Kasih seorang ibu sampai ke syurga. Kegembiraan seorang ibu melahirkan anak dan mungkin memasang impian untuk membesarkan puteri-puterinya nyata tidak kesampaian apabila meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar tiga.
Lebih menyayat hati, selepas selamat melahirkan ketiga-tiga bayi perempuannya dalam keadaan normal, arwah Dian Nasution mengalami tumpah darah yang banyak sehingga membuatkan tubuhnya semakin melemah. Tidak berapa lama, dirinya menghembuskan nafas terakhir dan lebih menakjubkan “perginya”dalam keadaan tersenyum.
.
.
Dalam kejadian di Medan, Indonesia dua hari lalu, ia menjadi berita viral bagi masyarakat di negara terbabit. Lebih menyayat hati, saat ketiga-tiga puterinya diletakkan berhampiran wajahnya sebelum dikafankan, wajah mungil kecil yang belum mengerti erti dunia itu seakan diam. Tahu jika tangisan mereka menyusahkan bapa yang sedang dalam kesedihan. Manakala wajah arwah Dian kelihatan berseri-seri, tanda kematian husnul khotimah.Sementara dalam video berkenaan, jelas kelihatan sang suami dalam kesedihan dengan pemergian isteri tercinta.
Dalam pada itu, warga net turut menyampaikan ucapan takziah dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.Semoga husnul khotimah dan ada memaklumkan, inilah perjuangan seorang ibu, nyawa jadi taruhan untuk melahirkan anak-anaknya.
So korang, sayangilah ibu bapa korang selagi ada hayat ya. Kadang kita tak tahu bila nyawa akan ditarik. Jangan nak melawan sangat kalau mak ayah bagi nasihat!
Sumber : Tribun Ceribon.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu survey yang dijawap oleh hanya 451 orang berkaitan isu perkauman (Rasicm Perspektif Index) meletakkan Malaysia di kedudukan kedua di dunia selepas Afrika Selatan (ermmm agak teruk bunyinya). Dahulunya di negara Afrika ini terkenal kerana dasar “kulit” di mana orang kulit putih menindas orang kulit hitam yang mengakibatakan ribuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Namun secara logiknya, REMAJA merasakan kajian ini seakan tidak menyeluruh kerana ia hanya dijawap oleh 0.000000000001 sahaja (seperti tiada sambutan) dan kajian survey ini terus meletakkan Malaysia di tangga kedua. Negara-negara lain termasuk dalam senarai “teruk”ini terdiri dari Guetemala, Peru, Trinadad & Tobago, Bolivia, Afghanistan, Saudi Arabia, France dan Brazil.
Ini bermakna kita jauh lebih teruk dari Israel yang selalu menindas kejam Palestin dan di USA yang acap kali menjadikan orang kulit hitam sebagai mangsa terutama jenayah, hikz!
Baca perkongsian di fb rasmi, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang mengulas isu ini dari sudut perspektifnya pula.
Ya, saya mengakui Malaysia ada masalah hubungan kaum tetapi kita kena bersikap adil, Di negara manakah yang tiada masalah kaum dan ketidakadilan? Sesama bangsa Cina di China dan sesama bangsa India di India juga ada masalah inikan sesama berlainan bangsa di Malaysia?
Namun tunjukkan saya sebuah negara yang langsung tiada masalah?
Nak kata Malaysia adalah masalah kaum yang kronik? Di Malaysialah juga ada sekolah vernakular yang di Thailand yang juga ada bangsa Cina tiada sekolah vernakular tajaan kerajaan dan di negara barat yang kononnya pejuang hak sama-rata tiada atau tidak sebanyak sekolah vernakular tajaan kerana sebagaimana di Malaysia.
Masalah kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan yang teruk inilah 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan Melayu di dalam sebuah negara bernama Malaysia yang majoritinya Melayu.
Masalah kaum dan penindasan kaum? Di negara seperti Malaysia yang dikatakan ada masalah kaum dan penindasan inilah seorang bukan Melayu yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dilantik jadi Menteri.
Masalah kaum dan penindasan kaum? Di Malaysia sahajalah 96% ‘pelancong’ dari China masuk ke Malaysia sejak 2016 yang memiliki rekod masuk tetapi tiada rekod keluar dari Malaysia dan kuil dibina di atas tanah haram sesuka hati dan bila diminta pindah masih boleh mendapat pampasan walaupun tanah itu bukan milik mereka.
Menggunakan satu ‘survey’ seramai 451 orang lalu membuat kesimpulan mudah bahawa masalah kaum di Malaysia sangat teruk sehinggakan kita hanya berada di belakang negara Afrika Selatan yang memiliki sejarah apartheid adalah seolah-olah membuat kesimpulan nasi lemak rendang ayam tak sedap kerana rendang ayam tak crispy setelah dicuba oleh beberapa orang yang mungkin ada kecenderungan makanannya yang tersendiri!
Malaysia tidak sempurna dan telah berulang-kali saya sebut bahawa tiada negara yang sempurna.
Kesempurnaan di mana tiada kesedihan, tiada kegagalan, tiada kesakitan, tiada kezaliman, semua itu gambaran utopia yang hanya wujud di Syurga.
Namun sayangnya ramai yang tidak berpijak di bumi nyata dengan mengharapkan kesempurnaan di dunia yang memang diciptakan bukan sebagai utopia tetapi sebagai dystopia.
Bukan tidak boleh berbincang perkara begini kerana adalah masalah seperti ini pastu wujud dan wujudnya masalah ini kerana kita adalah manusia yang memiliki kecenderungan dan kemahuan tersendiri yang adakalanya melawan perintah (undang-undang) Tuhan.
Oleh itu Rukun Iman dalam Islam mengatakan kepercayaan kepada hari kebangkitan di mana manusia akan mendapat keadilan yang tidak mereka dapat di dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila kita menerima berita kematian yang disampaikan oleh rakan-rakan di media sosial mengenai musibah yang melanda ahli keluarga mereka, pantas tangan kita menulis Al-Fatihah di ruang komen. Ia sebagai tanda simpati yang kita hulurkan untuk rakan-rakan yang sedang kesedihan.
Namun tahukah, tulisan Al-Fatihah sahaja jika tidak dibaca penuh ibu segala kitab yang mengandungi tujuh ayat ini hanyalah satu perbuatan sia-sia sahaja.
Ini kerana walau niat kita baik untuk berkongsi kesedihan namun tulisan Al Fatihah tanpa membacanya umpama perbuatan sia-sia kerana tiada doa disampaikan untuk si mati.
REMAJA menghubungi Ustaz Azhar Idrus yang kini bertugas sebagai Pegawai Di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi mengenai trend menulis perkataan Al-Fatihah sebagai tanda doa untuk si mati.
Menurutnya, perbuatan itu hanya sia-sia sahaja kerana tiada doa yang sampai kepada si mati.
“Untuk menyampaikan doa buat si mati, kita wajib membaca Al-Fatihah ini secara penuh dan bukan menulis perkataan Al-Fatihah sahaja kerana ia tidak membawa sebarang doa untuk si mati.
“Manakala untuk ahli keluarga, kita boleh sampaikan salam takziah di atas kehilangan dan kemudian bacalah Al-Fatihah untuk arwah. Ini adab yang perlu kita tahu,”katanya memaklumkan, menjadi satu fardu kifayah buat kita jika mempunyai kelapangan masa untuk menziarahi si mati.
“Ia satu perbuatan yang mendatangkan pahala apabila menziarahi si mati. Masa yang sama, sebaik-baiknya apabila kita datang menziarah, jangan hanya duduk di luar masjid, surau atau rumah. Biasanya sedekahkah Al-Fatihah dan bacakan Surah Yassin lalu hadiahkan untuk di mati.
“Kemudian apabila urusan mandi jenazah dan selepas dikafankan, bersama-sama kita solat jenazah dan pergi ke tanah perkuburan. Ini baru lengkap sebagai adab menziarahi orang meninggal dunia. Kalau kita tinggal jauh pula, selepas kita bacakan surah Al-Fatihah secara penuh, buatlah solat ghaib sebagai tanda ingatan kita buat si mati yang mungkin kita mengenali semasa hayatnya,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat peminat bola sepak tanah air, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan penjualan ‘Tiket Kombo RM100’ bagi membolehkan penyokong setia Harimau Malaya menyaksikan kesemua enam perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil Jun ini.
Dengan harga tiket tersebut, korang akan dapat menonton perlawanan Bahrain lwn Bangladesh dan Turkmenistan lwn Malaysia pada Rabu, 8 Jun 2022, Bangladesh lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bahrain pada Sabtu, 11 Jun 2022 serta Bahrain lwn Turkmenistan dan Malaysia lwn Bangladesh pada Selasa, 14 Jun 2022, kesemuanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil iaitu satu perlawanan sebelah petang dan satu lagi perlawanan (membabitkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon) sebelah malam.
Menurut Naib Presiden FAM, penjualan tiket kombo itu dibuat bagi memudahkan para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga hari perlawanan tersebut tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan, malah dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.
Walau bagaimanapun, tawaran ‘Tiket Kombo RM100’ ini hanya akan dibuka penjualannya untuk tempoh masa selama dua minggu sahaja bermula Isnin depan, 16 Mei 2022 hingga Ahad, 29 Mei 2022 secara dalam talian di www.tickethotline.com.my
Selepas tempoh itu, penjualan tiket tetap akan diteruskan sehingga hari perlawanan tetapi ia akan dijual secara berasingan iaitu pada harga RM40 bagi setiap perlawanan. Malah, FAM turut menawarkan tiket untuk kategori tempat duduk Grandstand yang berharga RM60 bagi satu perlawanan.
Ha apa lagi guys, jangan lepaskan peluang ini dan tunjukkan sokongan padu korang kepada pasukan Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Asia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...