Innalilahiwainailaihirojiun…
Sebentar tadi Datuk Chef Wan telah mengumumkan yang ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Che Ani telah meninggal dunia. Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 12 Januari 2023 jam 6.20 pagi bertempat di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles pagi ini.
“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman nanti. Jenazahnya akan disemadikan di Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10,” ujar figura berusia 65 tahun itu.
Selain itu, cef terkenal antarabangsa itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah banyak mengirim dan memberi ucapan serta doa yang baik untuk arwah ibunya.
Sebelum ini Cef Wan berkongsi di laman Instagram yang ibunya telah dimasukkan ke hospital pada awal tahun kerana demam dan kemudian kesihatan allahyarhamah semakin merosot sehingga memasuki fasa koma.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Chef Wan