Isu pakaian tradisional legnha yang disarungkan oleh pelakon dan pengacara, Mira Filzah baru-baru ini demi penggambaran komersil produk lensa mata masih diperkatakan di media sosial.
Mungkin kerana kita berada dalam bulan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, isu ini seakan-akan mengugat sensitiviti sebilangan masyarakat.
Dalam pertemuan REMAJA bersama pelakon Nadiyah Shahab, penulis bertanyakan pendapatnya mengenai isu tersebut memandangkan Nadiyah juga pernah menyarungkan pakaian tradisional daripada negara Arab semasa majlis perkahwinannya tak lama dahulu.
“Pertamanya, baju yang saya sarungkan itu adalah pakaian tradisional Yemeni. Ayah saya berdarah Arab dari Yaman, jadi saya rasa tak salah untuk saya sarungkan pakaian itu. Itu bukan satu bentuk ‘cultural appropriation’.
“Tetapi saya faham, jika saya memakai pakaian tradisional seperti legnha walaupun itu bukanlah budaya saya, mungkin boleh timbul sedikit isu di situ. Bukan kerana kita tidak boleh menyokong budaya bangsa lain, tetapi ia disebabkan oleh trend di negara Barat yang menolak cultural appropriation.
“The westerners are appropriating other cultures, be it Red Indian or Japanese.
“Namun di Malaysia, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan harmoni. Kita saling memakai pakaian bangsa lain, makan makanan tradisi masing-masing. Malah kita juga belajar bahasa bangsa lain. Kita tidak pula memanggil itu sebagai ‘appropriating languages’.
“Jadi dalam hal ini, bagi saya, apa yang Mira buat itu tidak salah kerana konteksnya adalah masyarakat majmuk,” kata Nadiyah ketika ditemui REMAJA dalam sidang media pengenalan 10 bakat baru di bawah syarikat Absolut Management.
ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Fesyen Ini Jelaskan Maksud ‘Cultural Appropriation’
Syarikat Absolut yang dikongsi oleh finalis Hero Remaja 2011/12 Ben Ali dan isterinya, Nadiyah Shahab.
“Dalam pembikinan syarikat talent management ini, saya terlibat dalam persiapan kontrak yang disediakan oleh Absolut, AIA Imtiyaz dan 10 orang bakat baru yang kami represent sekarang.
“Sebelum ini, saya sendiri pernah duduk di bawah pengurusan artis. Daripada pengalaman tersebut, saya tahu di manakah kekurangan dan kelebihan pengurusan artis yang kita ada di Malaysia.
“Sebagai contoh, sukar untuk pengurusan di luar sana carikan saya job dahulu. Jadi saya memberitahu Ben, lets not do that to our talents. Lets put in our own effort. Kami berdua sendiri perlu membuktikan bahawa kami serius dalam bekerja sebagai sebuah syarikat pengurusan sekarang. Carikan pekerjaan dan endorsement untuk mereka, barulah mereka rasa berbaloi untuk berada di bawah kami.
“Pada masa yang sama seperti yang Ben katakan tadi, kami nak lakukan kebajikan juga menerusi Absolut Management.
“Contohnya seperti penyediaan payslip dan insurans, ini adalah perkara yang tidak diterima oleh freelancer. Jadi penting untuk kita sediakan semua itu untuk mereka miliki aset, kad kredit dan sebagainya demi kelangsungan hidup,” jelas Nadiyah penuh terperinci.
*
Jom lihat siapakah 10 orang bakat baharu yang kini bernaung di bawah Absolut Management.