sudah makan garam. Tahun demi tahun, Lofa dilihat bijak untuk berdiam diri sekiranya apa-apa spekulasi terhadapnya muncul dalam media arus perdana mahupun di media sosial. Ia kemudian akan diikuti oleh kenyataan rasmi daripada pihaknya.
Namun, spekulasi yang hangat berterbangan sejak semalam ibarat tiada kesudahannya. Lalu, ia memaksa Lofa untuk tampil ke hadapan sebentar tadi dan menjelaskan sendiri apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupannya membabitkan hubungan pertunangan di antara dirinya dan pasangan Haris Ismail (PU Riz).
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Berpakat’ Kongsi Kata-Kata Sama, Adik-Beradik Neelofa Ingin Beri Hint Tertentu? – REMAJA
“I don’t normally do this. Tapi saya rasa untuk bertindak adil pada kali ini (kerana) ia melibatkan bukan hanya diri saya tetapi dua buah keluarga dan pihak lain.
“Saya sendiri terkejut apabila saya baca dan melihat andaian-andaian ini keluar yang sememangnya tidak betul, tidak berasas dan tidak wajar.
“Tuduhan yang melibatkan buatan minyak pengasih, yang saya ini kononnya sedang berubat. MasyaAllah. Di mana ada perpindahan duit, mengenai perkahwinan yang kononnya dibuat di Kelantan. Sangat-sangat tidak berasas dan karut.
“Ini melibatkan maruah keluarga kami, jadi saya perlu perjelaskan benda ini. Jadi saya minta anda semua untuk hentikan andaian ini. Jangan terus bercakap mengenai hal ini kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
“Setelah melihat kepada Instagram ahli keluarga saya, apa yang saya mampu katakan adalah setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri. Sama juga dengan saya dan Haris. Tidak manislah untuk saya keluarkan kenyataan yang berlebihan dan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris.
“Berikan kami masa dan doakan kami untuk mencari titik penyelesaian terbaik untuk kedua-dua buah keluarga, okay. Adil untuk saya meminta itu. Ini adalah normal dalam mana-mana perhubungan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan juga keluarga Haris kerana saya pasti tiada siapa pun ingin melalui apa yang kami lalui sekarang. Kalau teringat tentang cerita saya, doakan dalam hati. Itu sudah memadai,” pintanya.
*
Benar, jika kita ingin mengahwini seseorang, kita juga secara teknikalnya bakal mengahwini ahli keluarganya. Diharap apa yang sedang Lofa dan PU Riz lalui sekarang akan menemui jalan penyelesaian bersama kerjasama kedua-dua belah keluarga mereka.
Tidak perlu dicanang isu yang sedang menghimpit ahli keluarga sendiri ke media sosial. Lebih bijak dan molek sekiranya pekung disimpan untuk pengetahuan mereka yang paling signifikan saja.
View this post on Instagram