“Alhamdulillah, perasaan dia tidak terkata dan tidak boleh hendak digambarkan..”
Penghujung tahun 2021 menjadi detik istimewa buat pelakon, Ikmal Amry dan isteri, Najla Shamsul setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung pada 30 Disember 2021.
Najla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 12.41 tengah hari tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur dengan kehadiran Ikmal yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
Bercakap kepada rakan media di MStar, Ikmal menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
“Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak.
“Semuanya macam tidak disangka-sangka, macam mimpi pun ada. Perasaan dia tidak terkata. Doktor sambut kelahiran anak saya dan saya diberi peluang untuk potong tali pusat, syukur sangat,” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Ads
Setelah beberapa jam, Ikmal akhirnya memuat naik hantaran di akaun Instagram-nya untuk mengumumkan bahawa dia dan Najla telahpun secara rasmi bergelar ibu dan ayah.
“Assalamualaikum sayang Daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat tidak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan.”
Sambil itu, rakan selebriti turut tumpang gembira dengan perkhabaran itu dan mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan itu.
“Alhamdulillah Am & Najla, tak sabar nak jumpa my niece!” – Ben Ali
“Congrats Am!” – Mimi Lana
“Congratulations Am !!” – Hun Haqeem
Ads
“MasyaAllah comelnya!! Congrats Am & Najla!!” – Raysha Rizrose
“Alhamdulillah!!” – Harris Annuar
“Alhamdulillah, tahniah Am” – Alif Satar
Ads
Bercakap mengenai Alif Satar, Ikmal yang baru-baru ini baru sahaja menamatkan penggambaran untuk filem Pulau bersama Alif dan ramai lagi pelakon lain di Pulau Langkawi telah bertanyakan nasihat daripada Alif yang juga merupakan seorang bapa kepada tiga orang cahaya mata.
Tambahan pula Alif memperolehi cahaya mata pada usia semua Ikmal, tidak hairanlah Ikmal merasakan Alif ialah insan yang memahami akan cabaran dan fasa seterusnya yang akan dilalui olehnya bersama isteri.
Antara soalan yang diajukan termasuklah mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa muda. Kebetulan pula, mereka berdua berkongsi doktor yang sama yang menyambut kelahiran bayi masing-masing.
Apa yang pasti, bayi perempuan Ikmal dan Najla ini comel! Lihat sahajalah kepada pakej visual pasangan ini. Hehe..
Terdahulu, Ikmal dan Najla disatukan pada bulan Disember 2020 di kediaman keluarga Najla dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum mereka diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Melaka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki nampaknya menyebelahi Aqil Taqee kerana bukan sahaja dinobat sebagai Naib Juara Hero Remaja 2021, malah anak muda berusia 22 tahun ini juga turut dipilih menjadi Hero Inspirasi bagi edisi pencarian tahun ini.
Aqil turut berkongsi perasaannya bahawa dia benar-benar terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai Hero Inspirasi oleh pihak penganjur.
“Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka dinobatkan sebagai Hero Inspirasi kerana sepanjang saya menjalani penggambaran saya hanya jadi diri sendiri. Apa yang saya terapkan adalah menghormati orang lain dan Alhamdulillah agaknya sudah tertulis rezeki saya untuk menyangdang gelaran Hero Inspirasi ini,”
“Bagi saya Hero Inspirasi ini adalah seperti satu anugerah yang diterima dan InsyaAllah saya akan terus belajar untuk menjadi individu yang lebih baik jelas Aqil.
Finalis kacukan berdarah Cina ini dipilih menjadi Hero Inspirasi kerana nilai positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang pencarian Hero Remaja 2021. Aqil yang sebelum ini seorang remaja pemalu akhirnya berjaya keluar daripada ‘kepompong’ dan membuktikan bahawa pemilihannya sebagai finalis Hero Remaja 2021 tidak sia-sia.
“Sepanjang program ini saya berusaha keras untuk memperbaiki diri dan menimba ilmu serta pengalaman yang diberikan oleh insan-insan hebat dalam industri hiburan tanah air. Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan, tambahan pula saya pernah gagal dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020. Jadi, peluang yang diberikan ini saya ambil untuk buktikan bahawa saya benar-benar bersungguh ingin menggembangkan bakat dan minat yang ada dalam industri seni,”
Tidak pernah berputus asa
“Ketika sesi uji bakat Hero Remaja 2021 juga, saya hadir selama dua hari untuk mencuba kerana pada hari pertama saya disuruh pulang dan datang semula keesokkan harinya dengan semangat baru. Juri menjelaskan bahawa saya seperti kurang yakin dan kelemahan pada suara saya yang agak perlahan,”
“Hari seterusnya, saya hadir bersemangat dan menjalani uji bakat dengan lebih yakin. Memang ramai yang tegur cara saya bercakap agak perlahan. Saya tidak suka meninggi suara kerana bagi saya ia seperti kurang ajar. Namun, kini saya faham ada kalanya kita perlu lebih lantang bersuara mengikut situasi lebih-lebih lagi jika saya ingin masuk ke dalam industri ini. Saya akan cuba memperbaiki diri dan segala teguran yang diterima sepanjang program Hero Remaja ini akan saya sematkan di dalam hati,” jelas Aqil.
Di pentas akhir lalu, finalis ini turut menunjukkan peningkatan yang drastik apabila dia berjaya memukau penonton dan para juri, terutamanya sewaktu melakukan cabaran lakonan bersama pelakon Johan Asa’ri.
“Saya pun terkejut dengan diri saya sebenarnya. Cuma saya fikir bila sudah berada di peringkat sejauh ini, saya tidak akan mensia-siakannya, tambahan pula sewaktu di pentas finale tempoh hari, mama dan abah turut berada bersama kami. Secara tidak langsung, merekalah sebab utama saya menjadi lebih bersemangat dan berusaha melakukan yang terbaik pada malam itu,” tambah Aqil lagi.
Merupakan anak bongsu kepada 9 beradik yang 7 daripadanya adalah adik-beradik tiri, Alif Haiqal dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan secara tidak langsung mendidik dirinya untuk lebih berdikari. Selepas tamat persekolahan, Haiqal sudah mula bekerja bagi membantu keluarganya untuk memperoleh pendapatan.
Pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan personal shopper di sebuah pasar raya, Haiqal tidak malu untuk mengakuinya dan menganggap setiap pekerjaan yang dilakukannya itu sebagai pengalaman serta dapat mengajar dirinya untuk menjadi seorang individu yang lebih matang.
Sewaktu pandemik ini, Haiqal juga turut membantu ibunya yang bekerja sebagai tukang masak di rumah kebajikan warga emas.
“Setiap pagi, mak saya akan menyediakan sarapan pagi untuk opah-opah di Mesra Home. Jadi, saya akan membantu mak melakukan kerja-kerja memasak, seperti memotong sayur dan sebagainya. Selepas itu, kami akan menghidangkan kepada mereka dan kemudiannya, tugas saya pula untuk membersihkan segala pinggan dan cawan yang telah digunakan,” jelas Haiqal.
Disebabkan ibunya keluar bekerja, Haiqal mengambil tugas menyiapkan makanan buat ahli keluarganya yang lain.
“Selepas membantu mak di pusat jagaan warga emas itu, Haiqal akan pulang ke rumah untuk memasak. Sebelum PKP ni saya jarang luangkan masa bersama keluarga sebab busy dengan kerja. Jadi sepanjang PKP ni saya ambil kesempatan untuk bantu mereka semampu mungkin,” tambahnya lagi.
Melihatkan kesungguhan Haiqal, jelas sekali finalis Hero Remaja 2021 ini sangat berdikari dan mampu menguruskan diri dan keluarga dengan baik. Dengan minat yang mendalam terhadap industri hiburan, Haiqal juga berharap agar dia mampu untuk mengubah nasib keluarganya dan diberi peluang mengembangkan bakat yang ada dalam diri.
Korang juga boleh mengundi Haiqal untuk kategori Hero Favorite di laman web remaja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik esok dah pun episod akhir Pencarian Hero Remaja 2017. Rasanya macam baru semalam je mula shooting tapi rupa-rupanya finalis-finalis ni dah pun nak graduate. Hiks!
Finale Hero Remaja 2017 menampilkan top 7, Harris Annuar, Safwan Nazri, Aliff Muhaimin, Adam Yusof, Ikmal Amry , Nabil Aqil dan Farhan Asri.
Persoalannya, siapa yang bakal merampas takhta Juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin?
Jom kita lihat apa prediction bekas finalis Hero Remaja tahun ini.
1. Aiman Rahman
Bagi Aiman, untuk jadi juara Hero Remaja 2017 kena ada daya pemikiran yang matang dan yang paling penting quality of education seseorang itu . Aiman rasa Aliff atau Adam yang akan memegang title juara. Yeahh!
2. Aiman Zaim
Aiman rasa Aliif Muhaimin sebab dia seorang yang hardworking.
3. Amir Azhari
Saya rasa Farhan sebab dia nampak berkeyakinan tinggi semasa bercakap. Nak cakap ada pakej, semua finalis Hero Remaja memang dah ada pakej. Amir tengok task berlakon hari tu, Farhan memang ada ciri-ciri pelakon of the year. Hehe
4. Ashraff Moghni
Hariss sebab dia mempunyai pakej yang lengkap untuk menang.
5. Aziq Mukhriz
Aziq rasa Harris yang akan menang Hero Remaja sebab dia ni positif orangnya dan dia ada ciri-ciri seorang pemimpin.
Aziq memang suka cara dia sebab masa tersingkir di episode 3 lalu, Harris ada jumpa dengan Aziq one to one dan bagi kata-kata semangat. Dia pesan, jangan give up and always push forward.
6. Ezmir Sadriq
Harris Annuar sebab dia seorang yang humble!
7. Haziq Farid
Aliff. Dia very passionate dan memang betul-betul nak berjuang dalam pertandingan ni. And he’s a smart kid.
8. Ilham Anuar
Bagi Dik Am, Aliff dan Nabil layak bergelar Hero Remaja. Nabil mempunyai personaliti yang sangat menyenangkan orang, dia muda dan ada pakej.
Aliff memang rasanya dari awal lagi dia layak kerana punya IQ yang bijak. Dia pandai menggunakan kesempatan yang ada untuk memonopoli dalam pertandingan ini dari segi bakat lakonan dan hosting.
9. Irfan Akmal
Saya rasa Harris. Dia nampak lebih matang.
10. Muaz Naufal
Prediction saya yang bakal bergelar Hero Remaja mungkin Safwan Nazri sebab dia mempunyai sifat rendah diri dan berfikiran positif.
11. Qaliff Qayyum
Adam, Aliff dan Harris. Tu je yang boleh saya jawab. Hehe
12. Razman Mahayuddin
Man rasa yang akan jadi juara ialah Adam sebab dia paling jujur dan ikhlas bertanding dalam Hero Remaja ni. Dia tak kisah pun dengan keadaan sekeliling dan hanya fokus kepada diri sendiri.
Lagi pun dia berilmu dan dah ada pengalaman. Dia rajin belajar untuk mantapkan diri dan sedia perbaiki kelemahan. Cara dia bercakap pun bagus. Penuh dengan idea bernas.
Rasa-rasanya ada yang tepat tak? Apa pula pilihan korang?
Kredit cover photo: Rizman Ruzaini
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...