Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga PKP, Ramai Peminat Patah Hati?

Share

Setelah lebih kurang tiga tahun menyulam cinta, finalis Hero Remaja 2017 Ikmal Amry 27akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Najla. Berita ini bukan hanya memberi kejutan kepada peminatnya, malah rakan-rakan yang lain turut terkejut dengan khabar pertunangan personaliti ini.

Memilih majlis pertunangan di hari raya ketiga ketika PKPB masih dilaksanakan, Ikmal mempunyai alasannya yang tersendiri.

“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti. Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat,”

“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini. Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah. Hehe!”

“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelas Ikmal Amry.

Berita gembira ini turut dikongsi di laman instagram Ikmal Amry dan kelihatan ramai peminatnya seperti patah hati apabila mendengar khabar berita ini. Hiks!

“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima. Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini.

Ikmal juga menjelaskan jika tidak ada aral melintang, dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada akhir tahun ini. Semuanya bergantung kepada keadaan. Jika situasi pandemik ini masih berleluasa, mungkin dia akan memikirkan untuk menundanya pada tahun hadapan.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ikmal Amry dan pasangan, Najla. Kita doakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insyaAllah.

Published by
Noor Ain Norman