Ibu Tunggal Asnaf Curi Ayam Kerana Mahu Beri Anak Makan Sudah Dibebaskan Dengan Kuasa Viral

Share

Sejak semalam tular di media sosial berkaitan kes seorang ibu tunggal anak tiga, Puan Aishah yang ditahan pihak keselamatan sebuah pasaraya kerana mencuri ayam dan daging bernilai RM72.90 kerana anak-anaknya kelaparan.

Biar tahu perbuatan mencuri itu salah malah ketegasan pihak pasaraya untuk menyerahkan tertuduh ke pihak berkuasa atas tuduhan mencuri, tetapi nampaknya perkongsian dari fb Mohd Tarmizi Abdul Wahab telah memaklumkan bahawa ibu tunggal berkenaan sudah dibebaskan selepas pihak pengarah perundangan negeri menutup kes berkenaan atas dasar kemanusiaan.

Kongsi Mohd Tarmizi lagi, telah bergegas ke Mahkamah Parit, Alhamdulillah dapat berita, Pihak Pengarah Perundangan Negeri telah menutup kes atas dasar KEMANUSIAAN.

– Terus ke IPD Perak Tengah dan dimaklumkan beliau akan dibebaskan sebentar lagi. Saya sempat berjumpa sendiri dengan Puan Aishah. Minta jangan diulangi lagi tindakan tersebut. Insyallah, ada jalan lain jika kesempitan hidup. Terima kasih IPD Perak Tengah kerana menjaga kebajikan anak-anak beliau semasa dalam tahanan.

– Telah beri maklumat beliau kepad Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Perak Tengah untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah, respon positif dari pihak JKM.


– Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sama ada menguruskan, mendoakan atau melahirkan simpati melalui pelbagai media.
#HebatnyaKuasaViral.

Jelas Mohd Tarmizi lagi, Anak-Anak Kelantan Seri Iskandar (AKSI) juga sedang membantu kes ini yang jelas viral dan mendapat simpati masyarakat.

Nasib sedih mengenai ibu tunggal ini apabila satu perkongsian dari sahabat fb atas nama Mohd Zulhairi Zainol

Sabar la nak,..ibumu tiada malam nie”memang salah cara ibumu lakukan”..tetapi ibumu lakukan kerana hendak bagi kamu makan ”…esok ibumu akan dihadapkan di mahkamah untuk sebutan kes tadi ( mencuri ayam mentah dll RM72.90 )

Kami yg jauhan ini berdoa akan dipermudahkan,..esok wakil hery puan aida akan maklumkan untuk kos ikat jamin”….salah tetap salah tetap tetapi akan tiada sedikit pon rasa bertolak ansur pada mereka..terima kasih pihak balai polis seri iskandar kerana bantu ambik anaknya di sekolah dan memberi makanan di balai tadi”…kami hargai..

Published by
Almaswa Haji Che Ros