Alhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.
Jika kita lihat hari ini, bagai kan trend melancong orang berlumba-lumba ke kota suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Kerana ramai yang sudah berkemampuan, dan pakej umrah yang ditawarkan pula dah semakin murah, ia menjadi satu budaya melancong bentuk baru atas nama ibadah umrah.
ARTIKEL BERKAITAN : Bijak Guna Telefon Pintar? Ia Jadi ‘Syarat’ Penting Bakal Jemaah Umrah
Ramai yang menganggap melancong cara ini adalah yang terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata dan tidak lagi bertumpukan niat untuk beribadah. Sebab itu ada yang mengulang banyak kali. Tiap-tiap tahun pergi umrah, tapi perangai tak berubah-ubah jugak – bak kata Makcik Bawang.
Pendakwah kongsi pengertian sebenar menunaikan umrah
Susulan itu, pendakwah bebas, Maulana Wan Helmi Wan Mohamed menerusi sebuah program dakwah yang disiarkan TV Al-Hijrah berkongsi pengertian sebenar dan perkara asas yang betul untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman akaun TikTok @elbachuki, Maulana Helmi berkata sepatutnya umat Islam yang datang ke Tanah Suci itu membawa dua perasaan iaitu takut dan berharap.
@elbachuki Hadir ke tanah suci perlu ilmu dan tawajjuh (fokus hati) kepada Allah, agar ibadah diterima, dosa diampunkan dn kepulangan kita mmbawa perubahan dlm diri, keluarga dan ummat #tanahsucimakkah #rinduharamain♥️ #tipsumrah #penyucianjiwaditanahsuci #ikhlas #hajiumrah #masjidilharam #masjidnabawi ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga
Segelintir umat Islam tunaikan umrah tidak fokus
Bagaimanapun, beliau yang banyak memimpin individu yang ingin menunaikan umrah berkata, segelintir umat Islam yang berada di sana beribadah dalam keadaan yang tidak begitu fokus.
“Saya dapat tengok segelintir orang yang bertawaf dan bersai dalam keadaan tidak bertawajjuh,” katanya lagi.
Jelasnya, situasi ini berbeza berbanding zaman dahulu yang mana kebanyakan umat Islam begitu fokus menunaikan ibadah sehingga ada yang menangis ketika mendengar azan dan ketika bertawaf.
Kesan yang dibawa balik adalah yang paling penting
Ujar Maulana Helmi, kesan yang dibawa balik selepas menunaikan umrah itu adalah yang paling penting kerana ia boleh dikongsikan buat masyarakat yang lain.
Di akhir perkongsian, beliau berkata perkara yang harus dibimbangkan adalah amalan semasa kita menunaikan ibadah tersebut sama ada diterima atau ditolak Allah SWT.
“Kita takut sangat tengok bila banyak orang ‘selfie’ depan Kaabah, menziarahi makam Rasullah SAW pun sambil ‘selfie’. Pada saya ini satu adab yang sangat tidak baik.”
Video penuh:
http://https://fb.watch/hqducO8AW8/
Semoga bermanfaat kepada semua!
BACA : Selesa Tapi Malam Sejuk! Ini 6 Tip Kerjakan Umrah Akhir Tahun
Sumber : TikTok
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.