Kuala Lumpur. Kota yang tidak pernah tidur. ‘Didiami’ masyarakat berbilang kaum, ibu negara Malaysia ini juga menyimpan 1001 kisah tersendiri selain mempunyai bangunan pencakar langit dan lokasi menarik yang pastinya menjadi kebanggaan rakyat.
Sejak dahulu lagi, Kuala Lumpur menjadi tumpuan para pelancong seluruh negara. Kaya dengan pelbagai makanan dan budaya, tidak hairanlah kota ini acap kali mendapat pujian pelancong luar.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila ada seorang pelancong wanita yang berasal dari Amerika memuji keindahan kota raya Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Jalan Raya Kuala Lumpur Dipromosikan Untuk Miss Eco International Malaysia 2023, Pereka Kostum Dedah A-Z Tentangnya
Menerusi satu hantaran video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Lilith itu memuji dan menganggap Kuala Lumpur tersebut lebih menarik berbanding kota terkenal, New York.
“I have a little different perspective on it. I don’t think KL is the New York of Asia, because I think KL is way better than New York. But KL really is the Wakanda of the world. No one really know about it that much.
“Then you come and you’re like, what? What is this place? Why have i never heard of it? Why does no one ever talk about it? It’s amazing, and it’s so developed. And, no one really knows. At least Americans, they never talk about Malaysia really in the news ever,” tuturnya panjang.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon yang rata-rata rakyat Malaysia terharu dengan kenyataan pelancong jelita itu.
“Thank you very much for your perspective. We Malaysian welcome everyone,”
komen seorang pengguna.“Thanks for sharing good vibes about Malaysia, truly Asia,” tulis pengguna lain.
“Thanks for Loving Our Country Malaysia.. Especially Kuala Lumpur…” komen rakyat Malaysia di ruangan komen tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Lilith