Ibarat Konsert K-Pop Di Pavilion, Beribu Fans Datang Bertemu Park Bo-Gum

Share

Setiap kali selebriti dari Korea Selatan berkunjung ke Malaysia, pastinya setiap tempat duduk (dan kawasan berdiri) di venue tersebut dipenuhi oleh para peminat mereka.

Tak kiralah sama ada ia adalah acara konsert K-pop, acara meet & greet, fan meeting concert, acara anugerah ataupun pelancaran produk, semuanya sama je!

Hari ini, situasi itu kembali berulang apabila ruang legar Pavilion Centre Court dibanjiri oleh kira-kira lebih 3,000 peminat aktor Korea, Park BoGum.

 

Ada peminat yang dilaporkan sudah tiba seawal jam 9 pagi tadi hanya untuk mendapatkan tempat duduk terbaik untuk melihat idola mereka itu. Kunjungan Park Bo-Gum ke Malaysia pada hari ini bukanlah untuk acara premiere drama ataupun filem. Tetapi, dia ke sini bagi menyokong pelancaran produk terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+.

 

Bagi korang yang obses memuat naik gambar, video, GIF, gambar Slow-mo dan all-things-creative di media sosial masing-masing, telefon baharu Galaxy S9 dan S9+ memang sesuai sangat untuk kamu.

Ini kerana ia bukan saja mempunyai kamera belakang 12MP dan kamera selfie 8MP. Malah, terdapat juga beberapa fungsi menarik yang tidak pernah lagi diperkenalkan oleh jenama telefon pintar lain sebelum ini. Antaranya adalah fungsi gambar slow-mo yang boleh ditukar menjadi GIF.

Terdapat juga fungsi mencipta emoji sendiri semudah mengambil gambar selfie! Selepas gambar diambil, muka korang akan terus ditukar kepada versi animasi. Kemudian, pilih warna kulit, stail rambut dan baju untuk emoji korang. Serius best!

Fungsi Emoji AR pun ada!

 

Kalau tak best, takkanlah Park Bo Gum pun sukakannya. Katanya apabila ditanya oleh emcee, Serena C petang tadi tentang fungsi yang paling digemarinya, dia menjawab, “Fungsi emoji Augmented Reality (AR) dan fungsi Slow-mo kerana ini adalah kali pertama saya melihat (teknologi) seperti itu.

Selain daripada sesi pelancaran, kehadiran Park Bo Gum juga diserikan dengan sesi mencuba fungsi slow mo Samsung Galaxy S9 & S9 Plus bersama 3 orang peminat bertuah. Siap dapat diri bersebelahan dan dipeluk lagi oleh aktor Love In The Moonlight itu!

Sebelum berpisah Park Bo Gum sempat berkata kepada ribuan peminat bahawa dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada masa akan datang. Sebelum ini, dia pernah datang ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2016 sempena ‘Oh Happy Day’ Asia Tour di KLCC Plenary Hall.

Published by
FZ