Tragedi yang menimpa ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina yang dilaporkan hilang berakhir sejak 8 Mei lalu berakhir dengan tangisan bila mana pihak polis menemui mayatnya di sebuah kondo di Cyberjaya.
Semalam selepas bedah siasat dilakukan, polis memaklumkan kematian ketua jururawat berpunca dari mati dibunuh. Polis mengesahkan terdapat kelaran pada tubuhnya iaitu di bahagian dada, leher dan kepala malah ketika mayatnya ditemui, keadaan pakaiannya tidak sempurna.
Semalam juga, jenazah Siti Kharina sudah selamat disemadikan di kampung halamannya di Kg Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan di mana ramai yang menyuarakan rasa simpati dan sedih tatkala melihat keadaan suami arwah yang menangis sewaktu ketibaan jenazah isterinya.
Masa yang sama, kecekapan pihak polis menahan suspek utama pembunuhan iaitu Aliwajuwom Gilbertalowonle yang berusia 30-an serta dua lagi invividu iaitu lelaki warga Pakistan dan wanita Nigeria untuk soal siasat yang turut dibanggakan oleh netizen kerana percaya pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini dengan sangat pantas.
Dalam pada itu adik kepada arwah, Khairani Kamarudin menulis di fbnya yang mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, rakyat Malaysia, keluarga dan sahabat handai di atas segala bantuan semasa kehilangan kakaknya ini.
Masa yang sama beliau meminta agar pihak-pihak yang menyebarkan cerita/berita yang tidak benar, berhentilah menyebarkan berita yang tidak sohih! Ianya sangat menyakitkan buat kami sekeluarga, jelasnya.
Assalamualaikum….
Terima kasih polis diraja Malaysia
Terima kasih rakyat Malaysia dan
Terima kasih keluarga dan sahabat handai
Tanpa bantuan anda semua pasti misteri kehilangan kakak saya Siti Kharina sukar dirungkai… alhamdulillah jenazahnya telah selamat dikebumikan selepas waktu berbuka td… Saya harap tidak ada yang akan bertanya tentang kes ini kerana ianya diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan saya dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen.
Saya mohon maaf setulusnya atas segala salah silap dari kami sekeluarga sepanjang tempoh pencarian ini dimana mungkin kami ada membuat mana2 pihak berkecil hati.. Jutaan maaf juga saya pinta bagi pihak arwah Siti Kharina jika arwah ada menyakitkan hati sesiapa. Mohon dihalalkan segala makan dan minumnya. Jika arwah ada hutang boleh hubungi saya.
Pada pihak-pihak yang menyebarkan cerita/berita yang tidak benar, berhentilah! Ianya sangat menyakitkan buat kami sekeluarga…
Kami sekeluarga tidak akan mampu membalas segala jasa baik, pertolongan, sokongan, doa dan apa sahaja bentuk bantuan yang anda semua hulurkan. Lebih menyentuh hati apabila kita tidak saling mengenali dan anda tidak mengharapkan sebarang balasan… Saya doakan anda semua diberi balasan sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t
Aameen…