Isu basikal lajak terus menjadi polemik di kalangan rakyat Malaysia. Isu ini bukalah satu isu yang baru tapi kembali menjadi ‘panas’ apabila tragedi hitam 8 remaja basikal lajak yang dilanggar mati diputuskan mahkamah baru-baru ini.
Terkini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan lantang bersuara mengenai isu yang kian meruncing ini. Menurut beliau mengecam dan menghukum bukan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Syed Saddiq sempat memuat naik satu posting di laman instagramnya, menurut beliau, gara-gara pertahankan remaja-remaja ini dia di label ‘Menteri Mat Lajak’ .
“Menteri Mat Lajak”
Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing & bukan menghukum.
Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET.
Dari terus mengecam mereka, saya pilih untuk mendidik mereka tentang keselamatan jalan raya.
Dari terus mencaci mereka, saya pilih untuk memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal Negara.
Segelintir dari kita suka menghukum dan gagal untuk membimbing. Mereka perlukan bantuan kita semua. Mereka ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Saya akan terus mendekati komuniti ini.
Saya mahu mereka jadi anak anak yang berjaya.
Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat & mengasah bakat mereka dengan cermat.
Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang. Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.
Let us all find a way to lend a helping hand in guiding these youths to success. We owe it to Malaysia!,”
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan hobi kumpulan basikal lajak boleh disalurkan dengan cara yang lebih positif dan bermanfaat tanpa bertindak mendiskriminasi dan mengenepikan mereka.
Justeru itu, remaja yang terbabit dalam kegiatan basikal lajak akan dimasukkan ke Program Pembangunan Berbasikal Negara bagi mengasah bakat mereka seterusnya mampu mengharumkan nama Malaysia dengan sukan berbasikal.
Bukan sahaja mendekati kelompok terbabit malah kementerian itu menganjurkan latihan khusus kepada kumpulan yang berminat dengan sukan basikal dengan menyediakan litar yang sesuai dan alat keselamatan lengkap.
Menurut Syed Saddiq, selain bengkel latihan serta pelatih profesional, beliau turut menyarankan individu gemar mengubahsuai basikal lajak dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN).
Memetik petikan Sinar Harian, dalam masa yang sama, Menteri Belia Dan Sukan itu juga turut mendapatkan pandangan beberapa pihak berhubung inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi menyalurkan minat kumpulan basikal lajak, tanpa mengenepikan aspek keselamatan.
Apapun bagi penulis bagus tindakan Menteri muda kita ni dan mendoakan yang terbaik untuk remaja-remaja basikal lajak ni, mana tahu kumpulan basikal lajak ini 10 tahun lagi jadi “The Pocket Rocketman” Malaysia yang ke 2. Who knows?
Sumber : Instagram, Twitter Syed Saddiq, Sinar Harian