Teka teki berkenaaan bilakah penyanyi dan pelakon tanah air, Nabila Razali bakal menamatkan zaman bujangnya kini terjawab apabila si cantik manis itu mendedahkan dirinya telah menerima lamaran kekasih hatinya iaitu Nik Iruwan.
ARTIKEL BERKAITAN: Persalinan Janna Nick & Nabila Razali Di AJL 37 Jadi ‘Topik’ Hangat Netizen, Tapi Tetap Terima Pujian Ramai
View this post on Instagram
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Nabila memberi gambaran hubungan dengan jejaka itu memasuki fasa seterusnya, iaitu gerbang perkahwinan.
“I said yes (saya kata iya),” tulis penyanyi lagu Pematah Hati itu beserta ikon cincin dan tanda pagar, #NewChapter.
Menerusi hantaran sama, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali berkongsi foto memaparkan Nik Iruwan melutut di hadapannya persis jejaka membuat lamaran kepada gadis pilihan.
Malah, paparan mesej tertera ‘Will you marry me?’ (Sudikah awak berkahwin dengan saya?) di dinding menguatkan lagi spekulasi pasangan itu akan berkahwin.
Tunang Nabila Razali, Nik Iruwan
Susulan hantaran itu, rakan artis seperti Wany Hasrita, Janna Nick, Ummi Nazeera dan ramai lagi menitipkan ucapan tahniah kepada Nabila dan Nik Iruwan di ruangan komen.
Sebelum ini, penyanyi berusia 31 tahun itu memilih untuk mengunci mulutnya daripada mengulas spekulasi mengenai hubungannya dengan Nik Iruwan.
Buat makluman, Nabila didakwa sudah melangsungkan pertunangan dengan Nik Iruwan dan difahamkan, majlis itu diadakan di rumah baharunya di Selayang, Selangor.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nabila Razali