Boleh dikatakan tahun 2020 kebanyakan pekerja yang bekerja di pejabat menghabiskan masa kerja mereka dengan melakukan Work From Home (WFH) dek kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.
Ada yang terpaksa WFH selama berbulan-bulan, malah ada juga syarikat yang memberikan kelonggaran buat pekerja mereka WFH sejak Mac lalu sehinggalah sekarang. Hal ini bagi mencegah penularan COVID-19 di tempat kerja dan ia juga memberi peluang kepada individu, khususnya ibu bapa yang risau untuk menghantar anak mereka ke tempah pengasuh kerana khuatir dengan virus berjangkit itu.
Jadi, bila dah bekerja dirumah tu pastinya kita memerlukan ruang yang selesa untuk melakukan pekerjaan betul tak?
Nah, berikut kami nak kongsikan kepada korang tentang idea melakukan deko home office di bilik kecil yang boleh dilakukan secara DIY.
Guna sahaja meja konsol terpakai dan catkan warna putih untuk memberikan impak deko ala-ala Scandinavian.
Selain itu, berikut merupakan detail item yang korang boleh cari:
• Langsir RM37/pcs – MR DIY
• Kerusi eames RM152/2 pcs – Lazada (Cassa)
• Karpet RM90 – Carpet Prima Nilai 3
• Wire net & basket RM5.57/pcs – Daiso
• Cork board – MR DIY/IKEA
• White board – MR DIY
• Bakul sampah – IKEA
• Frame – IKEA/Daiso
• Jam dinding – IKEA
• Rak albert – IKEA
• Alat tulis – MR DIY
Rasanya korang juga boleh mengambil sudut di rumah untuk melakukan home office
ini. Tidak semestinya perlu dilakukan di dalam bilik kecil, cari sahaja sudut rumah yang sesuai untuk dijadikan home office seperti ini.Bajet yang diperlukan juga tidak begitu banyak, yang penting korang kena pandai cari barangan yang dijual dengan harga berbaloi.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Hafiza Mohamad