Ikea Menarik Balik Produk TALRIKA & HEROISK Atas Faktor Keselamatan

Share

Ikea merupakan pusat sehenti pembelian barang kelengkapan rumah yang cukup popular di Malaysia. Memiliki empat cawangan di seluruh Malaysia, pihak Ikea Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman penarikan semula dua produk keluaranya.

Produk yang dikenali dengan nama Talrika dan Heroisk itu ditarik balik penjualannya atas beberapa faktor keselamatan. Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka,


IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki piring, mangkuk, dan cawan HEROISK atau TALRIKA agar berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.

Keselamatan adalah keutamaan utama IKEA dan oleh itu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarikbalik piring, mangkuk, dan cawan HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berpotensi menyebabkan luka terbakar kerana kandungan panas.


Semua produk kami diuji dan mematuhi piawaian dan perundangan yang berlaku. Walaupun begitu, kami telah menerima laporan mengenai kerosakan produk. Setakat ini tiada kejadian yang diketahui dilaporkan di Malaysia.

HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan ke mana-mana kedai IKEA di kaunter Exchanges & Returns

untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. IKEA meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan oleh penarikan balik ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di talian 03-7952 7575.


Menurut tinjauan Remaja, dalam laporan portal Channel News Asia, dua jenis produk ini yang merangkumi rekaan pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai kemungkinan untuk pecah dan menyebabkan luka terbakar jika diisi dengan makanan dan minuman panas.

Published by
Fiezreen