Iklim Dunia Semakin Pelik, Libya Pula Diselaputi Salji

Share

Kejadian alam yang menimpa beberapa negara baru-baru ini menimbulkan persoalan. Jika sebelum ini viral dimedia sosial apabila di Texas, Amerika Syarikat kini mengalami ribut salji sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang selain jutaan terputus bekalan elektrik.

Terkini, dunia dikejutkan dengan berita Gunung Hijau di Libya dilanda sajli buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun.

 

 

Keadaan yang jarang berlaku yang bermula pada Isnin, dilihat sebagai titik mula pendamaian di negara yang sedang bergolak dengan perang saudara itu.
“Kami harapkan sajli ini akan membawa petanda baik kepada negara ini dan menyatukan rakyat.

“Kita lihat ramai penduduk berkunjung ke kawasan Sidi Mohamed Al-Hamri ini untuk menikmati keadaan salji di sini,” kata seorang penduduk Bayda, Mohammed Saleh.

Walaupun kejadian iklim ini menggembirakan rakyat di sana kerana ia jarang terjadi, namun ramai yang khuatir akan perubahan iklim sedrastik ini.

Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di beberapa bandar pada Isnin, termasuk Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.
Di Mesir pula, beberapa pelabuhan utama terpaksa ditutup akibat cuaca sejuk terutamanya di Hurghada dan Sharm El-Sheik. Hujan batu dan sajli turut pula dilaporkan di Alexandria, Beheira dan Pelabuhan Said, menurut Lembaga Meteorologi Mesir (EMA).

Jika satu hari nanti tiba giliran Malaysia pula yang memperolehi salji, korang jangan terkejut pula. Hiks!

Tapi buat masa ini, korang kena berhati-hati dengan musim panas yang sedang melanda negara kita sekarang.

Sumber : Astro Awani

Published by
Nana