Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kecantikan terkenal Mustika Ratu dan ikon dalam dunia jamu tradisional Indonesia, telah meninggal dunia pada awal pagi Rabu tadi.
Putri Kuswisnuwardani, anak perempuannya, mengesahkan berita duka ini kepada wartawan di Indonesia.
Jenama Mustika Ratu, yang terkenal dengan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan, menjangkau pasaran domestik serta internasional, termasuk di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat.
Pemergian Mooryati, yang berusia 96 tahun, dirasakan sebagai kehilangan yang mendalam oleh Indonesia, terutama dalam bidang pembangunan wanita, serta industri kecantikan dan kesihatan.
“Jenama herba yang diilhamkan dari resepi Kerajaan Surakarta telah banyak menyumbang kepada kesihatan masyarakat serta meningkatkan nama Indonesia di peringkat antarabangsa,” ujar Tantowi Yahya, bekas Duta Besar Indonesia ke New Zealand.
Mooryati Soedibyo telah diperkenalkan dengan resepi kecantikan tradisional dan jamu di tempat asalnya, Keraton Surakarta, yang dikenali sebagai pusat budaya Jawa, sejak berusia 3 tahun.
Berkat minatnya terhadap jamu sejak kecil, Mooryati bertekad untuk mengubah ramuan herba resepi Keraton Surakarta menjadi sebuah perniagaan.
Pada tahun 1973, beliau menubuhkan PT. Mustika Ratu dan memulakan eksport produk herba dan kecantikannya ke 20 negara, termasuk Rusia, Belanda, Jepun, Afrika Selatan, Asia Barat, Malaysia, dan Brunei.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Raih Tempat Ke-71 Di Dunia, UUM Diiktiraf Sebagai IPTA ‘Muda’ Terbaik Di Malaysia!
Tahniah diucapkan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia bagi kategori di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.
Ranking terbaru itu meletakkan kedudukan UUM naik 24 anak tangga jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu di tempat ke 95.
Pengiktirafan itu juga meletakkan nama UUM sebagai universiti awam di bawah usia 50 tahun terbaik di Malaysia.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras warga universiti yang sentiasa berusaha meletakkan universiti itu di peringkat lebih tinggi.
Ia juga, bukan sesuatu yang mudah apabila UUM perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan tertinggi.
“Sempena UUM yang kini berusia 40 tahun, keputusan ini menunjukkan kita terus unggul di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan serta sains sosial”
“Ini secara tidak langsung meletakkan imej dan nama UUM sebaris universiti ternama dunia yang mencipta rekod tersendiri,” jelasnya lagi.
THE Young University Rankings 2024 menggunakan 17 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran (29.5%), kualiti penyelidikan (30%), persekitaran penyelidikan (29%), pandangan antarabangsa (7.5%) dan pendapatan industri (4%).
THE Young University Rankings 2024 yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan lebih 673 universiti seluruh dunia yang disenaraikan bagi penarafan 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengasas Astro & Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Tokoh perniagaan terkemuka dan hartawan terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam baru-baru ini telah disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh syarikat pegangan pelaburannya, Usaha Tegas Sdn Bhd namun sebab kematian masih belum diumumkan.
“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024”
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” jelas kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung pada ketika ini.
Berikut fakta mengenai Tan Sri Ananda Krishnan sepanjang hayat beliau:
- Ananda atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan yang sering dirujuk sebagai ‘AK’ adalah antara individu terkaya di Malaysia dengan nilai bersih dianggarkan lebih AS$5 bilion.
- Mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.
- Perjalanannya dalam industri perniagaan bermula dengan usaha dalam perdagangan minyak, yang akhirnya berkembang menjadi pelaburan dalam teknologi dan media.
- Antara pegangan kepentingannya termasuk dalam syarikat telekomunikasi Maxis, Astro Malaysia Holdings Bhd dan Bumi Armada Bhd. Mendiang juga melancarkan MEASAT, perintis industri satelit Malaysia.
- Pada April lalu, Forbes menyenaraikan Ananda sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$5.1 bilion, selepas Robert Kuok dan Quek Leng Chan.
- Tokoh yang dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur ini terkenal dengan sikap rendah dirinya.
- Tan Sri Ananda merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Melbourne.
- Beliau juga pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Harvard Business School.
- Mendiang komited dalam membantu kebajikan kemasyarakatan dengan melalui Yayasan Ananda Krishnan, mendiang memberi sumbangan besar kepada pendidikan, seni, sukan dan inisiatif kemanusiaan.
- Beliau terkenal dengan sifat dermawan dengan memberikan biasiswa dan sokongan kepada individu yang memerlukan dan berdedikasi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Netizen Pertikai Khazanah & PNB Rugi RM43.9 Juta Kerana FashionValet, Gesa Vivy Yusof Jelaskan
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan pengurus aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta daripada penjualan minoriti mereka dalam syarikat fesyen e-dagang tempatan, Fashion Valet Sdn Bhd.
Ia jauh lebih rendah berbanding pelaburan asal bernilai RM47 juta oleh Khazanah dan PNB untuk FashionValet yang dimiliki bersama oleh usahawanita serta pempengaruh terkenal, Datin Vivy Sofinas binti Dato’ Yusof Jusoh atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof.
Hasil penjualan pegangan saham, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta dengan kerugian yang dianggap minimal berbanding keseluruhan hasil tahunan kedua-dua syarikat itu.
Bagi menubuhkan syarikat Fashion Valet pada tahun 2018, Khazanah melaburkan sebanyak RM27 juta manakala PNB sebanyak RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat FashionValet.
Menurut Khazanah, pelaburan itu diluluskan sebagai komitmennya untuk menyokong pengasas tempatan dan ekosistem syarikat permulaan seperti Fashion Valet, enam tahun lalu.
Manakala, PNB mula berkata pelaburannya bertujuan untuk membantu syarikat runcit digital bumiputera berkembang menjadi platform runcit serantau jenama Malaysia.
Memetik kenyataan bertulis oleh Kementerian Kewangan di laman sesawang Parlimen semalam, penjualan pegangan ini merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab bagi Khazanah dan PNB kepada pelabur strategik kedua-dua buah syarikat dengan harapan ia dapat membantu FashionValet memenuhi keperluan pembiayaan dan memulihkan perniagaannya.
Tambah Kementerian Kewangan lagi, pandemik Covid-19 telah memberi impak besar kepada syarikat e-dagang fesyen itu untuk terus bertapak dalam industri yang sedia mencabar ini sehingga ia memerlukan modal baharu untuk meneruskan operasi.
Menjelang akhir tahun 2023, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai NXBT Partners menawarkan untuk membeli pegangan saham Khazanah dan PNB di samping menyuntik lebih modal yang diperlukan ke dalam FashionValet; di mana ia telah dipersetujui oleh kesemua pemegang saham untuk menerima tawaran terbabit.
BACA: “Dunia Luar Lebih Sukar, So…” Pelajar Excited Vivy Yusof Di Konvo UiTM – REMAJA
Perkembangan terbaru mengenai nasib FashionValet dan kerugian yang dialami Khazanah dan PNB ini dilihat telah menaikkan amarah dalam kalangan netizen yang mempertikaikan kesilapan di sebalik keputusan untuk melabur kepada sebuah syarikat permulaan (start-up) tempatan dalam dunia fesyen.
Tinjauan REMAJA pada ruangan komen mendapati netizen inginkan butiran yang lebih lanjut berkenaan implikasi terhadap kerugian yang dialami ini.
“So… nak declare dividen ASB kurang ke tahun ini? Yang pergi invest dekat fesyen tu buat apa? Adoi!”
“Jadi apa yang PNB dan Khazanah nak buat sekarang? Ada permohonan maaf tak? That is not your money! Apa penalti untuk syarikat FashionValet? Mereka tidak apologetik pun malahan bergembira sambil memaparkannya di media sosial. Selama ini, rakyat ingat mereka kaya-raya sebab bijak berniaga. Rupanya…”
“Banyak lagi aset pelaburan lain tapi nak pilih syarikat tu pun atas dasar tak tahu lah. Bukan tak ada pakar-pakar dalam (syarikat) itu tetapi masih memilih syarikat yang dengan mata kasar pun tahu industri fesyen di Malaysia jauh mana saja boleh pergi?”
“Malaysia bukan pusat fesyen seperti Perancis. Kenapa nak melabur di tempat yang bukan hab fesyen. Penyimpan di PNB adalah gol Bumiputera.”
Apa pendapat korang?
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.