“Ibu, Bagilah Acan Semangat Bu”, Ini Kata Akhir Remaja Sakit Jantung Kronik Yang Meninggal Dunia Semalam…

Share

Kisah adik Mohd Fikri Hakim bin Sikin @ Jaudin yang mengidap sakit jantung kronik antara kisah di sebalik tabir masyarakat yang amat menyayat hati.

Disahkan mengidap sakit jantung kronik dan perlu bergantung kepada mesin pernafasan sejak empat tahun lalu, semalam, tepat jam 6 petang, adik Acan menemui Sang Illahi, Tuhan Pencipta Alam.

Tiada kata-kata yang mampu dilahirkan oleh seisi keluarganya, hanya satu kerinduan dan kesedihan yang berpanjangan. Apa tah lagi beberapa hari sebelum remaja ini pergi buat selama-lamanya, beberapa kali juga Fikri atau mesra disapa Acan mahu pulang ke rumahnya. Seolah-olah dia tahu dan faham, itulah kali terakhir dia akan pulang buat selama-lamanya.

Kisah adik Acan pernah mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor yang telah berkenan melawatnya sendiri di rumah di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang kemudiannya begitu gembira kerana dihadiahkan jersi pasukan JDT yang ditandatangani oleh semua pemain JDT beberapa tahun lalu.

Acan menerima kunjungan dari Tunku Ismail beberapa tahun lalu sambil menyerahkan jersi pasukan JDT.

 

Acan sempat meraikan hari jadi ibunya Januari lalu dalam keadaan kondisi tubuhnya yang semakin teruk..

Malah impian remaja ini yang ingin menyambut hari lahir ibunya, Kamariah Januari lalu yang begitu banyak berkorban menjaganya semenjak sakit turut tertunai sebelum dia melepaskan semua kesakitan yang ditanggungnya sehingga semalam.

Baca kisah perkongsian seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang memaklumkan tentang pemergian Mohd Fikri Hakim yang mesra disapa Acan di laman sosial facebooknya semalam serta beberapa hari sebelum itu tentang niat remaja ini yang berhajat besar untuk pulang ke rumahnya sendiri selepas menerima rawatan lama di hospital.

Malah bagaikan mengerti yang ini mungkin kedengaran suaranya buat kali terakhir, sekian lama terbaring kerana kesukarannya bernafas serta memakai mesin oksigen 24 jam dalam hidupnya, Acan sempat menuturkan kata-kata terakhir buat ibunya.

Acan akhirnya pergi membawa semua penderitaan yang dilaluinya akibat sakit jantung kronik tepat jam 6 petang semalam…

 

Pemergian Acan, pengidap jantung kronik ini begitu dirasai seluruh ahli keluarganya..

 

Baca kisah sedih perkongsian dari Puan Natipah Abu ini (ditulis 2 hari iaitu pada 5 Mac sebelum Acan meninggal dunia)

( MOHD FIKRI HAKIM BIN SIKIN @ JAUDIN.
JANTUNG KRONIK ) .

“ Ibu… Bagilah Acan semangat Bu…
Acan penat sgt ni “

Tiada sepatah kata pun yg terkeluar dr mulut si ibu apabila Acan membisikkan kata-kata itu melainkan hanya deraian air mata yg jatuh berlinangan.

Sudah 4 tahun lamanya Acan menyambung hayat dgn menggunakan mesin oksigen 24 jam dan hari ini .. setelah 4 tahun, buat pertama kali, ibunya mendengar rintihan ini.  Beberapa hari ini … Acan tidak henti menyatakan hajat hendak pulang ke rumah. Merajuk dan kadang kala tercungap nafasnya menyatakan hajat itu.

Biarpun berat hati utk menunaikan hajat itu pada awalnya kerana bimbang keadaan di rumah tidak banyak membantu Acan namun pihak hospital sendiri telah merelakan Acan di bawa pulang ke rumah.

“ Mak… hari rabu mak nk bawa dia balik kan. Mak kena kuat ya ….
Kadang apa yg kita rancang akan jadi sebaliknya….

Kata-kata Doktor tadi bagai belati tajam yg menghiris tangkai jantungnya namun dia cukup memahaminya. Sama-samalah kita panjatkan doa agar dgn limpah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, akan diangkat segala kesakitan dr tubuh Acan dan dipermudahkan segala urusan ke atasnya.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros