Isu pakaian tradisional legnha yang disarungkan oleh pelakon dan pengacara, Mira Filzah baru-baru ini demi penggambaran komersil produk lensa mata masih diperkatakan di media sosial.
Mungkin kerana kita berada dalam bulan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, isu ini seakan-akan mengugat sensitiviti sebilangan masyarakat.
Dalam pertemuan REMAJA bersama pelakon Nadiyah Shahab, penulis bertanyakan pendapatnya mengenai isu tersebut memandangkan Nadiyah juga pernah menyarungkan pakaian tradisional daripada negara Arab semasa majlis perkahwinannya tak lama dahulu.
“Pertamanya, baju yang saya sarungkan itu adalah pakaian tradisional Yemeni. Ayah saya berdarah Arab dari Yaman, jadi saya rasa tak salah untuk saya sarungkan pakaian itu. Itu bukan satu bentuk ‘cultural appropriation’.
“Tetapi saya faham, jika saya memakai pakaian tradisional seperti legnha walaupun itu bukanlah budaya saya, mungkin boleh timbul sedikit isu di situ. Bukan kerana kita tidak boleh menyokong budaya bangsa lain, tetapi ia disebabkan oleh trend di negara Barat yang menolak cultural appropriation.
“The westerners are appropriating other cultures, be it Red Indian or Japanese.
Ads
“Namun di Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan harmoni. Kita saling memakai pakaian bangsa lain, makan makanan tradisi masing-masing. Malah kita juga belajar bahasa bangsa lain. Kita tidak pula memanggil itu sebagai ‘appropriating languages’.
“Jadi dalam hal ini, bagi saya, apa yang Mira buat itu tidak salah kerana konteksnya adalah masyarakat majmuk,” kata Nadiyah ketika ditemui REMAJA dalam sidang media pengenalan 10 bakat baru di bawah syarikat Absolut Management.
Syarikat Absolut yang dikongsi oleh finalis Hero Remaja 2011/12 Ben Ali dan isterinya, Nadiyah Shahab.
“Dalam pembikinan syarikat talent management ini, saya terlibat dalam persiapan kontrak yang disediakan oleh Absolut, AIA Imtiyaz dan 10 orang bakat baru yang kami represent sekarang.
“Sebelum ini, saya sendiri pernah duduk di bawah pengurusan artis. Daripada pengalaman tersebut, saya tahu di manakah kekurangan dan kelebihan pengurusan artis yang kita ada di Malaysia.
Ads
“Sebagai contoh, sukar untuk pengurusan di luar sana carikan saya job dahulu. Jadi saya memberitahu Ben, lets not do that to our talents. Lets put in our own effort. Kami berdua sendiri perlu membuktikan bahawa kami serius dalam bekerja sebagai sebuah syarikat pengurusan sekarang. Carikan pekerjaan dan endorsement untuk mereka, barulah mereka rasa berbaloi untuk berada di bawah kami.
“Pada masa yang sama seperti yang Ben katakan tadi, kami nak lakukan kebajikan juga menerusi Absolut Management.
“Contohnya seperti penyediaan payslip dan insurans, ini adalah perkara yang tidak diterima oleh freelancer. Jadi penting untuk kita sediakan semua itu untuk mereka miliki aset, kad kredit dan sebagainya demi kelangsungan hidup,” jelas Nadiyah penuh terperinci.
*
Jom lihat siapakah 10 orang bakat baharu yang kini bernaung di bawah Absolut Management.
Siapa yang tidak kenal dengan Sofyank atau lebih dikenali sebagai Zach King Malaysia kerana sering menghasikan video-video kreatif yang memukau penonton.
Terbaharu, sebuah video yang telah dimuat naik di laman Tik Tok menjadi viral sehingga portal antarabangsa 9gag juga turut berkongsi video tersebut di laman Instagram mereka.
Dengan teknik suntingan yang ‘smooth’ video yang di muat naik pada 14 Jun lalu telah menerima lebih daripada 28 juta tontonan (setakat ini) di Tik Tok dengan 52 ribu komen dari serata dunia.
Apa yang lebih menarik, video tersebut turut di muat naik di Instagram 9gag dan rata-rata daripada masyarakat Malaysia meninggalkan komen dengan perasaan bangga melihat hasil karya anak Malaysia di laman IG terkenal dunia.
Sebelum ini, Sofyank juga pernah berkolaborasi bersama 9gag untuk mempromosikan Sony Playstation5. Menurut Sofyank, dia terkejut menerima DM dari 9gag dan tanpa berfikir panjang, dia menerima tawaran kerjasama itu.
Korang boleh lihat video penuh di laman YouTube ini.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada anak jati Kelantan ini kerana telah membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi dalam menghasilkan karya-karya video kreatif. Semoga Sofyank dan teamnya makin sukses dan sekali gus memahatkan nama negara di mata dunia.
Sebuah lagi tempat tumpuan orang awam, pusat rekreasi Sunway Lost World of Tambun melaporkan operasi taman tema tersebut ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober 2020 ekoran salah seorang pengunjung mereka disyaki positif COVID-19.
Pihak Sunwat Lost World of Tambun telah pun membuat kenyataan rasmi mereka di media sosial dan khabarnya, informasi berkenaan dengan pengunjung yang disyaki positif itu diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
KKM juga sudah sedang menjejaki kontak rapat kepada kes COVID-19 berkenaan.
Haih, memang waktu-waktu begini sebaiknya kita duduk rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti diluar. Mana yang nak pergi bercuti tu pun kalau boleh tukar jadual buat sementara waktu ini. Walaupun korang tidak tinggal di kawasan PKPB Kuala Lumpur dan Selangor namun dengan kes yang mendadak tinggi ini tidak menjamin kawasan tempat tinggal korang juga bebas daripada virus COVID-19.
Semakin hari, kes positif COVID-19 semakin menakutkan masyarakat apabila ianya seperti berada di mana-mana. Terbaru, seorang staf operasi MRT laluan Kajang telah disahkan positif dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh. Staf tersebut bertugas sebagai pengendali tren atau transit officer dan bertugas kali terakhir pada 21 Oktober 2020.
Ekoran daripada kes tersebut, pihak Rapid Rail yang menjadi untuk MRT Laluan Kajang, telah melaksanakan kerja-kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan staf berkenaan telah diminta untuk menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM.
Namun begitu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana – LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti- henti adalah selamat digunakan. Pihak pengurusan dan staf Prasarana khususnya di Rapid Rail dan Rapid Bas telah dilatih untuk menerapkan piawaian dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi berkaitan COVID-19 selaras dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.
Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk mengikuti dengan rapi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Pengangkutan awam adalah nadi penting negara. Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini dan diharap agar korang sentiasa berhati-hati dan jangan lupa untuk memakai hand sanitizer setiap kali berada di kawasan awam.
Penyanyi versatil, Aisha Retno berharap isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penganjur konsert dapat diselesaikan secara baik.Dalam temu bual bersama Remaja, Aisha juga menyatakan...