Kecantikan yang sebenar bukan di ukur melalui ketebalan mekap yang dipakai oleh seorang wanita, sebaliknya kejelitaan asli seorang wanita di lihat pada wajah sebenar mereka tanpa sebarang sentuhan mekap di kulit.
ARTIKEL BERKAITAN : “Walaupun Sama, Tapi Personaliti Berbeza” -Reaksi Mira Filzah Buat ‘Kembar Terpisah’, Tracie & Qasrina
Mira Filzah antara pelakon yang tetap terlihat cantik walaupun terpaksa berlakon dengan wajah bare face.
Berkongsi rahsia amalan kecantikannya, pelakon kecil molek ini mengakui mengamalkan ‘ice facial’ untuk jaga kulit wajah.
Mesti ramai lagi di luar sana yang teruja nak tahu rahsia cantik Mira Filzah ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.
Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.
Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.
Jaga Makan Yang Diambil
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.
Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.
Ini Kebaikan Ice Facial!
Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.
Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.
Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.
Ringkas dan mudah juga ‘rahsia’ kulit cantik Mira. Jadi bagi korang yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!
Artikel ini diambil dan diolah dari RAPI.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Hanya Diberi Masa 3 Minggu Untuk ‘Bisa Ngobrol’ Bahasa Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.