‘I Gemuk,Tapi…”– Nabila Huda ‘Sekolahkan’ Warganet Yang Suka Body Shaming

Share

Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?

Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.

Dan selalunya orang yang gempal dan badan berisi lah yang selalu menjadi ‘target’ meraka ini dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’.

Sebentar tadi, pelakon Nabila Huda memuat naik satu posting berbau nada marah dan  berang apabila ada segelintir pihak cuba bercakap mengenai saiz badannya. Menurut Nabila, budaya ‘body shaming’ ini harus diberhentikan dengan segera sebelum ianya menjadi parah dalam kalangan masyarakat di negara ini.

You ada apa?

 

Ujar Nabila, dia memberi amaran keras kepada semua individu yang suka melakukan ‘body shaming’ agar tidak melakukan perbuatan tersebut lagi. Tambahnya, dia bakal menyakiti hati individu berkenaan sekiranya mereka masih melakukan hal tersebut.

Nabila turut memberitahu bahawa dia faham mengenai perasaan semua wanita dan lelaki di luar sana yang menjadi mangsa ‘body shaming’. Sebagai manusia, menurut pelakon dan juga  anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy Search ini turut memaklumkan bahawa setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai kecantikan tersendiri. Oleh itu, siapa kita untuk menilai dan membezakan setiap manusia di atas muka bumi ini.

Rata-rata diruangan komen dipenuhi kata-kata semangat dan komen setuju dengan kenyataan pelakon ini terutamanya rakan-rakan artis.

So korang jangan nak body shaming orang suka hati je k…

 

Published by
Nana