Seperti yang diketahui oleh sesetengah peminat K-Pop, tidak semua di antara mereka berasal dari Korea Selatan tetapi ada juga yang berasal dari luar negara seperti Amerika, Thailand, Vietnam, Indonesia, New Zealand, Australia dan sebagainya.

Sama seperti penyanyi dan juga anggota kumpulan K-Pop terkenal Stray Kids, Felix yang berasal dari Australia baru-baru ini telah berkongsi kisah mengenai bagaimana nama Koreanya dipilih ketika menjadi bintang tamu dalam saluran Youtube Jewel Box Hong Seok Chun.

Sebelum memulakan acara temu bual yang lebih dalam, kedua pengacara tersebut meminta Felix memperkenalkan nama lengkapnya iaitu gabungan dari nama Inggeris dan Korea.

Felix atau nama sebenarnya Felix Yongbok Lee (24) menyatakan bahawa nama Koreanya diberi oleh datuk tetapi pada awalnya tidak disukai oleh ibunya atas sebab tertentu.

“Ibu Saya Menangis 6 Bulan…” Felix Stray Kids Kongsi Kisah Bagaimana Nama Koreanya Dipilih
Kredit: Youtube Jewel Box Hong Seok Chun

“Nama Korea saya, atuk yang bagi. Ibu saya dah ada nama yang trendy untuk saya pada waktu itu tapi atuk saya cakap dia perlu juga beri nama saya Yongbok itu”

“Disebabkan hal itu, ibu saya menangis selama enam (6) bulan…”

“Ibu Saya Menangis 6 Bulan…” Felix Stray Kids Kongsi Kisah Bagaimana Nama Koreanya Dipilih
Kredit: Youtube Jewel Box Hong Seok Chun

Menurut Felix, ibunya sudah ada nama yang dirancang untuk diberikan kepadanya tetapi disebabkan datuknya berkeras untuk memberi nama, ibunya terpaksa akur.

Sekadar info, kumpulan Stray Kids bakal melancarkan album baru ATE pada 19 Julai ini dan menurut laporan kumpulan K-Pop generasi keempat itu juga bakal melancarkan single sountrack berjudul Slash untuk filem terbaru Deadpool & Wolverine yang bakal ditayangkan 25 Julai ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI