Ibarat ‘Mak Nujum’, Rakyat Kagum Ketelitian Nurul Izzah Beri Amaran Banjir Sejak Julai

Share

 

Susulan hujan lebat yang mengakibatkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di sesetengah kawasan dalam negara sekarang, klip video yang memaparkan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat lima bulan lalu; kembali diperkatakan.

Masih jelas di ingatan rakyat akan hujah yang pernah disampaikan beliau sewaktu parlimen kembali ‘dibuka’, Julai lalu setelah persidangan sekian lama ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Foto Ahli Politik Malaysia Dulu Vs Sekarang – REMAJA

Semasa persidangan secara bersemuka itu, Nurul Izzah telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai persediaan yang perlu dilakukan selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa musim tengkujuh yang berlaku sekarang.

Ini kerana negara masih berdepan risiko wabak COVID-19 yang boleh menular dengan lebih pantas sewaktu musim tengkujuh. Bayangkan apabila orang ramai dikumpulkan di pusat pemindahan sementara. Tentunya di dalam keluasan ruang yang terhad, risiko wabak merebak akan meningkat secara automatik.

 

Sumber Gambar : Harian Metro

 

Menerusi klip bertarikh 26 Julai itu, Nurul Izzah berkata kes COVID-19 akan menjadi lebih teruk jika kemungkinan banjir pada musim tengkujuh tidak diambil kira dalam rancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ARTIKEL BERKAITAN : Info Trafik Terkini, Elak Lalu Di 73 Jalan Raya Ini Yang Ditutup Sekitar Selangor – REMAJA

“Di (Malaysia) akan tiba musim tengkujuh. Kalau dalam Pelan Pemuliha Negara) tidak ada dicerminkan apa akan berlaku bila sampai banjir di pelbagai kawasan, (beliau menjelaskan akibat daripada statistik bencana banjir dari November 2020 hingga Januari 2021 yang mengakibatkan penduduk dipindahkan, korban nyawa, rakyat kehilangan tempat tinggal dan amaran pengangkutan darat terhenti).

“Strategi mitigasi banjir amat penting. Saya hanya mahu kita ambil kira kerana ini akan terjadi. Kita tidak boleh biarkan wujudnya kluster baharu apabila kita hadapi krisis banjir.”

“Di Pulau Pinang, kami telah mengadakan kerjasama di antara kerajaan negeri, NAHRIM, JPS (dan) Pejabat Daerah untuk menyediakan pelan rapi menjelang banjir nanti. Jadi, kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik. Kesiap-siagaan ini saya minta sangat-sangat. Pelan pemulihan (perlu) diambil kira secara serius,” tegasnya.

Klip tersebut kembali tular terutamanya di laman Twitter kerana rakyat kini mempersoalkan tindak balas perlahan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam soal menangani situasi banjir serta tindakan mereka setelah bencana melanda. Malah, ada dalam kalangan warganet yang menggelar Nurul Izzah sebagai ‘Mak Nujum’ kerana telahannya tepat!

 

 

Berikutan bencana banjir yang telah berlarutan lebih dari empat hari sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 181 kes positif telah direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara setelah saringan dilakukan. 117 kes direkodkan di Selangor, 52 di Pahang, enam di Kelantan dan empat kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

Apabila difikirkan semula, memang patut pun untuk rakyat kecewa. Saban tahun, kita sudah boleh menjangkakan bencana banjir akan berlaku sewaktu musim tengkujuh. Hanya perihal negeri mana yang akan terkesan sahaja yang berbeza.

Sampai bila kita perlu berdepan kerosakan harta benda yang banyak dan kehilangan nyawa setiap kali tibanya musim tengkujuh? Tidak semua isu perlu dipolitikkan, apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat Malaysia.

BACA LAGI : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ