Kisah adik Mohd Fikri Hakim bin Sikin @ Jaudin yang mengidap sakit jantung kronik antara kisah di sebalik tabir masyarakat yang amat menyayat hati.
Disahkan mengidap sakit jantung kronik dan perlu bergantung kepada mesin pernafasan sejak empat tahun lalu, semalam, tepat jam 6 petang, adik Acan menemui Sang Illahi, Tuhan Pencipta Alam.
Tiada kata-kata yang mampu dilahirkan oleh seisi keluarganya, hanya satu kerinduan dan kesedihan yang berpanjangan. Apa tah lagi beberapa hari sebelum remaja ini pergi buat selama-lamanya, beberapa kali juga Fikri atau mesra disapa Acan mahu pulang ke rumahnya. Seolah-olah dia tahu dan faham, itulah kali terakhir dia akan pulang buat selama-lamanya.
Kisah adik Acan pernah mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor yang telah berkenan melawatnya sendiri di rumah di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang kemudiannya begitu gembira kerana dihadiahkan jersi pasukan JDT yang ditandatangani oleh semua pemain JDT beberapa tahun lalu.
Acan menerima kunjungan dari Tunku Ismail beberapa tahun lalu sambil menyerahkan jersi pasukan JDT.
Acan sempat meraikan hari jadi ibunya Januari lalu dalam keadaan kondisi tubuhnya yang semakin teruk..
Malah impian remaja ini yang ingin menyambut hari lahir ibunya, Kamariah Januari lalu yang begitu banyak berkorban menjaganya semenjak sakit turut tertunai sebelum dia melepaskan semua kesakitan yang ditanggungnya sehingga semalam.
Baca kisah perkongsian seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang memaklumkan tentang pemergian Mohd Fikri Hakim yang mesra disapa Acan di laman sosial facebooknya semalam serta beberapa hari sebelum itu tentang niat remaja ini yang berhajat besar untuk pulang ke rumahnya sendiri selepas menerima rawatan lama di hospital.
Ads
Malah bagaikan mengerti yang ini mungkin kedengaran suaranya buat kali terakhir, sekian lama terbaring kerana kesukarannya bernafas serta memakai mesin oksigen 24 jam dalam hidupnya, Acan sempat menuturkan kata-kata terakhir buat ibunya.
Acan akhirnya pergi membawa semua penderitaan yang dilaluinya akibat sakit jantung kronik tepat jam 6 petang semalam…
Pemergian Acan, pengidap jantung kronik ini begitu dirasai seluruh ahli keluarganya..
Baca kisah sedih perkongsian dari Puan Natipah Abu ini (ditulis 2 hari iaitu pada 5 Mac sebelum Acan meninggal dunia)
Ads
( MOHD FIKRI HAKIM BIN SIKIN @ JAUDIN.
JANTUNG KRONIK ) .
Tiada sepatah kata pun yg terkeluar dr mulut si ibu apabila Acan membisikkan kata-kata itu melainkan hanya deraian air mata yg jatuh berlinangan.
Ads
Sudah 4 tahun lamanya Acan menyambung hayat dgn menggunakan mesin oksigen 24 jam dan hari ini .. setelah 4 tahun, buat pertama kali, ibunya mendengar rintihan ini. Beberapa hari ini … Acan tidak henti menyatakan hajat hendak pulang ke rumah. Merajuk dan kadang kala tercungap nafasnya menyatakan hajat itu.
Biarpun berat hati utk menunaikan hajat itu pada awalnya kerana bimbang keadaan di rumah tidak banyak membantu Acan namun pihak hospital sendiri telah merelakan Acan di bawa pulang ke rumah.
“ Mak… hari rabu mak nk bawa dia balik kan. Mak kena kuat ya ….
Kadang apa yg kita rancang akan jadi sebaliknya….
Kata-kata Doktor tadi bagai belati tajam yg menghiris tangkai jantungnya namun dia cukup memahaminya. Sama-samalah kita panjatkan doa agar dgn limpah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, akan diangkat segala kesakitan dr tubuh Acan dan dipermudahkan segala urusan ke atasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sentuh alam pekerjaan, antara dilema dihadapi oleh pekerja ialah berhadapan dengan bos yang agak sukar berbincang.
Selain sukar berbincang, skop tugasan pekerja juga diperluaskan. Pada masa yang sama, gaji tidak setimpal diterima.
Ya, memang benar pekerja menerima gaji dibayar oleh majikan tapi hak sebagai pekerja juga tidak boleh dinafikan.
Perkongsian Tuan IR Rahman di Facebook-nya IR Rahman Bahasa menyentuh mengenai pengalamannya ketika memulakan alam pekerjaan.
Apakah hak seorang pekerja jika merasakan ‘kita dibuli secara halus’ dengan pekerjaan tersebut. Ya pekerja juga ada hak dan sebagai pekerja kita berhak menyuarakan dan mempertahankan hak kita. Baca perkongsiannya.
Al-kisah, aku telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat tempatan yang aku namakan Company X.
Dengan gaji RM1,800, aku diberi jawatan sebagai Project Engineer. Memang clear scope kerja yang dalam offer letter masa mula-mula aku masuk bekerja dengan Company X.
Namun, selepas hampir setahun aku bekerja. Work scope aku semakin bertambah. Akulah yang kena jaga engineering, aku lah kena buat PO. Akulah yang kena check stock kat warehouse. Akulah yang kena bagi training ke staff baru. Sampaikan tandas kat site tersumbat pun aku yang kena call service provider untuk setel masalah tersumbat tu.
Balik on-time? Jangan cerita lah..tak pernah dapat..manjang balik kol 10 malam je.
Walaupun aku masih muda time tu, kalau dah hari-hari balik pukul 10 malam. Badan yang kuat pun boleh jadi lembik. Lama-lama, aku dah tak tahan. Aku pun email ke HR.
//Quoted//
To: HR Manager
Cc: Managing Director Dear HR Manager, This email is to request a discussion on my current compensation package. I feel my current job scope was not as per my employment contract. I have been overloaded by unnecessary job scope that not as per my original employment contract. Looking forward to have your positive reply. Regards,
Rahman
//Unquoted//
Ku sangkakan Ketua HR yang akan reply. Tapi yang reply email ku adalah Managing Director.
. //Quoted// To: Rahman Cc: HR Manager Dear Rahman, Thanks for your email. Starting next month, your new salary will be revised to RM2,000. Regards, Managing Director //Unquoted//
. What?? Naik RM200 je! Sedangkan workload aku sekarang perlukan aku kerja lebih masa 4 jam sehari @ 50% lebih daripada 8 jam masa yang wajib aku bekerja. Paling-paling pun naiklah 50% (RM900). Aku pun reply email MD aku.
. //Quoted// To: Managing Director Cc: HR Manager Dear Boss, I do appreciate your effort for the increment provided. However, it is still not sufficient with the workload I have right now. I highly appreciate if you can consider RM900 increment due to I’m working 4 hours extra everyday. Regards,
Rahman
//Unquoted//
TETAPI, Ini email yang aku dapat dari Boss aku.
. //Quoted// To: Rahman Cc: HR Manager
Hello Rahman, You shall be grateful we had given you the increment. If you can’t accept our offer, please consider submitting your resignation notice. There is a lot candidates outside there who are willing to accept RM2,000 salary doing same work scope you did right now. Regards,
Managing Director
//Unquoted//
YA ALLAH, SOMBONG NYA BOSS AKU NI.
Amarah aku dah sampai maksimum. Sebab aku memang pantang jika majikan tidak menghargai pekerja. Aku terus reply email Boss aku tanpa berfikir panjang.
//Quoted//
To: Managing Director
Cc: HR Manager Dear Boss, I couldn’t deny there are lot of candidates outside there who are desperately looking for a job. However, please consider the hiring timeline below: Day 1- Requirement generated by Department Day 2- HR publish the same and invite application. Day 3- You will receive 1,000 application dump in system / email daily. Day 4-10: Application keep on coming in. Day 11-20- Screening of application by HR. Day 21-30- Shortlisting of candidate for initial discussion. Day 31-35 – Further shortlisting and schedule face to face interview for shortlisted candidate. Day 36-40- Interview session with potential candidate. Day 41-45 – Final shortlisting on interviewed candidate. Day 46-55- HR Negotiations. Day 56-60 – Offer letter roll out to candidate. Day 61-120 – Awaiting new candidate to be on board (due to notice period 2 months average in Malaysia). Day 120 – New candidate will join the company. Company need to wait 4 months to get new replacement. Is it company have plan how this 4 months workload can be covered if I planning to give 24hours resignation notice? Regards,
Rahman
//Unquoted//
. Suprisingly, HR Manager reply email aku. //Quoted//
To: Managing Director
Cc: Rahman Dear Boss, I’m concur with hiring timeline provided by Rahman. It will impact our operation if Rahman plan to tender within 24 hours. We cannot afford to have this impact due to our manpower loading already at maximum. We need to have discussion on new compensation package for Rahman. Regards,
HR Manager
//Unquoted//
Selepas daripada email aku di atas, gaji aku dinaikkan ke RM2,600 daripada gaji asalku RM1,800 (tak dapat full RM900 macam yang aku demand. Kena slash jugak RM100.hahaha). Nevertheless, yang penting ada kenaikan.
After that email jugak, Boss aku tone down skit dengan aku and ada sense of respect (maybe hiring timeline aku tu memberi kesan mendalam kepada dia).
But tak lama lepas tu, aku tender resignation jugak untuk rezeki yang lebih baik.
Kepada majikan diluar sana, jangan lah anda sombong sangat. Kadang2 cara UGUTAN kepada pekerja tidak memberi apa-apa faedah. Malah, ia lebih merugikan. Lebih baik berbincang secara baik daripada memberi ugutan. So, guys. Moga bermanfaat Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
09 June 2020 #IrARB#PinkPaperPost#JanganLahUgut2#BincangElok2kanBoleh
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang pernah mengalami pengalaman terkena penyakit ‘Ain, mungkin memahami betapa derita dialami pengidap.
Ternyata pengalaman dikongsi oleh penceramah terkenal, Dato Ustaz Kazim Elias berhubung penyakit yang dialami pasti membuatkan kita tahu bahawa ‘penyakit’ begini wujud.
Pernah beberapa kali terkena penyakit misteri sehingga mengganggu kesihatan tubuh badannya. Ini keadaan terkini beliau. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok menggunakan nama @azlanazs memuat naik satu rakaman video pendedahan Ustaz Kazim berhubung penyakit yang dialami.
Menurut pendakwah itu, antara kesan daripada penyakit yang menimpa dirinya adalah perubahan yang agak ketara pada wajah apabila sedikit berubah berbanding penampilannya sebelum ini.
“Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok sendiri. Saya rasa mungkin berubah dalam 50 hingga 70 peratus daripada wajah saya yang asal.”
“Itu sahajalah yang dapat saya bagitahu kalau ada orang tanya tentang kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia.” ujarnya.
Antara perubahan paling ketara adalah mata beliau yang sedikit cengkung dan bibir juga terlihat agak kehitaman.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mengakui berkemungkinan penderitaan yang dihadapi kini mungkin disebabkan penyakit ‘Ain iaitu satu penyakit berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya. Ketika ini beliau akui sedang berusaha menjalani rawatan dan jika tidak berjaya rawatan mandi sungai pada waktu subuh merupakan alternatif seterusnya.
Korang pernah dengar tak tentang penyakit ‘Ain ini?
Penyakit ‘Ain merupakan salah satu penyakit yang tidak asing bagi umat islam. Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan hasad dengki.
Menurut Imam Muda Hassan, Penyakit ‘Ain juga disebabkan oleh rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh ataupun orang dicintai orang ramai. Memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari:
‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Disebabkan hal itu, kita sebagai umat islam perlulah mengucap kalimah Masya-Allah jika melihat kanak-kanak comel atau orang yang cantik serta perkara-perkara yang menakjubkan.
Tanda-tanda terkena penyakit ‘Ain
Menurut lamanweb kashoorga, berikut merupakan perkongsian dari Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah tentang antara tanda-tanda anda terkena penyakit ‘Ain.
Rasa sakit kepala ketika Diruqyah
Wajah Pucat
Berpeluh dan banyak membuang air kencing
Emosi tidak stabil perasaan marah dan takut tanpa sebab
Sukar tidur pada waktu malam
Berasa lemah dan lemas.
Jari-jari gementar dan bergerak secara sendiri
Cara rawatan penyakit ‘Ain
Menurut perkongsian lamanweb Mufti Wilayah Persekutuan, ada beberapa cara yang boleh dilakukan sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:
Dibacakan ruqyah atau doa.
Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:
لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة
Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”
Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)
Dimandikan dengan air.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)
Terdapat juga beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mencegah dan merawat penyakit ‘Ain ini iaitu melalui rawatan islam. Menurut artikel Pancarannur, berikut merupakan amalan khusus bagi mencegah penyakit ‘Ain dan mengubatinya:
Bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali
Bacakan Ayatul Kursi sebanyak 3 kali
Bacaan zikir seperti ayat berikut sebanyak 100 kali
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Bacakan ayat berikut sebanyak 9 kali
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Amalan doa di atas juga boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan daripada penyakit ‘Ain orang lain pada diri kita. Namun, jika kita pula terkena penyakit itu, bacakanlah ayat-ayat di atas pada air dan berikan minum serta dibuat mandian kepada pesakit tersebut. Insha-Allah, kita mampu dihindar daripada penyakit tersebut.
Doa-doa bagi menjauhkan diri daripada penyebab penyakit ‘Ain
Kita sebagai umat islam digalakkan untuk sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk dan negatif. Berdasarkan artikel Liputan6, berikut merupakan doa-doa yang mampu menjauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki.
Doa dijauhkan dari sifat iri dan dengki
Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
Doa dijauhkan dari sifat buruk sangka
Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qolbin la yakhsya’u wa min nafsin la tasyba’u wa min da’watin la yustabu laha
Maksudnya: Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan.
Doa dijauhkan dari rasa marah
Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh iblis.
Jadi kesimpulannya, tidak semua perlu dipertontonkan pada umum. Bersederhanalah dalam setiap benda, tidak semua orang gembira melihat kegembiraan kita. Semoga Allah melindungi kita dan seluruh ahli keluarga kita.
Thailand bukan sahaja terkenal dengan tempat pelancongan, namun terkenal juga dengan ‘trend’ berkahwin di sana.
Isu ini akan menjadi lebih panas jika pihak yang terlibat dikenali ramai sama ada orang kenamaan, artis dan sebagainya.
Buat makluman, perkahwinan merentasi sempadan ialah sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut.
Perkahwinan merentasi sempadan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti perkahwinan di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan lain-lain daerah di selatan Thailand.
Kahwin lari ke sempadan Thailand dibolehkan dengan beberapa syarat seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Selain dari kosnya yang murah, perkahwinan di negara jiran berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat restu keluarga, mereka yang terlanjur dan bagi pihak lelaki yang ingin berpoligami.
Tapi antara persoalan yang muncul di kalangan warganet tentang mereka yang mengambil jalan pintas ini dek kerana tiada restu dari keluarga adalah kehadiran wali bagi melengkapi rukun nikah.
Terutamanya bagi belah pengantin perempuan, boleh ke dinikahkan tanpa wali iaitu ayah atau saudara lelaki?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut Mazhab Al-Syafie”
RUJUKLAH Pejabat Agama di negeri masing-masing terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan terutama apabila melibatkan kahwin di luar negara.
Walaupun statusnya adalah sah, namun Pejabat Mufti menasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing.
“Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
“Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
“Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini”, jelas artikel berkenaan
Haaa…kini anda tahu! Tapi usahlah jadikan ikutan okay, lagi bermakna dan manis sekiranya kita ikuti undang-undang pernikahan di Malaysia sebaiknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pengantin, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.