Siapa sangka insiden tertukar bayi sebenarnya bukan rekaan dalam drama sahaja, tetapi benar-benar pernah berlaku di negara kita sendiri. Tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lalu, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian itu baru disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20 dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Ha, korang keliru tak?
Kejadian ini mula terbongkar ketika Adryani Iwani berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Dia kemudiannya meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum berkongsi akaun Instagram Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengannya.
Bagai sudah ditakdirkan, mereka bertemu buat pertama kali di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terkejut apabila melihat persamaan ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
Ads
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Akibat terlalu terkejut, masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja, sehinggalah Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik foto majlis sambutan hari lahir di media sosial.
Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG, banyak perkara yang dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan. Mereka mengambil keputusan untuk melakukan DNA.
Ads
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
Ads
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Kakak kepada Adryani Iwani berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya. Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-duanya nama mama mereka, jadi keluarga mereka tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras.
Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Tak dapat kami bayangkan bagaimana perasaan mereka dan keluarga menghadapi kebenaran ini. Setelah dibesarkan selama 20 tahun oleh bukan keluarga sendiri, pasti bukan mudah untuk mereka menerima hakikat ini, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana akhirnya segalanya telah terbongkar.
Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang kontroversi yang melanda selebriti Janna Nick kerana dikatakan menghina artis K-pop, kini nama Nazim Othman pula jadi trending di laman Twitter ekoran daripada terkena tempiasnya.
Nazim dilihat memberikan komen di salah sebuah hantaran di @jannanickstudios yang ditulis sebagai LISA BLACKPIG bagi menggambarkan salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan karakter gadis gedik.
Dalam komen tersebut, Nazim meninggalkan komen “Lisa Black whattttt???? Dan Janna membalas dengan jawapan seperti bunyi khinzir berserta emoji kepala haiwan tersebut.
Ramai peminat K-pop mula berang kepada Janna sehinggakan selebriti itu mennyahaktif akaun media sosialnya gara-gara dikecam oleh netizen.
Walau bagaimanapun, Nazim Othman turut mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana komennya itu telah disalah tafsir. Nazim turut menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menghina atau tidak hormat pada sesiapa, sebaliknya dia komen kerana seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
Tindakan Nazim ini mendapat pujian peminat selebriti K-pop kerana mereka menganggap bahawa Nazim bersikap professional walaupun netizen bukannya menyalahkan dirinya.
Apa-apa pun kami mengharapkan agar situasi ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap negara dan masyarakat kita.
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjaya mencipta rekod dunia bagi kategori wanita selepas berjaya menyusun kiub rubik dalam masa yang paling paling singkat.
Cao Qixian dari wilayah Jiangsu di China ini berjaya menyelesaikan kiub rubik 3x3x3 dalam purata 5.97 saat di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Persatuan Rubik Kiub Dunia yang berlangsung di Singapura.
Menerusi laporan media antarabangsa, Qixian mendapat ilham untuk menyusun kiub rubik dengan pantas daripada sepupunya yang mengajarnya seni `speed-cubing’.
Bagaimanapun, selepas kira-kira setahun, Qixian menjadi sangat mahir sehingga ibu bapanya mendapatkan khidmat jurulatih speed cubing untuk melatih anaknya.
“Qixian gemar menyelesaikan kiub rubik dengan pantas sehingga dia berlatih selama dua hingga tiga jam hampir setiap hari,” jelas laporan.
Sementara itu, ibunya, Cao Qian berkata, dia tidak menyangka anaknya mampu mencipta rekod dunia baharu pada usia enam tahun.
“Kami tidak pernah menyangka Qixian akan memecahkan rekod dunia secepat ini,” katanya.
Sekadar informasi, kanak-kanak perempuan itu mula bermain dengan kiub rubik sejak dia berusia tiga tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa disedari, pengguna akaun yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Sepanjang waktu perintah kawalan pergerakan (PKP), jelas ramai yang memilih saluran Live Instagram untuk berinteraksi dengan rakan, keluarga dan followers. Bagi para selebriti pula, mereka menggunakan Live Instagram sebagai cara untuk berinteraksi dengan peminat masing-masing.
Salah satu sesi live yang berlangsung pada malam ini menarik perhatian penulis.
Ia dikendalikan oleh penyanyi remaja, Kucaimars bersama beberapa peminat yang menghantar request untuk muncul berinteraksi.
Tanpa disedari oleh Kucai sendiri, salah seorang pengguna akuan yang dipilih olehnya merupakan seorang pesakit positif wabak Covid-19.
Remaja berusia 19 tahun itu memperkenalkan dirinya sebagai Talha Taufiq dan menjawab pertanyaan Kucai mengenai keberadaan dirinya di dalam jubah hospital.
“Saya dalam wad disebabkan positif Covid-19. Tetapi sekarang saya ditempatkan dalam bahagian wad jururawat kerana kondisi telah lebih stabil,” katanya yang turut meminta sekiranya Kucai tidak keberatan untuk menghasilkan video cover untuk lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian semula Betrand Peto.
Kucai kemudiannya bertanya sekiranya Talha rindukan ayahnya memandangkan dia sedang menetap di wad.
Kucai bersama-sama penonton terkedu apabila Talha menyatakan ayahnya telahpun meninggal dunia disebabkan oleh wabak Covid-19.
Penyanyi tersebut mengambil masa beberapa saat untuk kembali memberikan semangat kepada Talha dan berjanji untuk belajar chord serta lirik lagu tersebut.
Allahu, inilah yang dikatakan sebagai petunjuk yang Esa, barangkali. Tanpa disedari, Kucaimars memilih insan yang amat memerlukan dorongan untuk pulih dari segi fizikal dan emosi.
Bagi korang yang nak mendengar 5 lagu cinta pilihan Kucai, klik video di bawah:
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...