Bukan hanya negara Indonesia sahaja yang melalui penukaran bagi ibu negara mereka baru-baru ini, negara jiran utara kita iaitu Thailand turut melakukan perkara yang sama. Thailand tidak menukar ibu negaranya, Bangkok ke lokasi yang baru. Sebaliknya, hanya nama rasminya saja yang bertukar.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pejabat Diraja Thailand (ORST) di mana nama Bangkok bakal dikenali secara rasminya sebagai Krung Thep Maha Nakhon. Begitupun, nama ‘Bangkok’ masih boleh digunakan oleh orang ramai dan dijadikan sandaran rujukan.
Krung Thep Maha Nakhon dilaporkan sekadar akan digunakan sebagai nama rasmi dan untuk urusan rasmi bandar raya itu. Manakala nama Bangkok akan ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.
Ads
Selasa lalu, kabinet Thailand telah meluluskan draf pengumuman Perdana Menteri untuk mengemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara seperti yang disyorkan ORST.
Sebagai contoh, ORST telah mengemas kini ejaan ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar iaitu Yangon pula telah bertukar kepada ejaan Nay Pyi Taw manakala nama negara Nepal pula kini dikenali sebagai Republik Persekutuan Demokratik Nepal.
Ads
Buat masa ini, nama Krung Thep Maha Nakhon yang membawa maksud ‘The Great City of Angles’ masih belum diguna pakai dan sedang menunggu proses penelitian jawatankuasa yang menguruskan draf undang-undang. Kabinet Thailand turut meminta agar panel jawatankuasa bertanggungjawab untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjut daripada Kementerian Luar.
Untuk pengetahuan, nama Bangkok telah digunakan sebagai nama rasmi ibu negara Thailand sejak diumumkan oleh ORST pada November 2021. Difahamkan, nama Bangkok berasal daripada nama wilayah metropoitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.
Ads
Jujurnya, kami tidak dapat bayangkan sekiranya nama Kuala Lumpur berubah menjadi sesuatu yang berlainan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini mengaibkan orang ramai di media sosial sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu. Lebih banyak like, lebih banyak share, lebih banyak komen sudah pasti akan menimbulkan rasa bangga di hati mereka yang menyebarkan aib individu tersebut.
Hari ini juga viral mengenai isu ‘bebird” Pencetus Ummah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail yang viral di media sosial. Biar bersumpah menafikan namun ada juga yang menulis komen di luar batasan. Isu PU Riz mungkin satu antaranya namun ramai juga yang terkena. Adakah boleh kita dibenarkan membuka aib orang lain? Kenapa di dalam Islam melarang perbuatan ini?
Jangan kita menjadi hakim di dunia kerana Allah masih menutup aib kita. Kalau pun individu itu bersalah termasuk dia pencuri, perogol atau penyamun, biar pihak berkuasa jalankan tugas menghukum orang bersalah ini.
Kita jangan jadi “juara” semata-mata nak menang “pertandingan”. Sebabnya, tanggung dunia, akhirat tak terjawab!.
Baca penerangan Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad dalam isu buka aib orang selain fitnah di media sosial yang sudah jadi hal biasa bagi sesetengah individu.
Kata Ustaz Shahril, aib ini terbahagi kepada dua.
Satu, AIB FIZIKAL!. Apa itu aib fizikal? Sebagai contoh, kalau di tubuh badan kita ada tanda lahir, atau apa saja, jangan sesekali menunjukkannya kepada individu lain kecuali mahram dan adik beradik yang tak batal air sembahyang kalau tersentuh. Sebabnya, kalau kita tunjuk pada orang lain, dikhuatiri akan digelakkan dan kita akan dimalukan. Simpan hanya untuk pengetahuan kita sahaja.
Keduanya, AIB PERILAKU! Dalam aib perilaku, terbahagi kepada 3 iaitu:-
Aib yang tak jejas pada mana-mana pihak. Apa maksudnya? Maksudnya begini. Kita tahu kita buat dosa tapi dosa itu tak melibatkan orang lain. Contoh paling mudah, ada kawan kita yang hisap rokok tanpa pengetahuan mak ayahnya. Remajakan, konon dah besar. So, kita sebagai kawan boleh nasihatkannya dalam hal ini. Amal makruf nahi mungkar. Nasihat dan tegur dia baik-baik. Berazam untuk dia berubah. Jangan pula kita sebarkan cerita dia pada mak ayahnya atau ambil gambarnya sampai dia kena marah. Inilah maksudnya aib yang tak jejas pada mana-mana pihak.
Aib yang ada kesan pada orang lain. Apa maksudnya? Sebagai contoh, polan A mencuri tabung masjid. Kita tahu itu salah tapi salah kalau kita menviralkan gambarnya kerana kita digalakkan untuk menyimpan aib orang lain. Serah sajalah dia kepada pihak autoriti. Biar mereka jalankan kuasa.
Sepatutnya kita doakan dia baik-baik, kalau dapat tegur depan-depan, baru mencegah. Ini, kita gunakan medium media sosial untuk menyebarkan aib orang. APA KITA DAPAT? Dan pelaku yang kita sebarkan juga tak dapat apa. DIA DAPAT MALU, KITA DAPAT DOSA. AKHIRNYA JADILAH TANGGUNG DUNIA, JAWAP AKHIRAT! Ini samalah kalau kita sebar-sebarkan gambar artis kemudian kutuk-kutuk dia.
Aib libatkan ahli keluarga. Apa maksudnya? Paling mudah, ada ahli keluarga perempuan yang mengandung bawah umur. Pernahkan ada kes begini. Kita buntu dan kita tanya orang camner nak satelkan hal ini. Ada macam-macam cadangan, hantar pusat pemulihan, sorak dari orang ramai tapi mulut tak henti-henti cerita sebab malu. Sepatutnya dalam kes ini, carilah orang yang amanah untuk rahsia aib ini tidak dijaja.
Budak tu memang dah salah tetapi kita akan jadi salah kalau sebarkan berita aib tu. Kalau buntu pun, teruslah jumpa imam. Tanya boleh ke dinikahkan atau bagaimana. So, tahulah imam tu selesaikan hal ini kerana dengan pengetahuan agamanya, insya allah dia dapat bantu selesaikan masalah ini.
Dalam aib di atas, korang kena tahu, hukum menyebarkan aib orang ini berdosa besar. Selama ini kita bukan maksum, kita ada buat dosa tapi Allah sayang kita dan tutup lagi aib kita. Jadi samalah dengan aib orang. Jangan dedah atau sebarkan.
Pesan Ustaz Shahril lagi, KALAU KITA SEBARKAN AIB ORANG, KITA MESTI DATANG MEMINTA MAAF BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG KITA AIBKAN ITU. Kalau tak, merangkaklah di akhirat nanti.
Bagaimana kalau orang kita aibkan sudah meninggal dunia?
Bagaimana kalau dendam sebab kita diaibkan dia, dia bawa sampai mati? Maksudnya orang yang kita aibkan itu bawa dendam perasaan dan emosi itu hingga ke padang Masyhar?
Kisah ini juga boleh dijadikan panduan. Tahu tak, orang yang kita aibkan dan orang yang dizalimi, AKAN BERTEMU SATU SAMA LAIN DI PADANG MASYHAR.
Kata Allah, orang yang menyebarkan aib ini sudah tiada apa lagi yang mahu diberikan kerana dia memang banyak berbuat dosa dan kebaikannya sangat sedikit.
Ini samalah dengan pepatah, 99 keburukan orang lain, fokuslah kepada satu kebaikan daripadanya. Sementara 99 kebaikan pada diri sendiri, fokuslah kepada satu keburukan kita!
Bagi orang yang biasa mengaibkan orang lain, mulakan istighfar, solat sunat taubat nasuha dan berjanji tak akan mengulangi perbuatan mengaibkan orang lain lagi.
Ingat, kalau Allah menyimpan berjuta aib manusia yang alpa dan penuh dosa, kenapa kita sebagai makhluk yang kerdil mahu menyebarkan aib manusia lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli akademik dan pemikir terkenal negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini pada jam 4.30 petang di Hospital Prince Court di Ibu negara.
Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 28 Januari 1922 dalam susur galur keluarga kerabat Diraja Johor dari sebelah ayahnya manakala ibunya, Hamidah Abdullah, merupakan wanita keturunan Turki. Beliau merupakan seorang tokoh yang disegani terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, allahyarham merupakan seorang figura penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Jasanya ternyata memberikan kesan positif kepada kita sehingga hari ini.
Dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1978, allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran jenazah Allahyarham Profesor Ungku Aziz akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.
Tersentuh melihat keadaan uzur Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool di United Kingdom, yang menjadi lokasi penting bagi perhimpunan warga Malaysia, pereka fesyen dan ikon gaya hidup terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, mengambil langkah proaktif dengan menghulurkan bantuan untuk memulihkannya.
Rizalman Sumbang RM500,000 Baiki Rumah Komuniti Malaysia Di Liverpool
Melalui Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI), Rizalman telah menyumbangkan sebanyak RM500,000 kepada Dar Al Qari Resources, entiti yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan kerja-kerja baik pulih MCH Liverpool.
Menurut Rizalman, yang bakal menyambut ulang tahun ke-53 pada 28 Oktober, sumbangan ini seiring dengan komitmen Yayasan RI dalam usaha untuk menyokong dan memperkukuh komuniti, bukan sahaja dari segi fungsinya, tetapi juga penampilan dan estetika ruang.
“Sebagai khalifah di bumi Allah SWT, saya melihat kepentingan untuk memberikan bantuan. Ini bukan sekadar untuk kepentingan saya, tetapi lebih kepada memberi sinar baru kepada warga Malaysia di Liverpool melalui MCH yang lebih menarik dan selesa.
“Justeru, saya berhasrat untuk membaik pulih bangunan ini di bawah naungan Yayasan RI,” kata Rizalman yang hadir di Liverpool untuk menyempurnakan majlis perasmian wajah baharu MCH Liverpool, semalam.
Rizalman Sumbang RM500,000 Baiki Rumah Komuniti Malaysia Di Liverpool
Dari perspektif dekorasi, MCH Liverpool yang lama uzur kini diberi nafas baru melalui sentuhan kreatif yang memadukan elemen tradisi dan moden, selari dengan budaya Malaysia yang kaya dengan warisan. Warna-warna hangat, perabot yang disesuaikan dengan fungsi dan rekabentuk ruang yang lebih terbuka, memberikan suasana yang lebih menyenangkan serta mesra keluarga.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Dar Al-Qari Resources, Jailani Jantan, menyatakan bahawa selain daripada aspek fizikal, kerja-kerja baik pulih ini turut memberi penekanan kepada pengisian kebudayaan, termasuk aktiviti keagamaan dan budaya Melayu.
Bangunan tiga tingkat MCH Liverpool, yang mula dibina pada tahun 1970-an oleh mantan kelasi kapal berbangsa Melayu, kini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat komuniti, tetapi juga sebagai mercu tanda yang mempamerkan sentuhan seni bina Melayu di tengah-tengah Liverpool, memberikan ruang yang penuh nostalgia dan kekayaan warisan kepada generasi baru warga Malaysia di luar negara.
* Wah bagusnya Rizalman ni, moga murah rezeki!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Sumber: Instagram Norman Hakim
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...