Kerjaya dalam bidang perubatan sekian lama menjadi idaman ramai remaja (dan ibu bapa) kerana ia dianggap sebagai kerjaya yang boleh menjamin masa depan serta memberi peluang untuk kembali berbakti kepada masyarakat dan negara.
Namun, dek insiden pemergian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang April lalu apabila mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartment, masyarakat mulai skeptikal untuk memilih bidang perubatan kerana tekanan yang terpaksa dihadapi sejak awal lagi.
Umum mengetahui akan kebijaksaan yang selalunya dikaitkan dengan pelajar perubatan. Rata-rata memang geliga dan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang sewaktu di bangku sekolah demi menempatkan diri dalam jurusan tersebut.
Begitupun, lain pula realiti yang terpaksa mereka hadapi setelah timbul isu buli secara emosi terhadap kelompok doktor pelatih di hospital sehingga menjurus kepada percubaan membunuh diri.
Dakwaan isu buli doktor pelatih ini telahpun mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pakar bedah yang kini bertapak di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri.
Menerusi hantaran di Instagram beliau, Dr. Amalina, mengakui isu ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi dalam dunia perubatan. Sebaliknya, ia telah berlarutan sejak dahulu kala dan beliau menguatkan hujah tersebut dengan statistik yang dikongsikan bersama pengikutnya.
Ads
“Satu kajian ke atas 1,000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di tempat kerja adalah sebanyak 13 peratus.”
“Tinjauan terhadap 16,000 ahli yang dijalankan oleh Sistem Papan Buletin Doktor sahaja menunjukkan bahawa kira-kira 80 peratus daripada doktor di Malaysia (pernah) dibuli yang mana 17 peratus berfikir untuk membunuh diri kerana itu. Ini membimbangkan!” catatnya pakar berusia 33 tahun itu.
Tambahnya lagi, bukan hanya Malaysia yang menjadikan buli di tempat kerja sebagai budaya normal. Malah di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sendiri, ramai doktor pelatih yang terpaksa ‘menelan nasib’ menjadi ‘yes man’ kepada ahli perubatan senior kerana takut bersuara.
“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki.
Ads
“Di UK, terdapat sistem untuk mencegah buli. Kesemua doktor junior mempunyai penyelia masing-masing yang mana boleh dibawa berbincang mengenai perkembangan dengan kerap dan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
“Terdapat juga tinjauan yang dijalankan secara tanpa nama (anonymous) agar doktor pelatih boleh melaporkan sebarang isu yang terjadi; serta wujudnya Freedom to Speak Up Guardians oleh jabatan kesihatan di sana yang betindak membangkitkan isu buli dan gangguan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan lima nama yang didakwa sebagai doktor pembuli berpangkat doktor pakar di hospital yang terletak di Pulau Pinang terbabit.
Dalam waktu terdekat ini, REMAJA berharap agar akan ada usaha yang dilakukan ke arah menyempurnakan persekitaran tempat kerja di sini agar ia menjadi lebih positif untuk semua pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya tak habis lagi dengan isu pelarian Rohingya.
Terbaru, jenama roti kegemaran rakyat Malaysia iaitu Gardenia nampaknya telah dikecam netizen atas isu pengambilan bangsa yang menjadi isu hangat di socmed.
Menerusi hantaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa pihaknya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka.
Gardenia turut menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan tetap diberikan kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan di kru pengeluaran kerana permintaan berterusan untuk produknya dan temuduga masih diteruskan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.
Walaupun Gardenia sudah memberi penjelasan atas dakwaan tersebut, masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar datang bekerja di sini atas tiket UNHCR.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia sehingga ada yang mengancam untuk memboikot jenama berkenaan kerana mahu kesemua pekerja di syarikat roti itu adalah seratus peratus daripada rakyat tempatan.
Ala kalau korang boikot macam mana penulis nak makan roti gardenia ni. So apa pendapat korang tentang isu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki tersebut dikenali sebagai Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana seluruh ahli keluarganya memiliki wajah yang unik. Hal ini kerana mereka menghidap penyakit abnormal yang disebut Sindrom Treacher Collins.
Difahamkan, sindrom tersebut akan menjejaskan perkembangan muka, kepala dan telinga kanak-kanak sebelum mereka dilahirkan. Walaupun begitu, keluarga Marunung mula tular apabila mereka selalu membuat siaran langsung di media sosial sehingga dapat mencuri perhatiaan netizen.
Menurut Tribunnews, sebelum berkahwin Surya dan Sasha sering berkongsi gambar bersama di laman sosial.
Tidak hanya Surya memiliki pengikut ramai, wanita yang mesra disapa Dewi itu turut popular dengan 38,300 pengikut dan 364,300 tanda suka.
Jumlah itu bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding suaminya yang memiliki 1.6 juta pengikut dan 23. juta tanda suka.
Malah, netizen turut menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar perkahwinan pasangan itu kekal hingga ke jannah.
Info Sindrom Treacher Collins (TCS)
SINDROM Treacher Collins (TCS) barangkali asing dan kurang didengari oleh rakyat di negara ini. Jadi ini info ringkas korang perlu tahu.
1. Sindrom itu berlaku satu dalam 50,000 bayi kelahiran di dunia.
2. Kira-kira 60 peratus daripada angka itu mengalami TCS bukan genetik keluarga.
3. Ia berlaku kerana gangguan genetik yang mempengaruhi perkembangan tulang dan jaringan lain pada wajah.
4. Gangguan genetik yang berlaku dikaitkan dengan perubahan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
5. Lazimnya, bayi TCS mengalami kelainan pada bahagian telinga, kelopak mata, tulang pipi atau tulang rahang.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat pengantin baru ini. Moga terus bahagia melayari hidup berumah tangga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riuh baru-baru ini di media sosial apabila tular video seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan selebriti dan penyanyi tanah air, Alif Satar.
Klip pendek penyegerakan bibir (lip sync) yang dilakonkan gadis tersebut bukan sahaja meraih hampir 4 juta penonton namun turut berjaya mencuri perhatian tuan badan sendiri iaitu Alif Satar.
Tangkap layar seorang gadis bertudung yang tular dek kerana persamaan rupa paras dengan penyanyi Alif Satar.
Menjenguk ke media sosial selebriti tersebut, beliau kelihatan gembira dapat berjumpa gadis tersebut di sebuah restoran. Turut terhibur apabila Alif Satar membuat pelbagai reaksi muka sambil diikuti oleh gadis tersebut. Sungguh saling tak tumpah!
Tangkap layar video perkongsian Alif di media sosialnya ketika bertemu gadis tersebut di sebuah restoran.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet turut terpaku akan persamaan rupa mereka berdua. Ada juga turut berkata posisi susunan gigi, pipi serta dagu gadis tersebut sama seperti penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku tersebut.
“Akhirnya bertemu juga kembar terpisah ni. Alif Satar dan Baa Satar,” komen seorang pengguna.
“Mana satu Alif Satar ni?!,” ujar seorang pengguna.
“Akhirnya adik beradik yang sudah lama terpisah berjumpa kembali,” seloroh peminatnya yang lain.
Sehingga kini, hantaran klip video singkat itu berjaya meraih hampir 700 ribu tontonan dan 375,200 tanda suka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...