Depression ataupun tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh diabaikan begitu sahaja. Kesan gejala ini kepada diri boleh menganggu gugat kesejahteraan seseorang dari segi emosi dan fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN : Dalam Tak Sedar, Ramai Dari Kita Terkena ‘High Function Depression’. Jangan Pandang Remeh Soal Tekanan Perasaan.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tragis apabila ibu muda berusia 20 tahun telah ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki menekup dan mencekik anaknya yang berusia 18 bulan selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Tertekan Dengan Masalah Keluarga
Menerusi keterangan awal, suspek mendakwa mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
Bayi yang dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Bayi itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di hospital. Pihak polis yang menerima laporan daripada hospital cuba menghubungi ibu yang menjadi suspek utama tetapi gagal dihubungi.
“Bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.”
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.”
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa.” lapor Berita Harian.
Teman Lelaki Nafi Terlibat
Selain suspek, teman lelakinya berusia 21 tahun yang merupakan pelajar kolej turut ditahan, bagaimanapun nafi terlibat di dalam kes ini. Dia mendakwa telah hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap untuk bermalam dengan suspek, namun pada waktu kejadian, dia dikatakan sudah pulang.
Difahamkan, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat kerana tidak berada di lokasi semasa kejadian berlaku.
Hmmm sedihnya, bayi yang tidak bersalah meninggal di tangan ibunya sendiri. Semoga peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita semua…
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.