
Nampaknya Raja Kpop kesayangan semua ini dah mula berkerja selepas tamat latihan ketenteraan baru-baru ini.
Terbaru, kolaborasi diantara G-Dragon dan Nike ini memperlihatkan hasil seni yang sangat kreatif yang dihasilkan oleh G-Dragon sendiri. Kasut ikonik Nike, Air Force 1 ini mula bertukar wajah baharu menerusi sentuhan tangan ajaib G-Dragon!
Rekaan kasut Nike Air Force 1 yang sememangnya memiliki reka bentuk yang dinamik bertukar menjadi lebih artistik menerusi sentuhan hasil seni yang dilakukan oleh G-Dragon. Pelbagai idea unik dan segar daripada G-Dragon dapat di lihat menerusi kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” ini.
Rasanya pasti ramai peminat Nike dan G-Dragon tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kasut sentuhan idea kreatif raja K-Pop yang gempak ini bukan!
Transformasi Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE!
Kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE ini akan mula berada di pasaran secara global pad 23 November 2019 ini nanti. Jadi VIP jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut ikonik ini pada hujung bulan ini nanti.
Sumber : Allkpop
[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!

Lama tidak mendengar perkhabaran daripada sutradara tempatan disegani, Nik Amir Mustapha.
Setelah menghasilkan filem-filem prolifik seperti KIL (2013), Terbaik Dari Langit (2014) dan filem arahan bersama, Rise: Ini Kalilah (2018), beliau kini kembali semula ke layar perak menerusi buah tangan bergenre cinta Sci-Fi, Imaginur.
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon berbakat seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Nadiya Nisaa, Mior Hashim Manap, Ruzana Ibrahim dan Pekin Ibrahim ini khabarnya mengajak penonton Malaysia untuk menguji minda mereka dengan plot cerita di luar kotak malah penuh teka-teki.
Lalu, ia membuatkan pengalaman di pawagam kali ini berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai Sejam ‘Open Slot’, Tiket Percuma Filem Imaginur Licin! – REMAJA
REMAJA berpeluang untuk menyaksikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan pujian yang digembar-gemburkan penonton di timeline Instagram dan Twitter kami.
Ternyata, Imaginur tidak mengecewakan!
Tanpa mendedahkan spoiler, Imaginur mengisahkan mengenai Zuhal (Beto Kusyairy) yang berada di satu medium dan dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Pada masa yang sama, seorang wanita misteri (Diana Danielle) muncul dalam bayangannya.
Apa yang pasti, tatkala menelurusi jalan cerita Zuhal ini, penonton pasti akan merasai bermacam-macam emosi yang hadir sejenak. Air mata pasti mengalir, debaran pasti bergoncang dalam dada.
ARTIKEL BERKAITAN: Filem Lakonan Beto Khusyairy & Diana Danielle, Imaginur Wakili Malaysia Ke New York Asian Film Festival 2022 – REMAJA
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-8.jpg)
Idea Sinematografi Asal Tak Jadi
Sepanjang filem Imaginur berdurasi sejam 30 minit ini, penonton akan dibawa seketika ke satu ‘alam’ yang membuai jiwa gara-gara sinematografi yang memaparkan keindahan negeri Perlis.
Ditambah pula dengan suntingan warna mengasyikkan (tiada perkataan lain yang boleh menggambarkannya), filem yang ditulis skripnya oleh Nik Amir Mustapha sendiri bersama Redza Minhat ini memiliki kisah menarik di sebalik pemilihan lokasi di Perlis.
Difahamkan, negara Jepun merupakan idea lokasi asal pengarahnya bagi mendapatkan impak ‘ethereal’ bagi babak tersebut.
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-2.jpg)
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-3.jpg)
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-4.jpg)
Bagaimanapun, perancangan asal itu terpaksa diolah setelah Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan diletakkan di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Lantas, mereka memilih untuk menukar lokasi ke Perlis yang memiliki pemandangan indah yang jarang disedari oleh orang ramai. Antara lokasi penggambaran Imaginur termasuklah Tasoh Lake Resort.
Menurut akaun Twitter @OhMyPerlis yang selalu memaparkan lokasi tarikan di sekitar negeri Perlis, kawasan ini khabarnya akan ditenggelami air dalam masa beberapa tahun dari sekarang.
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-12.jpg)
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-11.jpg)
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-10.jpg)
![[FOTO] Lokasi Asal Di Jepun, Tapi PKP Menyebabkan Filem ‘Imaginur’ Dirakam Di Perlis. Hasilnya Memang Awesome!](https://cdn.remaja.my/2023/02/imaginur-9.jpg)
Kalau korang masih ingat, kawasan ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran video muzik Forevermore nyanyian Yuna yang diarahkan oleh suami penyanyi itu, Adam Yousof.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Ceroboh Stesen Minyak Forevermore” Yuna Minta Hormati Pemilik Sebelum OOTD – REMAJA
BACA LAGI: Tak Cuba Sembunyi Berasal Dari Malaysia, Sebaliknya Yunalis Zarai Bangga! – REMAJA
Rata-rata respon warganet di hantaran yang dimuat naik oleh @OhMyPerlis itu memuji keindahan negeri Perlis dan ingin melawat negeri utara itu satu hari nanti.
“Cantiknya negeri Perlis, Beto pula tu berlakon. Okay, letak dalam list untuk tengok cerita ini,” ciap @nadissahaja.
“Next cuti, rasa nak ronda dekat Perlis. Cantik betul suasana,” catat @Anne_____n.
@UzaerR pula berkata, “Patut la dalam poster dia ada Bukit Cabang. Ingatkan bukit tu di tempat lain.”
Sementara itu, @theregoesmyluck berharap agar pengarah lain juga mendapat ilham daripada lokasi di sekitar Malaysia bagi projek masing-masing. “Best decision ever!! Please continue shooting in Malaysia.”
Imaginur telah ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak 23 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Vanessa Reynauld Jadi Tumpuan Di China, Bikin Juri ‘Jatuh Cinta’!

Penyanyi meningkat naik, Vanessa yang telah menjejakkan kaki di Shanghai untuk menyertai program ‘Sing! China 2023’ di Zhejiang TV, tampil menjadi topik perbualan di China kerana mempunyai bakat nyanyiannya yang hebat dan personalitinya yang unik.
Buat julung kalinya pada episod kedua, Vanessa membuat persembahan sulungnya dengan memilih lagu pilihan Riding The Wind, daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesempurnaan Memerlukan Praktik, Bukan Sekadar Teori..” Kebolehan Berbahasa Melayu Jadikan Kimberly Chuah UNIK
Persembahan nyanyiannya yang mantap dan penampilannya yang matang telah menarik perhatian semua penonton di studio. Selain itu, Vanessa telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor yang berhasrat untuk rekrut sebagai salah seorang ahli pasukannya mereka. Keempat-empat mentor menjelaskan mengapa Vanessa harus berada dalam pasukan mereka dan akhirnya berlaku perebutan dan perdebatan yang mencuit hati netizen.
Ketika menyanyikan lagu tersebut, Vanessa telah menyanyikannya dengan gaya tersendiri selain dari merombak lagu daripada lagu asal, dia juga mampu mengawal rasa gemuruh dan lebih menekankan pada interpretasi nyanyian yang halus namun masih kekal padu, telah mendapat pujian daripada keempat-empat mentor.
Emil Chau, sangat teruja pada episod kali ini berbanding episod lepas kerana kehadiran Vanessa dalam program tersebut dan Emil Chau juga berusaha untuk memenangi hatinya untuk menyertai pasukannya.
Selain, Emil Chau membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga Vanessa di Malaysia pada bulan September 2023 ketika dia akan mengadakan konsert di sana, dan berharap untuk bertemu dengan mereka jika Vanessa menyertai pasukannya.
Pada masa sama, Henry Lau, sangat teruja dan memberikan tumpuan apabila menyedari bahawa Vanessa menyanyikan lirik Riding the Wind dengan kelainan serta emosi yang berat, dengan segera meminta dia untuk menunjukkan tiga cara berbeza untuk menyampaikan lirik tersebut secara spontan. Henry juga berbesar hati untuk merekrut Vanessa dalam pasukannya, dan dia akan memberikan sokongan penuh untuk membantu Vanessa mencari kepakaran dalam muzik.
Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas ‘Sing! China 2023’ dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang. Vanessa juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
2017 Tahun Swafoto Bersama PM Najib

Isi Kandungan
ToggleKebanyakan pemimpin dunia menghormati beliau sebagai seorang yang serius ketika bekerja dan sentiasa bercakap dengan poin yang tegas dalam teks ucapan.
Namun siapa sangka, di sebalik persona luaran beliau selaku Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai tabiat normal seperti kita semua iaitu suka berswafoto bersama atau wefie!
Berbanding dengan akaun Instagram beliau (add him now!), PM dilihat lebih aktif di platform Twitter yang kini mempunyai 3,97 juta pengikut. Tetapi, itu tidak bermakna beliau membiarkan saja akaun Instagram-nya itu ‘bersawang’.
PM Najib merupakan antara pemimpin dunia yang gemar berswafoto apabila tiba masa sengang. Tidak kiralah semasa di dalam gym peribadinya di rumah, semasa bersama cucu beliau Adam Razak mahupun semasa dalam urusan kerja di luar negara, beliau akan memuat naik gambar baru.
Cucu saya Adam Razak. Comel kan? Macam Atok dia ? #AdamRazak #CucuAtok
A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on
Lebih Kerap Selfie Sepanjang Ogos
Ketika menelek (atau scroll ke bawah) gambar PM Najib di Instagram, ternyata bulan Ogos adalah bulan paling aktif berswafoto buat beliau.
Maklum sajalah, Ogos tahun ini diwarnai oleh pelbagai acara yang berlaku secara berselang-seli. PM Najib merakamkan kenangan dengan atlet kebangsaan seperti raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pasukan ragbi negara yang memenangi pingat emas. Comel pula tengok hehe.
Malah, dalam beberapa keping gambar, beliau sempat bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga tentunya bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Pemimpin Negara Pun Layan
Sepanjang waktu lawatan ke luar negara juga, PM Najib tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kenalan pemimpin sesebuah negara. Antara yang ‘melayan’ aktiviti swafoto beliau termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang, Raja Arab Saudi Raja Salman dan juga Perdana Menteri India, Naredra Modi.
Setakat ini, beliau masih belum berkesempatan untuk berswafoto dengan Presiden kontroversi Amerika Syarikat, Donald Trump. Tetapi secara peribadi, penulis rasakan tak perlulah kot untuk bergambar mesra bersama. Takut kena kecam pulak.
Setakat hari ini saja, PM Najib sudah memuat naik 630 foto di akaun Instagram. Kami yakin pada tahun 2018, jumlah itu akan meningkat lebih satu kali ganda!