“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah..”
Begitulah luahan hati pertama oleh ibu mangsa kes bunuh diri, Cheslie Kryst yang juga merupakan Miss USA 2019, peguam serta koresponden program ExtraTV setelah kes tersebut mendapat laporan meluas di seluruh dunia, Isnin lalu.
Buat kali pertama, ibunya yang dikenali sebagai April Simpkins telah membuka mulut untuk memberikan komen lanjut mengenai anaknya yang berusia 30 tahun itu; beberapa hari selepas keluarganya mengeluarkan kenyataan am mengenai kes ini.
“Dalam kehidupan peribadinya, Cheslie sedang berhadapan simptom yang dikenali sebagai ‘High Defining Depression’ yang dia sendiri sembunyikan termasuklah daripada saya, insan paling rapat dengannya sehinggalah sebelum saat-saat akhirnya,” katanya.
Ads
Sehingga ke hari ini, ramai pihak yang masih sukar untuk menerima punca kematian Cheslie. Dia disifatkan sebagai seorang gadis yang mempunyai kehidupan yang serba lengkap – dirinya cantik, sihat, mempunyai tubuh fit, bergelar seorang peguam yang berkaliber bagi menangani ketidakadilan sosial dan pernah bergelar Miss USA serta bertugas dalam industri media di Extra TV. Mana-mana insan amat menginginkan kehidupan yang dimiliki Chelsie – she literally had it all!
Dalam diam, rupa-rupanya dia ‘bijak’ mengaburi mata semua pihak termasuklah ahli keluarga sendiri mengenai penderitaan dalaman yang dipendamnya seorang.
Terbaru, kematian Cheslie secara rasminya telah disahkan akibat percubaan membunuh diri oleh Ketua Pemeriksa Perubatan di Pejabat Bandaraya New York, lapor Variety.
Penglibatan Cheslie dalam dunia ratu cantik bertitik-tolak setelah mendiang melihat ibunya memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002 dan menggunakan platform tersebut untuk program advokasi bagi membantu mereka yang memerlukan.Cheslie (kiri) bersama ayahnya dan ibu, April Simpkins sewaktu beliau memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002.
“Hari ini, apa yang diberitahu kepada keluarga dan rakan-rakan kami secara tertutup adalah punca kematian anak saya, Cheslie dan ia telah disahkan.”
Ads
Sambil mengimbas kembali momen gembira mereka bersama, April menambah, “Kami berbual, FaceTime atau menghantar mesej pada setiap hari. Kamu (Cheslie) adalah lebih daripada sekadar anak perempuan saya. Kamu ialah sahabat karib saya. Saat bercakap dengan mu adalah momen terbaik dalam kehidupan harian saya. Senyuman dan gelak-tawa kamu cukup dirasai,.
“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah,” kongsi April.
Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan kepada mereka yang ingin membantu keluarga pada saat-saat sukar ini agar mereka memberikan sumbangan kepada organisasi Dress for Success yang pernah disokong sepenuh hati oleh mendiang Cheslie. Segala sumbangan itu akan digunakan untuk membantu menyediakan pakaian profesional buat wanita bekerjaya yang menerima gaji minima.
Ads
April juga menyatakan nombor talian National Suicide Prevention Lifeline yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bergelut dengan fikiran ingin membunuh diri.
Isnin lalu, REMAJA telah melaporkan mengenai nota terakhir yang telah ditulis oleh Cheslie sebelum kematian. Menerusi nota tersebut, mendiang telah meminta agar segala aset dan hartanya diserahkan kepada ibunya, April Simpkins.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan anda sedang enak menikmati hidangan makanan tengah hari, secara tiba-tiba anda perasan bahawa terdapat kaki buaya di dalam juadah tersebut. Haaaa…mesti terkejut habis kan?
Itulah apa yang terjadi di sebuah restoran berdekatan daerah Yunlin, Taiwan. Baru-baru ini mereka telah melancarkan entri menu terbaharunya iaitu Godzilla Ramen di mana kaki buaya direbus dan dimasukkan ke dalam mangkuk hidangan tersebut.
Hidangan tersebut dilaporkan dibuat dengan 40 rempah yang berbeza, tetapi bahan utama yang boleh dilihat dengan jelas dari mangkuk tersebut adalah kaki buaya yang direbus.
Visual ramen isopod.
Menerusi perkongsian di Facebook, inspirasi pembuatan ramen tersebut datang dari kegilaan rakyat Taiwan terhadap ramen isopod (haiwan menyerupai lipas gergasi yang tinggal di bawah laut). OMG….sungguh unik sekali citarasa mereka!
Setelah mempelajari cara memasak sup buaya semasa lawatan ke Thailand, pemilik restoran ramen Witch Cat dengan segera mencipta resipi Godzilla Ramen tersebut dan mula mempromosikannya secara dalam talian.
Reaksi salah seorang warganet yang mencuba hidangan viral tersebut.
Kini, gambar mangkuk ramen dengan kaki buaya terjulur daripadanya telah tersebar di semua platform media sosial dengan meraih pelbagai reaksi bercampur baur dari warganet.
Kaki buaya untuk Godzilla Ramen dilaporkan diperoleh daripada teluk buaya di Taitun. Namun dek kerana stok yang terhad, hidangan itu perlu ditempah terlebih dahulu oleh pelanggan. Turut dilaporkan bahawa semangkuk Godzilla Ramen tersebut dijual dengan harga $48.
Haaaa…kalian berani tak nak makan hidangan unik ini?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Taiwan News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Tular di media sosial berkenaan seorang pelajar Malaysia Azhar Ali dikatakan mendapat biasiswa dari NASA selepas menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.
Namun, pada hari ini, Azhar menebalkan muka untuk tampil memberi kenyataan balas mengenai dakwaan bahawa namanya tidak tertera dalam senarai penerima biasiswa NASA.
Menerusi bebenang di Twitter, remaja itu mengakui dirinya telah ditipu ataupun di-scam oleh pihak tertentu. Azhar menjelaskan bagaimana dia boleh mempercayai dirinya telah benar-benar menerima biasiswa daripada NASA.
“Sekitar 20 Mac lalu, saya memang menyertai pertandingan merekacipta sut NASA bagi kategori gred 9-12.
“Seperti peserta lain, saya juga menunggu agar rekaan saya terpilih 2 minggu berikutnya. Saya menerima layangan emel yang mengatakan saya telah terpilih sebagai antara peserta terbaik. Saya terus kongsikan berita gembira ini dengan rakan saya.”
Rasa Tak Sedap Hati
“Antara petunjuk awal bahawa saya mungkin telah menjadi mangsa scam adalah apabila saya diminta untuk memilih foto sendiri untuk dimuat naik. Saya pun mengambil screenshot daripada portal tersebut untuk dikongsikan dengan kamu semua.
“Kemudian, saya juga menerima lagi emel daripada ‘NUS’ tanpa domain NUS, membuktikan ia adalah scam.”
Azhar berani mengakui silapnya dan sedar kesan yang akan diterima atas penularan perkara tersebut. Selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan yang bukan sahaja boleh membuatkannya kerugian, dia juga berpendapat isu ini secara tidak langsung telah mencemarkan namanya sendiri.
*
KJ Beri Pesanan
Susulan daripada hal ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin yang pernah mengucapkan tahniah kepada Azhar sebelum ini meninggalkan pesanan kepada remaja tersebut dan semua followers beliau menerusi ulang kicau di Twitter.
“Ya, ini adalah satu pengajaran untuk kita semua (termasuklah diri saya) supaya benar-benar memeriksa fakta sebelum berkongsi secara online.
“Pujian yang kamu terima daripada ramai pihak menunjukkan bahawa rakat ingin melihat seorang remaja Malaysia berjaya (di mata dunia).
“Jangan pernah berputus asa. Apapun yang diperkatakan oleh orang, teruskan impian kamu.”
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...